Journal 2014 - # 524

Hi uols! Salam kedamaian salam perpaduan dan salam perjuangan!! Allahu Akhbar! Allahu Akhbar! Maha Suci Allah Tuhan seluruh Alam Semesta! Sedikit tergugat imanku bila melihat beberapa negara islam bergolak dan dalam peperangan! Aku mudah untuk menitiskan air mata bila melihat kekejaman ini berlaku. Malahan kekajaman ini berlaku kepada anak-anak kecil yang memang tak berdosa langsung. Semangat itu aku ambil dan jadikan semangat patriotik dalam diri aku. Aku tak nak musuh dalam selimut musnahkan negara aku apatah lagi negeri kelahiran aku yang cukup harmoni dengan penduduknya yang berbilang bangsa dan keturunan serta berlainan agama, tapi kami aman dan damai tak pernah bermusuhan boleh bertepuk tampar bahu duduk semeja di kedai kopi sambil bercerita apa sahaja yang kami mahu asalkan tidak menghina bangsa dan agama yang dianuti. Oleh itu, apa kata uols perhatikan beberapa video yang aku sedia ini untuk kita hayati dan fahami perjuangan kemerdekaan sebenarnya.

Ini adalah cerita dan kisah benar mereka... Untuk video lain sila kunjungi LC Channel Video


No comments: