Journal 2014 - # 517

Hi uols! Salam keamanan salam perpaduan dan salam perjuangan!! Hari demi hari, masa dari masa fikiran aku masih lagi memikirkan hal yg mengaibkan negeri aku sndiri. Entah kenapa sejak 8 tahun aku duduk di bumi semenanjung Malaysia ini yang mereka banggakan menghina pribumi Sabah/Sarawak. Apa masalah diorang sebenarnya?? kenapa mesti ada isu-isu sebegini dalam kehidupan seharian mereka. aku menyinkap dari katamata masyarakat semenanjung hari ini. Sentiment berbaur perkauman, agama mereka suka untuk dijadikan isu. Sabah dan Sarawak jugakan di bawah sebuah negara yang bernama Malaysia.. Apakah pemikiran mereka ini sebenarnya tidak pernah merdeka sejak 57 tahun dahulu.
Zaman sekarang ini teknologi semakin canggih, mudah untuk mereka menjadikan bahan gurauan berbaur penghinaan terhadap 2 buah negeri yang aku panggil borneo ini begitu mudah dibuat dalam mana-mana media sosial termasuklah mikro media tak kiralah dlm facebook, twitter, blogger, instagram dll. 

Pada aku ini adalah peperangan cyber yang sebenar, mereka mencetuskan sentiment ini dan dengan mudah mereka menyatakan akaun2 milik mereka itu telah di godam dalam bahasa IT nya 'Hack'. Persoalannya sampai bila perkara sebegini perlu berlaku? adakah undang-undang cyber di Malaysia ini masih belum kukuh lagi atau masih banyak lompangnya.

Ringkasan:
Malaysia telah melangkah masuk ke dunia siber melalui dua pendekatan iaitu melalui hard-infrastructure dan soft infrastructure. Hard infrastructure bermaksud membina infrastructure mewujudkan kawasan fizikal untuk pembangunan berkaitan dengan ICT termasuk membina backbone komunikasi yang berkelajuan tinggi. Soft infrastructure bermaksud mewujudkan undang-undang yang berkaitan berkaitan dengan pembangunan ICT itu.

Secara fizikalnya kawasan yang diperuntukkan dikenali sebagai Koridor Raya Multimedia (MSC). Di sinilah tumpuan pembangunan berkaitan dengan ICT dilakukan. Sehingga 19 Jun 2009, sebanyak 87 buah syarikat antarabangsa yang mendapat status “International World Class MSC Malaysia Status Companies”. Manakala sehingga 24 Mei 2005, sebanyak 67 incubators pula mendapat taraf international world Class MSC Malaysia Status Companies. Selain itu, sebahagian besar institusi pengajian tinggi awam dan swasta turut turut tersenarai sebagai institusi yang mempunyai program ICT. (www.mscmalaysia.com.my dirujuk pada 4 Okt. 2009).

Malaysia telah telah meletakkan pada asas yang kukuh pembangunan ICT dengan menyediakan undang-undang. Sebagai permulaan sebanyak lima undang-undang telah digubal dan diluluskan, seperti berikut:


  1. Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
  2. Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia1998.
  3. Akta Tandatangan Digital 1997.
  4. Akta Jenayah Komupter 1997.
  5. Akta Teleperubatan 1997.
    Dalam isu berkaitan dengan unsur kenyataan dalam laman media sosial ia tertakluk pada Akta-Akta ini selain Akta Fitnah dan Fasutan dan Seksyen 114A Akta Keterangan.
    Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
    Akta ini merupakan sendi kepada semua undang-undang siber di Malaysia. Ia menghuraikan mengenai dasar pembangunan ICT bagi negara ini. Dalam akta ini disenaraikan 10 objektif dasar nasional bagi industry komunikasi dan multimedia (Sila rujuk Akta untuk perinciannya, atau buku Mengenali Undang-undang Media dan Siber). Akta ini juga meletakkan janji Kerajaan mengenai tiada tapisan dalam Internet di bawah Seksyen 3(3).

    Berikutan dengan kelulusan Akta ini, sebuah kementerian khas diwujudkan yang memasukkan elemen komunikasi dan multimedia di dalamnya. Kementerian ini pada mulanya dikenali sebagai Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi. (Kini komponen komunikasi di keluarkan dan digabungkan dengan Kementerian Penerangan, bersama dengan komponen Kebudayaan).

    Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
    Akta ini membolehkan ditubuh sebuah suruhanjaya untuk mengendalikan urusan berkaitan dengan
    jaringan seperti internet. Ia juga mengambilalih kuasa pelesenan terhadap spectrum penyiaran dan telekomunikasi. Urusan pos juga kini diletakkan di bawah suruhanjaya ini.

    Apabila ditubuhkan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia diletakkan di bawah Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi. Kini ia diletakkan di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Beberapa pihak pernah menyarankan supaya komponen komunikasi diletakkan di bawah Kementerian Penerangan. Saya sendiri ada menulis dalam Berita Harian mengenai perkara ini (Jika ia dapat disalin, saya akan pindahkan artikel itu dalam blog ini).

    Akta Jenayah Komputer 1997.
    Tujuan utama akta ini ialah untuk melengkapkan undang-undang jenayah khususnya berkaitan dengan jenayah yang dilakukan melalui jaringan komputer. Akta ini memperuntukkan jenis-jenis jenayah dan hukumannya.

    Rujukan
    1. Mohd Safar Hasim. 2002. Mengenali Undang-undang Media dan Siber.
    2. www.mscmalaysia.com.my (ditujuk 4 Okt. 2009).

    No comments: