Aku dan Dunia ku

Aku bebas untuk melakukan apa saja yang aku mahu selagi aku tahu batas dan hukum alam ini. Dunia ku penuh cerita suka dan duka, aku bebas memilih sama ada aku perlu lalui atau tidak, perlu menangis atau ketawa. Mengenali, mempelajari dan menjiwai sesuatu perkara itu adalah seni, menilai dan mengkaji itu adalah ilmu yang perlu di manfaatkan. Mungkin aku lebih suka bersendirian menghadapi segala masalah dan ujian itu cuba aku pikul tanpa perlu aku mengadu kepada sesiapa kini. Dan aku terpaksa berlakon atau perlu sembunyikan kesedihan itu daripada sesiapa pun. Bila mana aku gembira dan bila mana aku kecewa. Menghayati sisa kehidupan ini adalah suatu rahmat dan anugerah. Aku bersyukur kerana peluang itu tetap aku kecapi saban hari walaupun aku terpaksa berhadapan dengan ragam manusia. Menyendiri itu perkara biasa.. Tak ada apa perlu kau risaukan yakinilah Allah itu sentiasa ada disisimu. Ketahuilah Allah itu tak pernah mengecewakan hambaNya. Selagi kita yakin dan sujud kepada Dia yang satu.

Pengalaman mengajar aku lebih kuat dan mengajar aku erti kehidupan ini. Hidup jangan terlalu bergantung dan berharap pada manusia. Hidup jika telah memberi atau menolong jangan berharap untuk dapat balasannya. Hidup dalam berkawan jangan mengharap kawan itu akan ada bersama kita.

Ketahuilah bila mana musibah datang belum tentu ada tangan atau bahu untuk dipinjamkan pada kita untuk mendengar dan mengadu setiap apa kita lalui, belum tentu ada kecuali bila mana kita mengadu pada Allah swt. Dia maha mendengar walaupun kita tidak mendengarnya, dia ada disisi kita ketika suka atau duka walau kita tak pernah melihatnya. Percaya pada Dia pasti selamat.

Kini aku lebih menghargai perjalanan kehidupan ini. Hidup ini bukan takdir tapi sebuah perjalanan yang perlu dilalui sama ada suka atau tidak itulah kehidupan.. Membahagiakan diri sendiri lebih bermakna daripada membahagiakan orang lain namun hati ini sering disakiti. Maka itu aku lebih suka melakukan hal sendirian tanpa ada sesiapa yang menganggu atau mengikat pergerakan aku. Cukuplah pengalaman sebelum ini mengajar aku mengenali siapa kawan siapa lawan. Cukuplah aku mengenali mana kaca dan mana intan permata. Dan aku tak pernah kesali setiap apa yang berlaku, namun anggaplah ia sebagai panduan dan pengajaran hidup agar lebih berhati-hati dalam soal kehidupan apatah lagi soal menjaga hati. Cukup-cukuplah apa yang telah berlaku buat aku serik dengan permainan kehidupan ini. Biar aku lalui kehidupan ini dengan fasa baru dan dunia baru aku.

No comments: