Aku Pendatang Tanpa Syarat

Tika aku duduk sendirian di sebuah kedai kopi sambil ditemani tabletku, seakan aku lupa akan hal aku ketika ini. Aku berhenti menekan setiap bait keypad pada tablet ku, hati kecilku berkata dan bertanya 'Siapa Aku Sebenarnya? Siapa aku dibumi ini? Kenapa aku hidup dibumi ini? Mengapa aku?' Ya Tuhan aku mula bermonolog sendirian. Ilham terpancar, maka aku mula mengambil note book dan pen dari beg aku, aku menulis point-point penting agar tidak terlupa untuk penulisan seterusnya, Satu persatu baris aku tulis dan ku perincikan. 

Bermulanya sebuah epilog:
Ya Tuhan aku mula sedar betapa kerdilnya aku di bumi ini, terlalu kerdil dan terlalu malu aku kepada Mu. Hai lah manusia inilah sifatmu menabik dada mengaku paling berkuasa di bumi ini, kerana akal fikiran mu yang pinjamkan dan berikan kepada mu kau mula lupa siapa diri kau sebenarnya di bumi milik Dia yang berkuasa. Dari tanah kejadian manusia itu kembali juga ia ke dalam tanah. Allahu Akhbar!

Melihat persekitaranku, aku mula mencari dan terus mencari jawapan yang sememangnya aku telah ketahui. Melihat manusia disekelilingku, melihat kejahilan dan kealpaan ini aku mula sedar siapa aku pada diri aku sendiri. Gelagat manusia, perangai manusia, tutur bahasa manusia aku pelajari dan adakalanya aku tersenyum sinis kesemua itu, betapa bodohnya aku menjadi manusia kerdil dan tidak sedar diri siapa aku di bumi ini. Memiliki kekayaan, harta benda, rumah, kereta, jawatan, pangkat dan darjat keturunan bukan menjamin sesiapa manusia itu, ternyata manusia itu miskin papah kedana walaupun kaya tapi semua itu pinjaman semata-mata, Duduk di rumah mewah, menaiki kenderaan mewah, tidak menjamin siapa kita kepada DIA yang berhak dan berkuasa. Sedarkah kita siapa kita pada sisi dan mata DIA yang satu itu? 

Ada apa pada BANGSA dan KETURUNAN mu yang kau laungkan sebagai peribumi asal di negeri ini, apa kau mula lupa siapa kau dari mana asal usul dan keturunanmu dari mana? Lupakan kau asal kejadian diri mu dari setitis air mani yang jijik dan hina ketika kau membesar dirahim seorang wanita yang bernama IBU mu, kau ditiupkan roh ke dalam jasadmu oleh sang Pencipta iaitu Allah azawajal!? Lupakah kau bagaimana kau dilahirkan ke dunia ini sebagai seorang pendatang di bumi ini juga!? Lahirmu disambut dengan rasa kesyukuran dan tanda kasih kepada Ilahi, sedarkah kau juga seorang pendatang di bumi ini tanpa ada sebarang syarat, perbezaan agama, bangsa dan keturunanmu siapa di bumi ini? Kenapa mesti kau bangga dengan keturunan, pangkat dan darjatmu? Sedangkan kau manusia hina di mata Tuhan pencipta mu!? Mengapakah kau masih bangga dengan asal usulmu? Mengapakah kau lupa bumi ini dunia ini milik siapa? Sedarlah diri mu bukan milikmu, semua itu pinjaman daripada Allah swt.

Siapa kita menghukum sesuatu kaum itu, datang mereka sebagai pendatang atau pelarian, sedangkan kita semua ini pendatang di bumi milik Tuhan tanpa sebarang syarat. Sedarilah kita juga pendatang di bumi ini.
Allahu Akhbar! Malunya aku kepadaMu ya Allah.. Siapakah aku pada Mu yang selalu menabik dada bangga dengan keturunan, pangkat dan darjat yang aku miliki, sedangkan aku seorang gelandangan dan pendatang di bumi Mu ini ya Allah. Aku lupa aku alpa asal usulku? Aku malu kerana apa yang aku miliki dan aku kecapi hari ini adalah pinjaman daripada mu semata-mata.  Dosa silam itu, datang menghempap jiwaku… Aku tak mampu bersuara Seolah-olah semuanya tersekat dan terikat. Adakah masih ada tempat untuk ku pulang ke pangkal jalan? Atau terus menyimpang di jalan kelalaian dunia ini? Ya Allah ya tuhanku, ku hambaMu yang kerdil, meminta secebis jalan kemampunan demi keinsafan.. Jauhkan aku dr nafsu  keduniaan Kau berikan aku kekuatan untuk menepis hawa nafsu keduniaan yang menghancurkan jiwa ini. Kau runtuhkan tembok ego ku ini agar aku tunduk kepada kuasaMu ya Allah.

No comments: