Aku Bangkit

Sedari kehidupan ini adakalanya di atas dan adakalanya di bawah, aku merasakan adakalanya ia tidak berlaku adil terhadap apa yang berlaku, mungkin zaman sekarang bukan sembang soal adil atau tidak, tapi hak kepentingan diri sendiri. Manusia selalu lupa dan alpa akan roda kehidupan itu.

Jika setahun aku jatuh dan lemas dengan masalah yang hadir dalam hidup ini, pada mulanya aku menyerah kalah tanpa seorang pun sedar akan kekecewaan dalam hidup ini, apatah lagi melibatkan soal keluarga. Ditambahkan lagi aku menghadapi masalah kewangan yang amat kritikal ketika itu kerana aku tiada sumber pendapatan yang tetap. Seriously tekanan yang aku hadapi membuat aku rasa hina dan tak bermaya untuk menghadapi cabaran itu. Masa tu barulah aku sedar, nampak serta jelas nyata siapa kawan ketika susah dan senang. Banyak yang hadir tapi berlalu pergi. Baru kau akan nampak belang dan warna serta perangai kawan-kawan kau yang hanya akan bersama ketika suka dan senang sahaja.

Disitu aku mula memilih kawan dan mengenali lawan. Kawan banyak jenis ada yang baik membantu tapi di bibir sahaja. Ada yang hadir tapi sementara sahaja membiarkan kau lemas tanpa tali. Ketika itu barulah sedar kawan yang setia mendengar adalah ketika kau sujud 5 waktu dia maha mendengar tak kita kau gembira atau sedih adalah Allah swt.

Setahun berlalu, aku masih mencari kekuatan diri untuk bangkit dari kekecewaan hidup ini. Aku mula mengorak langkah, perlahan aku bangkit walau aku ia perit. Perlahan aku menyepikan diri dari mereka-mereka yang ku rasa tak perlu lagi diri aku dan aku tak perlu menganggu mereka. Cukup aku bangkit dari tempat lamaku, biar aku lakukan sendiri tak perlulah mencari bahu untuk menangis dan mengadu, aku ada Allah cukup pada dia tempat aku meluah segala apa yang ku rasa. Ku tinggalkan segalanya demi menjaga hati aku sendiri.

No comments: