Saat aku terlalu memerlukan orang-orang
yang aku sayangi dan kasihi belum tentu akan hadir disisi ini. Ahh! Pedulikan mereka, mereka hanya perlukan kau ketika kau senang. Jangan pernah kau lupa betapa kau rapuh ketika kau dalam sengsara. Tiada siapa pernah tahu. Hinggakan kau sendiri tak sedar luka itu terlalu dalam.
Allahu akhbar, selama ini aku abaikan hati dan jiwaku, aku abaikan soal kebajikan diri ku, patutlah aku sering memendam rasa itu. Masa kan aku lupa berapa banyak yang datang memohon bantuan pertolongan daripadaku suatu ketika dahulu? Sehingga aku abaikan kehendak aku demi membantu mereka tak kira dalam bentuk apa sekali pun tenaga, akal fikiran mahupun kewangan.
Aku lelah dengan semua ini, penat dengan situasi itu yang sering kali aku hadapi sehingga aku abaikan kebajikan diri aku. Adakalanya aku bosan dengan situasi acap kali aku terpaksa tempuhi. Aku sukar melafaskan 'TIDAK' pada mereka. Kesukaran itu buat aku lelah tak terhingga.
Maaf kali ini aku terpaksa menjauh dan membawa diri, hati aku tawar bila aku perlu kalian saat aku jatuh dan memerlukan teman. Aku perlukan ruang untuk diri sendiri yang tiada kesakitan dan sarat dengan fikiran untuk memikirkan hal orang lain, bersama insan-insan yang masih sudi bersamaku kala aku sakit, sedih, duka, jatuh mahupun dalam tawa ku. Kerana ini aku lebih memilih untuk bersendirian walau aku dalam duka dan sedih.
No comments:
Post a Comment