Hi uols! Salam Perpaduan Salam Perjuangan.. Tinggalkan sementara isu persengketaan yang berlaku ketika ini.. Walaupun aku di bumi semenanjung ini masih tercari-cari sumber berita utk mengetahui perkembangaan banjir d negeri kelahiran aku nampaknya liputan itu agak kurang di dada-dada akhbar dan juga media massa. Mungkin ini fungsi seorang blogger untuk memberitahu umum sesuatu berita untuk di kongsi bersama. Entahlah sama ada mereka sedar atau tidak. Ikuti Breaking News ini daripada bloggers seluruh negara jika perana media cetak dan massa tidak mampu melaporkan keadaan ini.
Gambar banjir terburuk di Sabah tiada liputan di Media Cetak mahupun Media Massa
- Banjir tahun 2014 yang berlaku sejak dua hari lalu ialah tragedi
terburuk di Sabah apabila sebahagian besar kawasan daerah Keningau,
Tenom, Nabawan, Beaufort dan Sipitang ditenggalami air sedalam hampir 1
hingga 3 meter.
Kejadian ini menyebabkan hanya bahagian bumbung sebahagian rumah di
daerah-daerah berkenaan dapat dilihat. Menurut informasi dari rakan,
daerah Beaufort dan Tenom adalah antara kawasan yang paling terjejas
teruk dan merupakan satu lagi sejarah hitam buat Sabah yang berulang
selepas tahun 1981.

![]() |
2014 |
Jika dilihat pada beberapa keping gambar di bawah, jelas kejadian banjir
di Sabah tidak kurang teruknya berbanding di Semenanjung. Selain itu,
di mana bantuan kemanusiaan yang sering datang apabila masa pilihanraya
umum tiba?
Kejadian banjir ini patut mendapat perhatian daripada pihak-pihak yang
berwajib bagi membantu mangsa-mangsa yang terlibat. Mohon dapat
disebarkan info ini bagi meringankan beban kepada mangsa banjir di
daerah berkenaan.
Walau apapun terjadi, bukan publisiti yang rakyat Sabah mahukan namun keadilan dan kesaksamaan yang seharusnya diberikan dalam isu-isu sebegini. Aku difahamkan juga Bantuan dan Tabung Bencana Banjir Tenom oleh Pemuda UMNO/BN telah diwujudkan. Oleh itu jika ada yang ingin menghulurkan sumbangan atau sukarelawan silalah berhubung ditalian 087-733099/0198091181.
Apa yang mengecewahkan ada pula
pihak-pihak yang membuat gurauan sinis akan hal sebegini yang dikira
dalurat, seolah tidak memahami situasi ini begitu serius yang boleh
menyebabkan kehilangan nyawa. Kenapa mereka-mereka ini yang dikurniakan
akal dan fikiran oleh Allah swt tapi masih lagi dungu dan menganggap
perkara ini seperti perkara remeh. Apakah mereka ini tidak tahu atau
tidak sedar bahawa isu banjir yang berlaku ini bukan perkara main-main
dan melibatkan banyak pihak yang terguris.
No comments:
Post a Comment