Journal 2014 - # 536

Hi uols!! Salam perpaduan salam perjuangan!! Dari sehari melangkah sejauh yang mungkin meninggalkan segala suka duka dibelakang ini. Walaupun adakalanya perasaan dan keinginan untuk kembali ke belakang mungkin ia adalah mustahil bagi aku. Hanya pengajaran yang mampu aku ambil dan perbaiki setiap apa yang telah berlaku sama ada suka atau duka.

Sejak kebelakangan ini terlalu banyak inbox, email dan mesej yang hadir untuk aku bertanyakan kenapa memilih nama 'Lara Cleopatra', kenapa dan mengapa?? Wah!! Ramai pulak yang berminat untuk mengetahuinya yer... Nama itu menjadi rahsia abadi aku selama ini, dah banyak nick nama yang aku guna contoh seperti Alam, Manja Lara, Aurora dan sebagainya tapi keserasian itu tak menepati apa yang aku inginkan dan idamkan. Kata orang tak kena dengan jiwa aku yang sering mencari kepuasan dan memberontak pada setiap tika yang ku inginkan.

Disebalik maksud Lara Cleopatra..

Aku pasti ramai yang tahu maksud Lara ia merujuk kepada sedih, kedukaan, menangis dan sewaktu dengannya. Mana kala Cleopatra dalam bahasa yunani ialah 'glory of her father' atau 'kegemilangan bapanya'. Selain itu mesti korang tahu sejarah atau cerita wanita purba mesir itukan di mana cleopatra merupakan seorang ratu yang punya daya tarikannya sendiri dan sejarah hidupnya tersendiri.

So kesimpulan pada aku untuk mengabungkan kedua-dua nama itu iaitu Lara Cleopatra, yang membawa erti pada aku 'Suka Duka Cerita Seorang Wanita', that all. Pada korang semua maka terjawablah yer kenapa Lara Cleopatra lepas ni kalau nak tahu lagi boleh search engine jer yer.

No comments: