Journal 2014 - # 521

Hi uols!! Salam perpaduan dan salam perjuangan!! Hari ni kita shut down jap pasal isu-isu yang berkaitan dengan penghinaan terhadap 2 buah negeri borneo. Atas permintaan seorang teman aku meminta aku membantu beliau untuk membuat promosi sebuah event yang bakal diadakan tak lama lagi. Event ini terbuka kepada semua penduduk di Sabah yang berminat terutama sekali mereka-mereka yang memang ingin menambah income. Berikut adalah maklumat event tersebut:

BAZAAR MUSIC FEST



1.Apa itu BAZAAR MUSIC FEST?
BAZZAR adalah satu program terbaru yang dikendalikan oleh onlinefm yang mana tujuan penganjurannya adalh utk memberi peluang kepada peniaga yang baru nak berjinak jinak dalam dunia perniagaan.kalau sebelum ini, mereka hanya berniaga secara online, kini mereka boleh mencuba nasib bertemu dan beramah mesra dengan pengunjung serta bakal pelanggan mereka.

Peniaga di dalam BAZZAR ini kebanyakkannya terdiri dari kalangan BELIA/BELIAWANIS yang ingin mencuba peluang di bidang perniagaan kecil kecilan.kalau sebelum ini, mereka berniaga di internet, kini mereka boleh merasakan berurus niaga secara bersua muka dengan pembeli.

Persembahan LIVE BAND akan menghangatkan lagi BAZZAR STAGE yang mana 15-20 buah kumpulan muzik sekitar Sabah akan dipiih untuk membuat persembahan.

2.Apa yang boleh di jual/pamer di BAZZAR?
pelbagai barangan serta perkhidmatan yang anda boleh jual atau pamerkan didalam program ini.Antaranya

*Koleksi pakaian/barangan peribadi yang sudah tidak dipakai lagi.
*Makanan yang dibuat sendiri (home made) yang HALAL
*Kraftangan hasil buatan sendiri (unik dan kreatif)
*Bakat bermain muzik
*dan macam macam lagi

40 LOT (ruang niaga) telah disediakan untuk disewa yang berukuran 8ft x 8ft.Kadar sewanya adalah RM300 untuk 2 hari.bermula dari jam 9am - 9pm.

Tarikh : 1 March 2014 (Sabtu)
Tempat : Kompleks Karamunsing, Kota Kinabalu Sabah.

"DARIPADA SIMPAN, BAGUS JUAL"

Kepada siapa-siapa yang berminat bolehlah berhubung terus dengan En. MieZam melalu akaun facebook beliau. Penaja amat dialu-alukan. Rebut peluang ini menjana pendapatan anda!!

No comments: