Journal 2014 - # 520

Hi uols!! Salam kedamaian salam perpaduan dan salam perjuangan.. sedikit lambat untuk aku terus update weblog ini, kesibukan kerja membataskan aku untuk menulis sejak kebelakangan ini. Walau apa pun aku cuba juga untuk meluangkan masa dalam penulisan aku kini. Jika sebelum ini agak kecoh dalam FB dengan kemunculan semula Page 'Semenanjung Malaysia Anti Sabah & Sarawak' kini page tersebut wujud semula. Apapun tindakan pantas rakan-rakan cuba buat report untuk block page tersebut terus wujud. Terima kasih atas usaha tersebut pada mereka yang perihatin kerana langkah yg bijak bukan hanya sekadar menjadi keyboard warrior dan juga tin kosong!! Justeru itu aku terus mengambil langkah dengan melaporkan hal ini sekali lagi kepada SKMM untuk menyemak status terkini akan aduan yang sebelum ini pernah aku buat dan jawapan SKMM mereka masih lagi dalam peringkat siasatan dan terus menyiasat akan hal itu.


Apa pun serahkan urusan ini kepada SKMM untuk mereka membuat siasatan lanjut, kita sebagai pengguna harus bijak dan mengetahui saluran yang boleh kita buat. Oleh itu andai ada sesiapa yang ingin mengetahui status lanjut isu ini sila guna No. Aduan: 0123/02/14 ini untuk semakan.

No comments: