Journal 2014 - # 532

Hi Uols!! Salam perpaduan dan salam perjuangan!! Walaupun beberapa daerah di Sabah dilanda musibah, hati mana yang tak tersentuh dan sedih bila melihat keadaan ini, tambahan pula apatah lagi jika saudara mara kita yang tinggal di sana. Mungkin kita tak merasa apa yang mereka rasa ketika ini. Ya Allah permudahkanlah urusan mereka dan selamatkanlah mereka. Dalam hal ini dikhabarkan Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun turut terkorban berikutan bot yang menyelamatnya bersama beberapa orang lain terbalik di Kampung Mempikit Laut. Namun begitu ada juga yang menganggap perkara ini sebagai gurauan yang sinis.

Siapa Kakyong Diya Sebenarnya??
Terdapat beberapa penulis blog cukup marah dengan komen terhadap Kakyong Diya Club 2.0 dalam Facebook, antaranya Blog JOMO MALAYA yang menyatakan komen Kakyong Diya Club Celupar & Biadap!

Setelah meninjau dalam laman facebook Kakyong Diya Club 2.0 ni, memang menampakkan betapa
ceteknya akal dan fikir Kakyong Diya ni, dari situ aku boleh katakan dia ni sebenarnya syaitan yang bertopengkan manusia. Penuh dengan kepura-puraan namun berperangai buruk. Mencari provokasi dan mencetuskan sentiment negatif dalam masyarakat. Nampak macam pro kepada sebuah parti yang menyokong kerajaan tapi dalam hal sebenar dia manusia yang tolol, angkuh dengan setiap kata-kata yang dilontarkan. Bukan setakat itu saja setiap komen dan status dalam facebook sejak provokasi isu banjir di Sabah menampakkan dia dah mula menghina penduduk Sabah.

Buka itu saja, isu agama juga menjadi bahan pada Kakyong Diya Club 2.0 ni. Iskk!! Apa nak jadi sebenar manusia ini. Sentiment keagamaan tak perlu di gunakan atau dipermainkan. Sebenarnya punca daripada dia seorang ini akan menjadi isu lebih panas dan perang agama akan berlaku disebabkan statement yang di post kan dalam page facebook beliau. 

Allah swt kurniakan kita akal fikiran untuk kita berfikir secara waras dan mengunakan akal itu dengan sempurna. Dalam ajar yang dibawa oleh Rasulullah iaitu Nabi Muhammad saw, Islam tidak pernah mengajar kita menghina sesuatu agama atau kaum, betapa indahnya Islam, namun keindahan Islam itu sebenarnya dikotori dan dirosakkan oleh manusia-manusia yang jahil dan suka kepada pergaduhan.

Sesungguhnya ruginya seorang insan atau manusia yang di lahirkan ke muka bumi ini jika akal dan fikirannya tidak mampu memikirkan untuk mencari kebaikan dan keredaan Allah swt.


No comments: