Journal 2014 - # 519

Hi uols!! Salam perjuangan salam perpaduan!! Kata orang lebih baik lakukan sesuatu daripada duduk diam tanpa berbuat sesuatu yang hanya tahu bercakap daripada melakukan untuk kepentingan bersama. Ibarat 'Tin Kosong' Orang yang banyak cakap tetapi tidak berilmu. Isu Zef Fithry di mana-mana media sosial khususnya bagi kalangan Rakyat Sabah memang cukup panas isunya. Baru-baru ini laporan daripada SKMM telah menyatakan akaun FB Zef Fithry itu telah ditutup dan banyak pihak menunding jari kepada SKMM terhadap tindakan atau jawapan yang diberi. Secara lojiknya ada kebenarannya sesuatu kesalahan dan jenayah perlu di susuri bukit yg kukuh! Memang benar perkara ini cukup tidak adil buat rakyat Sabah bila SKMM tidak dapat menyabitkan kesalahan tersebut dalam mana-mana undang-undang. Namun pada mereka yang berusaha dalam membanteras hal dan isu penghinaan ini satu kredit atau pujian pada mereka kerana mereka sanggup lakukan demi kepentingan rakyat negeri Sabah! Ini kerana mereka tahu apa yang patut mereka lakukan bukan setakat cakap kosong serupa Tin Kosong.

Dalam usaha ini aku juga turut membuat laporan SKMM dan juga Polis malahan bukan sahaja terhadap Zef Fithry dan rakan-rakannya tetapi turut terkena tempiasannya terhadap front page Semenanjung Malaysia Anti Sabah dan Sarawak.
Reply email terdahulu

Segala maklumat dan bukit telah dilampirkan, namun Zef Fithry dan rakan-rakannya bertindak lebih cepat untuk menutup akaun facebook mereka. Namun demikian aku berpuas hati kerana aku mampu dan berusaha untuk melakukan apa yang seharusnya dibuat. Susulan daripada itu juga, walaupun agak mengecewahkan jawapan daripada SKMM bahawa akaun facebook Zef Fithry dan rakan-rakannya telah ditutup namun sedikit sinar gembira bila page 'Semenanjung Malaysia Anti Sabah dan Sarawak' dapat di tumbangkan juga dan telah pun ditutup dengan rasminya dan pihak SKMM sedang menyiasat perkara ini di bawah Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. 
Replay email terbaru daripada SKMM
Walaupun Zef Fithry terlepas daripada SKMM dan tindakan undang-undang tidak semestinya akan terlepas selamanya kerana manusia sering buat kesilapan.. dunia cyber kini ibarat dihujung jari, walau apa pun pencarian itu tetap diteruskan!!

No comments: