Hi uols!! Salam keamanan utk sume!! A New Days Has Come!! Aku menanti sinar itu well we see that and wait!! Zaman skg ni teknolongi semakin canggih drpd zaman hitam putih smpi la zaman berwarna warni weii.. yg bestnya dulu masa sembang dgn kawan2 sekolah pasal gajet kami berangan hp klau boleh touch skrin saja, now we see mng terjadikan pilih saja yg kecil yg besar yg penting pulusnya pun besar juga hahaha...
Okey!! forget about that (cehwah!! speaking london plak) Isu sedang hangat dan masih hangat walaupun dlm beberapa buah page atau group dlm laman sosial (Facebook) berkenaan penghinaan mereka2 yg x bertanggungjawab terhadap Sabah ni masih lagi hangat diperkatakan oleh itu hari ini aku cuba nk cool down kan kemarahan itu dgn soal lain tp masih lagi berkait dgn isu teknologi n penghinaan ini.
PERSOALAN || SEJAUHMANAKAH KEBERKESANAN SISTEM PERUNDANGAN DI MALAYSIA UNTUK MENANGANI ISU PENYALAHGUNAAN TEKNOLOGI KOMUNIKASI INI?
Kemunculan Internet sebagai alat komunikasi terkini menjanjikan satu wadah penyebaran maklumat yang memantapkan ilmu dan maklumat. Oleh kerana tiada siapa yang dapat mengawal perjalanan maklumat di dunia siber, berjuta-juta laman web telah dihidupkan. Bermacam-macam maklumat (samaada benar atau salah), idea, ideologi, propaganda dan tidak kurang juga pornografi disebarkan melalui Internet. Pada masa yang sama, kebebasan maklumat yang dijanjikan oleh dunia siber ini menimbulkan rasa gerun bagi pihak pentadbir sesetengah negara yang selama ini mahu mengongkong kebebasan bersuara penduduk mereka.
Keupayaan Internet sebagai alat komunikasi jauh mengatasi
alat-alat komunikasi yang ada sekarang. Percetakan, telefon dan
televisyen telah berzaman memainkan peranan yang penting dalam media
untuk menyampaikan ilmu dan maklumat kepada orang ramai. Namun,
bahan-bahan media ini penyebaran maklumatnya adalah satu hala dan tidak
interaktif seperti Internet. Ini membolehkan pengawalan maklumat
dilakukan secara berkesan. Malah kebanyakan negara mempunyai peruntukan
undang-undang yang mengawal percetakan dan kandungan televisyen.
Perbezaan
antara Internet dan bahan media yang sedia ada amatlah nyata kerana
Internet adalah satu platform yang menyediakan maklumat daripada
berjuta-juta pengguna dan pengkaji selidik dari seluruh dunia. Teknologi
Internet memungkinkan seseorang menyalahgunakan maklumat dan berbagai
jenis perkhidmatan yang disediakan. Salah satu penyalahgunaan teknologi
Internet masakini ialah jenayah siber.
Di Malaysia contohnya, sebarang percetakan yang disebarkan kepada
orang awam memerlukan permit yang sah. Peruntukan undang-undang yang
sedia ada seperti Akta Percetakan, Akhbar dan Penerbitan 1984, Akta
Penyiaran 1988, Akta Hasutan 1948, Akta Rahsia Rasmi 1972 membataskan
maklumat- maklumat yang boleh dicetak dan diedarkan kepada orang ramai.
Bahan media yang tradisional juga dibatasi oleh had geografi. Penyebaran
buku, makalah dan surat khabar memerlukan kos, tenaga manusia,
infrastruktur jalan dan kemudahan kenderaan. Kesemua faktor ini
membataskan penyebaran maklumat dan pada masa yang sama memudahkan
pengawalan maklumat.
Disebabkan penguatkuasaan undang-undang ini, media massa tidak
mampu berfungsi sebagai penyalur maklumat yang tepat kepada masyarakat.
Hal ini kerana maklumat yang disampaikan kepada masyarakat adalah tidak
telus. Setiap artikel yang akan diterbitkan harus menjalani beberapa
tapisan supaya maklumat yang disampaikan kepada masyarakat tidak akan
menimbulkan perkara-perkara yang negatif tentang kerajaan. Situasi ini
menunjukkan bahawa wartawan masih terikat dengan undang-undang dan
dikawal daripada memberi maklumat yang sebenar kepada masyarakat. Jika
terdapat wartawan yang melanggar batasan yang ditetapkan, mereka boleh
dikenakan tindakan undang-undang seperti Akta Keselamatan Dalam Negara
(ISA).
Internet dilihat sebagai media alternatif terbaik untuk medium
demokrasi yang lebih terbuka. Kerajaan telah menetapkan bahawa tiada
penapisan internet yang diperkenalkan dalam Rang Jaminan. Namun begitu,
undang-undang tetap dikuatkuasakan terhadap mana-mana individu atau
kumpulan yang dilihat mampu mengancam Negara menerusii penggunaan
internet menuurut interpretasi pihak kerajaan. Lihat saja, apa yang
terjadi kepada blog "Malaysia Today" yang ditutup oleh kerajaan dan
kepada pemliknya sendiri iaitu Raja Petra.

Malaysia telah telah meletakkan pada asas yang kukuh pembangunan
ICT dengan menyediakan undang-undang. Sebagai permulaan sebanyak lima
undang-undang telah digubal dan diluluskan, seperti berikut:
- Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 - Akta ini merupakan sendi kepada semua undang-undang siber di Malaysia. Ia menghuraikan mengenai dasar pembangunan ICT bagi negara ini. Dalam akta ini disenaraikan 10 objektif dasar nasional bagi industry komunikasi dan multimedia (Sila rujuk Akta untuk perinciannya, atau buku Mengenali Undang-undang Media dan Siber). Akta ini juga meletakkan janji Kerajaan mengenai tiada tapisan dalam Internet di bawah Seksyen 3(3) - Berikutan dengan kelulusan Akta ini, sebuah kementerian khas diwujudkan yang memasukkan elemen komunikasi dan multimedia di dalamnya. Kementerian ini pada mulanya dikenali sebagai Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi. (Kini komponen komunikasi di keluarkan dan digabungkan dengan Kementerian Penerangan, bersama dengan komponen Kebudayaan).
- Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia - Akta ini membolehkan ditubuh sebuah suruhanjaya untuk mengendalikan urusan berkaitan dengan jaringan seperti internet. Ia juga mengambilalih kuasa pelesenan terhadap spectrum penyiaran dan telekomunikasi. Urusan pos juga kini diletakkan di bawah suruhanjaya ini. Apabila ditubuhkan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia diletakkan di bawah Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi. Kini ia diletakkan di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Beberapa pihak pernah menyarankan supaya komponen komunikasi diletakkan di bawah Kementerian Penerangan. Saya sendiri ada menulis dalam Berita Harian mengenai perkara ini (Jika ia dapat disalin, saya akan pindahkan artikel itu dalam blog ini).
- Akta Tandatangan Digital 1997. - Akta ini digubal untuk membolehkan diterima secara sah segala urusan melalui online termasuk penggunaan tandatangan secara digital. Tujuan utamanya ialah untuk melicinkan dagangan secara elektronik, sebagai usaha meningkatkan e-commerce atau e-dagang. Kelulusan undang-undang ini perlu kerana pengesahan dari segi undang-undang adalah sukar untuk melaksanakan dokumentasi secara online.
- Akta Jenayah Komputer 1997. - Tujuan utama akta ini ialah untuk melengkapkan undang-undang jenayah khususnya berkaitan dengan jenayah yang dilakukan melalui jaringan komputer. Akta ini memperuntukkan jenis-jenis jenayah dan hukumannya.
- Akta Teleperubatan 1997 - Akta ini membolehkan para doktor dan pengamal perubatan lain menggunakan jaringan internet untuk menjalankan operasi perubatan dari jarak jauh. Ia memperuntukkan apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan oleh pengamal perubatan. Akta ini membawa bidang perubatan ke satu tahap yang lebih tinggi lagi.
- Akta Hak Cipta (Pindaan) - Akta ini memasukkan unsur-unsur yang berkaitan dengan hakcipta dalam Akta induk. Ini bermakna apa-apa hasil karya yang dilakukan di dalam dan melalui internet adalah terlindung di bawah Akta Hakcipta.
Kesimpulannya, penguatkuasaan undang-undang ke atas teknologi
komunikasi tidak seharusnya berlaku kerana ia jelas bertujuan untuk
menjaga kepentingan pihak kerajaan semata-mata. Undang-undang ini
menyekat kebebasan teknologi komunikasi dan mencabul hak asasi manusia.
Media seharusnya berfungsi secara telus untuk semua bukan pihak tertentu
sahaja. Namun dalam pada itu, undang-undang masih perlu dikuatkuasakan
tetapi ia bukan bertujuan untuk menyekat kebebasan media dalam
menyampaikan maklumat yang telus tetapi digunakan untuk menghalang
pengamal media terutamanya wartawan serta masyarakat keseluruhannya
daripada menyalahgunakan media untuk kepentingan peribadi dan pihak
tertentu.
No comments:
Post a Comment