Journal 2014 - # 530

Hi uols!! Salam perpaduan salam perjuangan!! Hasbunallah wa ni’mal wakil bermaksud – Cukuplah Allah sebagai pelindung kami dan DIA adalah sebaik-baik pelindung.. Sesungguhnya aku bersyukur kerana aku masih diberi kesempatan untuk terus bernafas di bumi Allah swt ini. Aku buka punya sesiapa hanya milik kepada sang pencipta. Aku dikurniakan akal dan minda untuk terus menulis dalam apa pun Segala kejadian dihadapan mata aku atau apa yang terjadi disekeliling aku.

Allahu Akhbar!! Terasa besar tanggungjawab aku pada dunia cyber ini selain tanggungjawab aku Kepada Allah swt dalam menyampaikan dakwah dalam islam selain hal hak kemanusiaan.

Di sini lah aku bermula mengunakan Nama Pena Lara Cleopatra pada setiap penulis aku mula memcorak dunia aku dengan branding aku sendiri iaitu LC.

Ada yang bertanya siapa aku Sebenarnya?
Asal aku dari mana? Aku bukan siapa-siapa hanya manusia biasa yang dijadikan oleh Allah swt di muka bumi ini yang berasal dari bumi yang bernama Sabah. Hidup aku adalah seorang perantau di bumi semenanjung Malaysia lebih 8 tahun seorang diri tanpa bertemankan sesiapa. Dunia aku adalah kerjaya aku, blogger aku dan business online aku. Alhamdulillah semua itu aku belajar daripada bawah.

Aku merupakan Anak tunggal kepada seorang ibu tunggal, bapa aku telah lama pergi di Jemput ilahi lebih 30 tahun. So aku di besarkan oleh ibu aku. Seawal usia 20an aku telah menjejak kaki di bumi rantauan aku ini. Pelbagai ragam dan sifat manusia aku kenal. Kata orang hidup mahukan berani mencuba dan Cerdik memilih. Alhamdulillah aku menjalani kehidupan bersederhana walaupun aku sering dihimpit oleh Pengaruh orang-orang yang tak bertemadun namun nasihat ibu aku pandailah jaga maruah n nama keluarga. Sampai Kini aku masih lagi ingat kata-kata itu. 

Aku seorang yang abstract lain dari yang lain aku disini bukan ramai kawan, boleh di Kira, Lagipun aku seorang yang suka menyendiri daripada bergaul beban! Batasan itu aku bentengkan sebaik Mungkin. Aku juga pilih bulu bukan semua aku akan berkawan hanya orang-orang tertentu sahaja. 

Kebanyakan masa lapang aku di rumah ataupun sesuatu tempat yang boleh mendatang ilham. Aku lebih suka melakukan aktiviti seorang diri contoh macam bowling itu favourite sport aku.

Orang kata life aku Bosan, pada mereka tapi tidak pada aku, janji aku happy! Aku minat pada seni. Minat aku dalam seni itu meluas. Aku minat menulis cerpen/novel, aku minat pada penulisan puisi, aku juga minat pada lagu.

Aku seorang yang lahir dalam bidang IT kerja aku adalah sebagai Web programmer/Designer. Tapi Kini minat aku lebih kepada Multimedia Communication tak lah lari sangat daripada IT kan.

Namun aku bersyukur dengan apa yang aku miliki ketika ini, Biarpun aku begini aku happy dengan life aku, hari demi hari masa demi masa Hidayah datang sentiasa membimbing aku. Syukur sebab Allah swt sentiasa beri aku idea yang baik dalam penyampaian makkumat. 

Seperti orang lain aku ingin hidup aman dan damai sentiasa, kerana aku tahu Allah swt sentiasa bersama aku...

No comments: