Hi uols!! Salam perpaduan salam perjuangan!! Mulakan hari ini dengan lembaran baru dengan lafaz #Bismillah dan #Alhamdulillah, Syukur kehadrat Ilahi kerana memberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan ini untuk terus bernafas. Cukup-cukup dahulu cerita tentang isu perkauman, isu penghinaan, isu kecelaruan sesetengah manusia yang cukup biadap terhadap kehidupan orang lain.
Hari ini aku cuba memulakan lembaran baru dalam hidup ini, seolah aku baru dilahirkan semalam walaupun tarikh lahir aku baru sahaja berlalu. Kehidupan ini sukar dijangka, sukar di ramal oleh manusia itu sendiri apatah lagi masa depan seseorang itu. Adakalanya penuh dengan pasang surut kehidupan ini. Buat masa ini aku cuba hentikan aktiviti dalam media sosial buat seketika berehat dari apa yang telah berlaku terutama sekali dunia FB, mungkin aku perlu berehat seketika untuk fokus dalam urusan seharian. Hanya #Instagram, #Twitter dan #Tumblr masih beroperasi untuk aku kongsi karya-karya photography jika sempat aku kongsikan. Biarlah kali ini aku kembali aktif dalam dunia blogger aku, banyak tugasan dan perkara yang perlu aku sampaikan kepada dunia.
Welcome to blogger world 'Lara Cleopatra' Disini aku bebas untuk bersuara aku bebas untuk meluah rasa tanpa sebarang halangan daripada sesiapa selagi aku menjaga batas dan adap dalam penggunaan internet dan multimedia.
Berdepan dengan mereka yang terlalu sensetif atau mudah tersinggung adalah suatu yang cukup sukar dan penuh berhati-hati. Ada sesetengah orang mudah sangat rasa tersinggung terutamanya yang berjiwa sensitif, pantang terusik atau tersilap
kata-kata sikit, sudah terasa hati dan memendam rasa. Sesetengah orang
menunjukkan reaksi apabila tersinggung, seperti merajuk, marah, dsb tapi
tidak kurang juga yang simpan saja di dalam hati, sehingga meletus
apabila sudah tidak tahan lagi. Memang agak sukar berkawan dengan orang
yang mudah tersinggung, sentiasa saja terpaksa menjaga hatinya.
Bagaimana pula kalau kita sendiri yang terlebih sensitif dan mudah
tersinggung?
Menangani Rasa Tersinggung
Apa yang menyebabkan orang tersinggung?
Ketersinggungan seseorang timbul kerana
menilai dirinya lebih dari kenyataan, merasa pintar, berjasa, baik,
tampan, dan merasa berjaya. Setiap kali kita menilai diri lebih dari
kenyataan, tetapi apabila ada yang menilai kita kurang sedikit saja akan
langsung rasa tersinggung. Peluang tersinggung akan terbuka jika kita
salah dalam menilai diri sendiri. Oleh itu, ada sesuatu yang harus kita
perbaiki, iaitu menilai diri secara proportional.
Teknik pertama agar kita tidak mudah
tersinggung adalah tidak menilai lebih kepada diri kita. Misalnya,
jangan banyak mengingat-ingat bahwa saya telah berjasa, saya seorang
guru, saya seorang pemimpin, saya ini orang yang sudah berbuat
kebaikan.
Semakin banyak kita mengaku-ngaku tentang diri kita, akan membuat kita makin mudah tersinggung.
Ada beberapa cara yang cukup efektif untuk menangani ketersinggungan:
Pertama: Belajar melupakan
Jika kita seorang sarjana maka lupakanlah
kesarjanaan kita. Jika kita seorang pengarah lupakanlah jawatan itu.
Jika kita ahli agama lupakan kelebihan ilmu agama kita. Jika kita
seorang pemimpin lupakanlah hal itu, dan seterusnya. Anggap semuanya ini
berkat dari Allah agar kita tidak tamak terhadap penghargaan. Kita
harus melatih diri untuk merasa sekadar hamba Allah yang tidak memiliki
apa-apa kecuali berkat ilmu yang dipercikkan sedikit oleh Allah SWT.
Kita lebih banyak tidak tahu. Kita tidak
mempunyai harta sedikit pun kecuali sepercik titipan berkat dari Allah.
Kita tidak mempunyai jawatan ataupun kedudukan sedikit pun kecuali
sepercik yang Allah telah berikan dan dipertanggung jawabkan. Dengan
sikap seperti ini hidup kita akan lebih ringan. Semakin kita ingin
dihargai, dipuji, dan dihormati, akan semakin sering kita sakit hati.
Kedua: Kita harus melihat bahwa apa pun
yang dilakukan orang kepada kita akan bermanfaat jika kita dapat
mengendalikannya dengan tepat. Kita tidak akan pernah rugi dengan
perilaku orang kepada kita, jika dapat mengendalikannya dengan tepat.
Kita akan merugi apabila salah mengendalikan kejadian, dan sebenarnya
kita tidak dapat memaksa orang lain berbuat sesuai dengan keinginan
kita. Yang dapat kita lakukan ialah memaksa diri sendiri mengendalikan
orang lain dengan sikap terbaik kita. Apa pun perkataan orang lain
kepada kita, anggap saja ini episod atau ujian yang harus kita alami
untuk menguji keimanan kita.
Ketiga: Kita harus berempati
Iaitu, mulai melihat sesuatu tidak dari
sisi kita. Perhatikan kisah seseorang yang tengah menaiki gajah dari
depan dan seorang lagi mengikutinya di belakang gajah tersebut. Yang di
depan berkata, “Oh indah nian pemandangan sepanjang hari”. Kata-kata
seperti ini dianggap sindiran oleh orang yang hanya melihat buntut gajah
di belakang. Oleh itu, kita harus belajar berempati jika tidak ingin
mudah tersinggung. Namun harus diingat, berbagai alasan yang kita buat
semata-mata untuk memaklumi, bukan untuk membenarkan kesalahan,
sehingga kita dapat mengendalikan diri.
Keempat, jadikan penghinaan orang lain
kepada kita sebagai beban peningkatan kualiti diri dan kesempatan untuk
mempraktikkan buah2 “kebaikan” iaitu, dengan memaafkan orang yang
menyakiti dan membalasnya dengan kebaikan.
No comments:
Post a Comment