Tahun Baru, Dunia Baru, Azam Baru

Assalamualaikum dan Salam Perjuangan!


Hi uols! Masih belum terlambat untuk aku nak ucapkan happy new year kat korang semua, walaupun dah minggu kedua kita berada di bulan Januari ini. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan ini.

Tahun 2017 adalah tahun yang penuh cabaran, ujian dan pengalaman hidup yang mengajar aku erti sebuah kehidupan sebenar. Pelbagai cacian makian dan musibah yang aku tanggung sendirian tan[a ada orang sedari akan masalah yang aku hadapi, kecuali mereka-merak yang rapat dan tahu apa masalah yang aku hadapi. Cukuplah aku kenal mana kawan, saudara yang ada ketika masa susah dan senang. Ibarat perpatah melayu kawan ketawa memang ramai kawan menangis belum tentu ada. Susah senang, kesempitan hidup dan dugaan yang terpaksa aku pikul sendirian, aku gagahi untuk meneruskan kehidupan ini.

Pada mata mereka aku kuat, disebalik senyuman dan tawa ku sebenarnya terlalu banyak kepedihan yang aku lalui. Tapi aku teruskan kehidupan sehari demi sehari kerana aku terlalu penat untuk memikirkan masalah yang aku hadapi sepanjang tempoh itu. Betul bukan semua orang akan faham masalah kita, tapi cukuplah doa, sokongan moral untuk aku kuat untuk harungi kehidupan yang serba getir buatku.

Sukar untuk aku gambarkan perasaan aku ketika ini, mengenang semula nasib dan musibah yang diberi kepadaku, kini aku mengerti siapa kawan siapa lawan. Ketika kau senang ramai yang akan datang kepada kau tapi ketika kau jatuh semua mereka ini akan pergi jauh lebih jauh kalau boleh bayang pun tak akan kelihatan.

Aku bangkit sedikit demi sedikit, membawa harapan untuk aku berjuang, aku mula menjauhkan diri daripada mereka yang aku gelarkan hipokrit. Demi Allah aku terlalu serik untuk berkawan, terlalu berhati-hati untuk mencari kawan dan berkawan. Kejahilan itu mengajar aku erti menghargai sebuah peluang dalam kehidupan. Malang bukan semua orang mengerti apa itu peluang dalam kehidupan. Aku mula melangkah tinggalkan satu persatu dalam kehidupan aku. Aku lebih suka memilih biarlah aku sendiri daripada terus disakiti oleh mereka-mereka ini. 

Ketika bangkit aku sedar aku lebih suka menyendiri, menikmati kehidupan sekeliling. Hanya mereka yang benar-benar mampu memahami jiwaku sahaja yang sudi menjadi tongkat ketika aku rapuh. Syukur, jalan itu Allah tunjukkan kepadaku. Perlahan aku bertatih setapak demi setapak agar aku terus kuat melepaskan kekecewaan yang teramat sangat. Biarlah aku pikul sendirian, tanpa mereka mengetahui apa sebenarnya berlaku.

Dibalik kegembiraan ada kedukaan, dibalik senyuman ada kepiluan, dibalik rawan ada keluhan, Inilah yang ku lalui ketika ini. Biarlah aku jadi yang baru yang kuat menghadapi segalanya. Aku tak mahu jatuh lagi, sakit masih berbisa dan berbekas kesakitan itu. Masih aku terasa pedih dan nanah yang masih berparut di hati ini. 

Buat mereka yang selalu disisi ketika ku susah dan senang yang masih setia terima kasih atas perhatian kalian..

No comments: