Nastia Pertaruhkan Rapuh kepada Peminat


Assalamualaikum dan Salam Perjuangan!

Hi uols! Dengar sajadi corong-corong radio pasti anda pernah dengar lagu OST Papa Ricky iaitu Rapuh. Tahukah anda lagu tersebut sebenarnya karya Nastia. Wow!! Memang best dengar lagu tersebut. Malahan aku sendiri meminati Nastia Band sejak awal kemunculan mereka lagi. Well Nastia cukup terkenal dengan karya-karya mereka yang kira cukup berhantu dikalangan peminat mereka tersendiri. 

Kebanyakan lagu-lagu mereka ini menjadi OST drama-drama bersiri di kaca-kaca TV. Antaranya, Rapuh (OST Papa Ricky), Terlalu Istimewa (OST Lelaki Upahan), Sebut Namamu (OST Kerana Terpaksa Aku Relakan), Pastel (OST Puteri Bukan Nama Sebenar & OST Janji Adam) dan Cinta Sempurna (OST Hatiku di Krabi).


Kenali Nastia Band:

Nastia, sebuah band yang mula disebut-sebut media arus perdana sejak tahun 2011 ketika mereka bersama-sama menyertai Battle of the Band anjuran SuriaFM. Band ini mula dikenali apabila lima buah lagu nyanyian mereka iaitu Kosong, Sebut Namamu, Sungguh, Hanyut dan Esok Belum Tiba menjadi runut drama Korban Kasih. Nastia mula menerbitkan EP pertama mereka berjudul Xpresi yang menerima maklum balas positif luar biasa daripada peminat mereka di seluruh Malaysia. Bertitik tolak daripada penerimaan memberangsangkan itu, Nastia muncul bersama album pertama berjudul Esok Belum Tiba yang dihasilkan AG Coco. Nastia Dianggotai Leo Azman (vokal), Zaah Zainir (keys), Rudy Nastia (gitar) dan Taqi (keys)

Terbaharu mereka mengeluarkan single berjudul Rapuh yang diterbitkan oleh Faithful Music dan sekaligus menjadikan mereka band pertama berada di bawah syarikat milik Faizal Tahir. Ramai yang memuji tindakan Faizal Tahir mengambil Nastia sebagai ahli keluarga Faithful Music kerana lagu-lagu yang dibawa mereka mempunyai nilai tersendiri dengan lirik cukup mendalam sehingga ada yang menangis menghayati. Enam tahun dalam industri, Nastia kini bersedia melebarkan sayap untuk terbang lebih tinggi. Ramai yang memuji kehebatan susunan muzik dan persembahan mereka, tetapi masih ramai yang belum mengenali band ini. Ayuh dengarkan Rapuh, mungkinkah lagu ini bakal menjadi fenomena yang menaikkan populariti Nastia? Siapa tahukan, apa pun good luck pada Nastia dalam memperjuangkan karya mereka.

Nastia FB: https://www.facebook.com/nastiamusic/


No comments: