Amir Jahari beraksi di Pentas AF Megastar

Assalamualaikum & Salam Perjuangan!

Hi uols!! Jika dulu adalah memberi peluang kepada dia mengorak langkah dalam dunia seni hiburan, kini beliau berjaya menapak di dunia seni hiburan tanah air. Melalui lagu-lagu santai tapi mempunyai mesej tersendiri dan berkias tentang kehidupan, beliau mempunyai peminat dan pengikut yang tersendiri. Penghibur Jalanan sebuah lagu yang cukup ironic buat pendengar dan mengetahui sejarah bermulanya Amir Jahari dalam dunia seni ini pasti tersenyum dan ingat ketika Amir Jahari dalam AF dahulu.

Kini Amir Jahari beraksi di Pentas AF Megastar. Minggu pertama sahaja beliau berani membawa lagu sendiri Aku Juga Manusia membuka mata kepada semua yang pernah silap menilai bakat Amir Jahari, namun dik kerana kritikan tersebut kita tahu dan nampak siapa Amir Jahari kini.


Kenali Amir Jahari:
Mohamad Amirullah bin Jahari atau lebih dikenali sebagai Amir Jahari lahir pada 31 Mei 1992, merupakan seorang penyanyi, pemuzik dan penulis lagu. Beliau dilahirkan dan dibesarkan di negeri Bumi Kenyalang, Sarawak. 

Kerjaya muzik beliau bermula pada 2011 apabila beliau diujibakat untuk musim kesembilan rancangan pencarian bakat baru dalam bidang nyanyian, Akademi Fantasia. Beliau menandatangani kontrak bersama Kasi Gegar Entertainmemt (KGE) milik bekas peserta Akademi Fantasia Musim 5, Aizat Amdan dan melancarkan album pertamanya, Penghibur Jalanan pada 2013. Beliau juga bergiat aktif bersama kumpulan muziknya sendiri, The Amir Jahari Project.


2011-2012: Kejayaan komersial awal:

Amir Jahari ialah salah seorang peserta Akademi Fantasia musim kesembilan pada 2011 dan beliau ialah salah seorang pelajar mengikut susunan penyingkiran.

2013-kini: Album pertama dan projek muzik:
Amir Jahari melancarkan album pertamanya, Penghibur Jalanan pada 29 April 2013, album ini memuatkan sebanyak 9 lagu, termasuk 2 lagu akustik. Beliau menggunakan permainan teka silangkata sebagai kulit album. Single pertama dari album ini ialah Tanpamu, diikuti oleh single kedua, Penghibur Jalanan dan single ketiga, Gelisah.

Beliau menyertai kumpulan Go Gerila yang mana beliau ialah vokalis utamanya bersama Aizat Amdan dan seterusnya menubuhkan kumpulan muziknya sendiri, The Amir Jahari Project.

Pada 2016, beliau melancarkan single pertamanya yang bertajuk Ingga yang akan dimuatkan dalam album keduanya yang akan menjengah pasaran nanti. Mengetengahkan bahasa Melayu Sarawak sepenuhnya. Lagu ini menampilkan bunyian 'sape, alat muzik tradisional Orang Ulu dengan alunan melodi Sarawak digabung bersama muzik Amir yang berentak folk rock kontemporari.

Pada korang yang minat Amir Jahari dan mengikuti perkembangan beliau dalam AF Megastar boleh AFUNDI AF Megastar 2017 Amir Jahari okey. Dan jangan lupa follow FB Amir Jahari untuk info terkini.



No comments: