Journal 2011 ~ #212

Hari ni Jumaat, Pengulu segala hari.. cepat betul masa berlalu hari ni da 1 April 2011 tp bukan APRIL FOOL tau.. hari ni aku nk sembang beberapa perkara yang pertama ni aku nk citer pasal solat jumaat. Hari ni aku cuti sbb esok nk exam.. so ms yg ada ni aku ambik kesempatan.. kiranya aku selesaikan perkara yg patut. Entah knapa aku rs terhingin nk pegi Tesco Selayang hari ni da la tu time tghari plak.. mungkin x de org kut sbb aku berpendapat mesti ramai yg g solat jumaat. Nyata tekaan aku meleset, org tetap ada tp yg memalukan dan menjelek kn mata aku ni kaum adam yg sepatut nye ada kt Masjid dgr kutbah jumaat sedang asyik menemani sang isteri SHOPPING!!. Weiii.. cik kak x kn x tau ari ni ari jumaat kak oii.. Tak kan x bleh pegi shopping barang dapur sndiri atau tunggu lepas Solat Jumaat kak oiii.. kan solat Jumaat tu adalah fardu ain bagi setiap lelaki yang mukalaf. Sekiranya tidak menunaikan Solat Jumaat tanpa sebarang alasan adalah berdosa besar. Jika dia meninggalkannya selama tiga kali berturut-turut dia dikategorikan sebagai seorang yang kufur sebagaimana sabda Rasulullah SAW, maksudnya: "Barang siapa yang meninggalkan solat Jumaat sebanyak tiga kali dengan sengaja maka kufurlah ia". Melalui hadis ini jelaslah kepada kita tentang betapa pentingnya solat Jumaat dan betapa besarnya dosa jika meninggalkannya dengan sengaja.

Entahlah aku tgk kaum lelaki bangsa lain kurang ler plak kt situ yg ada pon pekeje Tesco n pengunjung yang membeli bela. Ya Allah Engkau berikan petunjuk kpd mereka yg alpa akan kewajiban mereka itu.

Ok habis citer pasal Solat Jumaat, kali ni nk citer pasal isu Bung Mokhtar kata 'PEMANDU WANITA MERBAHAYA?' Hey!! it's not the deal k.. lepas tu Sharizat plak minta pd pihak bertanggungjawab utk keluarkan stastik Kemalangan yang berlaku dan ternyata pemandu lelaki lebih banyak berbanding wanita., aleh2 kata kenyataanya itu di salah tafsir. Ok aku nk ulas aku nk bg pendapat aku sndiri nk buka mata pd seorg MENTERI yg tahu bercakap sebelum berfikir. Pada aku kedua2 nye sama aje.. masing2 ada ego masing2 nak tunjuk hero, tunjuk pandai tp sebenarnya mempunyai kelemahan tersendiri. Klau masa nak ambik lesen dulu kenapa ikut peraturan, bg signal tgk cermin sisi baru memotong.. ikut peraturan had laju dan mcm2 lg.. tp bila da LULUS lepas tu da dpt lesan. Massallah.. Sume tu hilang.. pantang d cabar tekan minyak smpi 180 huh!! bahaya2.. ni bukan nk kata pd jantina lain tp kedua2 jantina klau terasa pedas tu.. mungkin diri kita. So pada Bung Mokhtar sebelum mengeluarkan kenyataan, perkataan tolong teliti, buktikan asas jgn tunding jari pd satu jantina sahaja. Kadang2 kita x sedar kita pon ada melakukan kesalahan yg kita x nmpk tp pd mata org sape tahu.. Ingat bila berkata sedemikian sure kaum hawa ni akan terasa ati.. pikir sama jg ler pd anak2 awak tu isteri2 awak tu bkn perempuan ke? so the end of my story.. kata org tua2 cakap siang pandang2 cakap malam dengar2.. tepuk dada tnya minda.. adiosazz!!

No comments: