Journal 2011 ~ #221

Hari ni aku nak sembang pasal industri seni di M'sia, mungkin entri ini telah aku shared kan pada teman-teman blog sebelum ini, namun atas kesedaran dan isu ini tak pernah lapuk aku ambil keputusan untuk sekali lagi utk menulis entri ini untuk dikongsikan bersama-sama. Semalam aku melewati FB aku seperti biasa aku akan post pd setiap wall kawan-kawan yang ada. Tiba-tiba aku terlihat post di wall Norazlan Abdul Aziz a.k.a Lann AtoZ "Kalau ANDA claim anda termasuk dalam kategori ORANG-ORANG SENI, agaknya apa yang ANDA buat untuk INDUSTRI SENI?? Setakat jadi PENGKRITIK TAK BERTAULIAH?? Itu bukan membina seni, itu MEROBOH seni namanya .. Peace!!". Sejenak aku berfikir ada betul yg dikatakan oleh beliau tu, tapi pernah x kita terfikir bagaimana utk memajukan industri seni kita walaupun kita tidak dilahirkan dalam industri ini. Mungkin ini option aku atau opinion aku sendiri untuk menyahut cabaran ini dan membantu industri ini walaupun tak nampak tapi impaknya amat besar jika kita bersungguh untuk majukan industri seni di M'sia. Dulu aku pernah kata apa kata kita support our local music, sama juga kali ini kita sokong industri seni M'sia tak kira apa sekali pun genre muzik yang ada.

Zaman sekarang ni byk artis tak kira band, group mahupun solo. Tapi apa nilai kualiti mereka? Tak kurang hebatnya artis2 yg lahir drpd program realiti TV atau aku panggil artis 'Mee Segera' bagaimana artis2 yg lahir dengan bakat semula jadi. Memang betul seorang orang boleh menyanyi, cuma cara persembahan dan latihan yang berterusan mampu menaikkan nama mereka melalui saluran yang perlu mereka lalui. Nilai kualiti mereka dinilai oleh pendengar yang berbeza ketika ini. Tapi zaman sekarang tak sama dengan zaman dahulu, so para artis juga perlu menyahut cabaran ini utk memajukan diri dalam industri ini jika ingin bertahan lama.

Ok aku tak mahu bercerita pasal semua tu sebab aku bukan pakar dalam industri seni ini yang aku ingin kongsikan bagaimana kita nak majukan industri seni kita sendiri biar mendapat tempat di dunia. Mungkin orang lain tak nampak tapi pada aku pasti membantu biarpun sedikit. Jika artis luar negara seperti Justin Bieber, Adam Lambert, Celine Dion, MLTR dan artis indonesia mendapat tempat di negara ini terutama skali dalam penajaan konsert mengapa tidak diberi peluang kepada artis2 kita untuk mendapat penajaan yg sama di luar sana. Kata orang jangan pilih buluh sebab artis kita juga punya bakat dan skill tersendiri jangan di perkecilkan kalau tak kerana mereka mungkin M'sia tak akan punya artis yg sama hebat seperti Siti Nurhaliza, Shiela Majid, Sharifah Aini, Bunkface, Hujan, Raihan yang telah memasuki pasaran luar negara. So kenapa tidak diberi pulang pada artis2 yg punya bakat ini. Kebanyakan artis2 ini terpaksa tampung kos sndiri tp jasa mereka pd mereka2 yg sepatutnya tahu akan hal ini pandang sebelah mata, kalau da terkenal baru nk support tp support pun main2 kata orang. Inilah sikap org kita sebenarnya.

Industri kita cukup besar sebenarnya walaupun ada yg mengatakan industri seni di M'sia ni kecil tp pada aku ia cukup besar kerana kita punya artis yg pelbagai dan verstail. Mungkinkah lambakan artis2 dr luar negara itu telah mempengaruhi masyarakat kita di M'sia ni. Bagi aku artis2 dari luar ni tak salah di promosikn d M'sia tp biarlah berpadah-padah sbb bukan sume budaya mereka cara mereka itu sesuai d M'sia kerana kita punya adat dan kesopanan yg tinggi. Kadang kala aku melihat masyarakat begitu mengangungkan artis2 luar negara ini. Mungkin kerajaan perlu menyekat kemasukan artis luar negara ini ataupun menapis artis2 ini mengikut nilai moral kita. 

Cuba lihat di kaca2 TV kita, buka chennal tu cerita daripada indonesia, buka chennal  ni chennal citer daripada mat saleh. Tak salah sebenarnya tapi keterlaluan, kadangkala bukan mendatangkan kebaikan. Pernah satu isu atau kontroversi timbul bila M'sia atau penerbit kita membuat drama bersiri 'Delima Sakti' di TV3 di GAM kerana isu bertentangan dgn ajaran islam. Tapi bila TV3 menyayangkan cerita dr indonesia lagenda, sintron yg ada unsur ilmu hitam tak pula di GAM malah disiarkan setiap minggu tepat pada masa yg sama. Ini adil ker pada industri seni M'sia? 

Kalau dengar kat Radio tempatan kita fuh!! sepanjang masa lagu indonesia dan lagu orang putih. Lagu artis M'sia boleh dikira berapa sangat di mainkan, tapi bukan semua stesten radio mainkan lagu2 luar negara kerana M'sia masih lagi punya stesten radio seperti XFM yg hanya memainkan 100% lagu buatan M'sia terutama skali muzik2 indie yg ketika ini mendapat tempat dihati golongan muda-mudi ketika ini. Maka lahirlah HUJAN, Buckface, Meet Uncle Hussien, Yuna dan lain2 lagi menempah nama di tanah air kita ini. Dan mereka ini juga telah mendapat tempat di hati peminat2 luar negara seperti HUJAN, Buckface dan Yuna. Tahniah pada mereka.

Sikap orang kita, sikap wartawan kita juga memainkan peranan penting meningkatkan nama artis2 kita. Kalau buka akhbar ruangan hiburan atau majalah hiburan kalau ada artis terdedah sikit pakaian mesti kena kutuk kaw2 punya, tp cuba tgk kalau artis luar negara pakai pakaian terdedah mcmna fuh!! hebat puji melambung itulah ini la tapi bukan sume wartawan ok seglintir jer. Ok la aku rs cukup dulu setakat ini ada ms aku smbg lagi, mana yg baik jd kn  tauladan mna buruk d jd kn sempadan, tepuk dada tnya minda.. adiosazz!!

No comments: