Journal 2011 ~ #211

Berbisik aku sendiri.. termenung jauh disudut ruang. Mata ku memandang kosong kepada TV yg tengah terpasang. Hatiku resah, gelisah, pilu pun ada. Pabila malam menjelang aku mula sedih terasa sunyi menyiksa diri. Apa nasibku bila aku di buang begitu saja.. Bila begini aku mula menjauhkan diri membawa hati yang lara. Kata orang aku dah jauh hati drpd segalanya. Nak mengadu tapi pada siapa? Bukan muda untuk aku mempercayai orang ketika ini bila ada orang berlaku khianat. Masalah yang dihadapi ini terlalu berat, Ya Allah besar benar ujian Mu buat ku.

Ketika aku memerlukan sokongan keluarga.. mereka pula membenci aku, mungkin aku bukan sebahagian drpd mereka lagi.. mungkin juga aku bukan sekufu mereka. Aku pasrah jika itu benar, andai kata aku menyepi untuk selamanya, maafkan aku kerana hati ini terlalu banyak diguris dilukai.. biarlah aku sendiri hilang tanpa kata dan sebab kerana aku tahu aku bukan lagi seperti dulu... biarlah aku bertemankan DIA sebagai pengubat tika suka dan duka.

No comments: