Journal 2012 ~ #285

jgn baca jer renungkan bersama
Hi uols!! Pagi ni aku buka FB lebih awal dr biasa. Well saya mo tgk2 perkembangan semasa, tetiba aku terlihat satu post ni dr rakan FB, mcm2 komen n isu yg d bangkitkan. Tak kurang hebatnya pd mereka2 yg anti kerajaan x habis nk tunding jari pada kerajaan. 

Pesanan pd mereka2 sume entri kali ni bkn nk memihak pd mana2 pihak x kira kerajaan atau pembangkang sbb aku bkn pandai nk berpolitik atau menggunakan ayat politik!! Just nk shared idea, pendapat aku sendiri dlm isu sebegini. Kerana aku anak JATI pribumi Sabah walaupun hampir 7 tahun d rantauan.

Ok Isu Pendatang Asing d negeri bawa bayu ni da lama n da basi buat aku, sbb kebanjiran warga asing ni da lama wujud dari zaman 90an lagi. Antara faktor geografi kedudukan negeri sabah dgn negara jiran membuatkan mereka masuk sesuka hati tanpa memikirkan polisi dan undang2 negera ini.

Pada aku isu ini agak usang dan lapuk d telan dik zaman, Pada pemikiran aku dan pemerhatian fakta serta buah mulut org2 kampung n juga org2 lama perkara ini tidak akan wujud jika kita warga pribumi sabah menyekat akan kehadiran mereka yg masuk ke sabah sebagai rumah kedua mereka. So skg  ni kita perlu menangani masalah n isu sebegini bukan menunding jari berkenaan isu ini.

Masa kini penyakit da menular so kita kena cari vaksin utk menubatinya. Jika diperhatikan dan melalui pengalaman bkn salah mana2 pihak pun tetapi warga sabah sendiri yg melakukan kesilapan ini. Ini berdasarkan pengalaman dan peristiwa yang berlaku disekeliling aku sendiri. Masih ingat lagi zaman kanak-kanak bila ada operasi drpd pihak berwajib ada warga tempatan sanggup mengaku anak kpd warga asing ini dan tak kurang hebat sanggup jamin warga asing ni jika ditangkap. Sikap sebegini perlu di kikis oleh masyarakat kita daripada terjebak perkara sebegini.

Bila operasi warga tempatan terutama skali org kampung kita juga la dulu yang menyorokkan warga asing ni daripada di cekup oleh pihak2 yg menjalankan tugas. Mungkin warga tempatan juga perlu di ambil tindakan bagi membuat pengajaran kpd mereka2 yg sanggup membantu warga asing.

Tak kurang hebatnya org kita sendiri yg sanggup menyeludup pekerja2 asyik utk bekerja di ladang atau d permis dengan menjamin mereka dgn bayaran yg tinggi bagi memastikan warga asing ni dpt d bw masuk ke negeri sabah.

Memikirkan dan memerhatikan situasi sebegini, warga asing yang duduk lebih lama d sabah kini ada yg mendapat ic/pr di negeri sabah. Kenapa ini berlaku? persoalan ini kerana mereka telah meracuni warga tempatan bagi mendapatkan segala kemudahan itu yang sememangnya hak mutlak warga sabah peribumi asli d negeri sabah itu sendiri. Atas kebodohan sendiri akhirnya rugi pd diri sendiri bila pendatang asing ni naik tocang!!

Kini pendatang asing d sabah makin naik tocang n besar kepala, klau dulu pekerjaan mereka hanya bercucuk tanam dgn menyewa tanah warga tempatan kini, Mereka da berani membeli tanah n org tempatan plak dgn mudah menjual tanah milik mereka kpd pendatang asing. Ini berlaku d sekitar kawasan penempatan tempat tinggal aku. Org tempatan makin miskin dan pendatang asing makin kaya!! Jangan kata mereka menindas kita tp kita yg menindas diri kita semula kerana tidak pernah memikirkan kesan di belakang hari.

Klau melihat di shopping mall atau d mana2 saja kedai makan atau pasar mejoriti warga asing yang berniaga ke mana perginya peribumi sabah? Peluang pekerjaan kini dimonopoli oleh warga asing seolah2 sabah kini menjadi tmpt warga asing mengaut kekayaan. Anak jati sabah sendiri d pinggirkan, bila bertanya pd mereka kenapa memilih warga asing mereka menjawab warga asing buat kerja baik n bagus. Mereka x tahu ker warga tempatan jg tahu buat kerja malah lebih bagus drpd warga asing. Adakalanya jika warga tempatan d beri ruang kerja isu gaji juga d bangkitkan adakalanya gaji warga asing lebih tinggi dr warga tempatan dimana hak warga tempatan bila hal sebegini berlaku kenapa tidak di beri peluang pada anak2 muda peribumi sabah.

Bukan masalah kebajiran sahaja yg berlaku malahan menambahkan gejala sosial yg melampau di negeri sabah sendiri. Malahan pecah rumah, bunuh, rompak dsb nya yg melibatkan pendatang asing membuat kita terasa tidak selamat berada d bumi sendiri. Paling menyakitkan mata ada pendatang asing ni membawa wabak n membuat kotor d negeri kita sendiri.

Penyelesaian perlu dicari..
Mungkin negeri sabah perlu membuat dasar tertutup seperti negeri jiran sabah iaitu sarawak. Ini satu2 cara utk membantu warga sabah itu membangunkan negeri dan d terajui oleh org tempatan sendiri bkn org luar atau kebanjiran warga asing yg mengugat keamanan negeri sabah. Untuk menjana ekonomi lebih baik warga asing tidak membenarkan sama sekali berniaga d negeri sabah dan syarat diketatkan jika bukan warga malaysia n bkn peribumi asal sabah. Memberi peluang n ruang kpd anak2 muda peribumi sabah dlm semua sektor pekerjaan x kira perladangan dan pembinaan dgn gaji n elaun saya berpatutan mengikut kadar keperluan semasa. 

Sektor pengangkutan awam mengutamakan masyarakat sabah itu sendiri di mana warga tempatan iaitu peribumi sabah sahaja yg boleh menjalankan perniagaan sedemikian dan tidak mengupah mana2 pihak yg bukan warga tempatan atau pemastautin sabah. Ketegasan ini perlu ada bagi menarik kembali hal hak peribumi sabah, jika ingkar undang2 lebih berat bakal menanti kerana peluang ini utk rakyat peribumi bukan utk pendatang asing.

Pendidikan di sekolah walaupun anak warga asing dilahirkan di negeri sabah n mendapat dokumen kelahiran sah di sabah tidak boleh mendapat keistimewaan persekolahan seperti anak2 jati sabah ini kerana hak itu hanya bagi peribumi sabah.

Mewujudkan satu akta atau undang2 baru utk tanah dinegeri sabah. Bagi org tempatan atau org kampung tidak boleh menjual tanah kepada warga asing sewenang2nya bagi mengelakkan monopoli warga asing di bumi sabah sendiri.

Kesimpulannya..
Kesal dgn sume ini berlaku, adakalanya warga tempatan tidak pernah memikirkan kesan jangka panjang n kpd anak cucu mereka. Kesian pada generasi akan dtg terpaksa bersaing utk mendapat tempat di tanah air sendiri. Kalau ada cara kasar mahu saja dihalau mereka ni keluar dr negeri sabah. Biar bersih seperti Sarawak yg tidak membenarkan mana2 pihak luar utk berpijak lebih lama d bumi kenyalang itu. Sesungguhnya dasar tertutup negeri sarawak memberi ruang kpd peribumi sarawak untuk menikmati kehidupan dan kekayaan negeri mereka sendiri bukan warga asing.

So pada uols pikir2kn la demi masa depan anak bangsa kita kemudian hari, jgn biarkan mereka merempat di tanah sendiri oleh masalah pendatang asing ini. Sabah HAK kita bukan HAK Luar!!

No comments: