Journal 2015 - # 882

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

Penculikan di Ocean King Restoran satu Konspirasi atau Kebetulan??


Assalamualaikum! Hi uols! Baru-baru ni di Sabah ni terutama sekali di Sandakan dikejutkan dengan kes penculikan pemilik restoran makanan laut. Pada Khamis, empat lelaki bersenjata menyerbu Restoran Ocean King dan menculik lelaki dan wanita itu dengan disaksikan kira-kira 100 pelanggan termasuk kanak-kanak. Thien Nyuk Fun, 50, kakak ipar pengurus restoran itu adalah seorang daripada mangsa culik dalam kejadian 7.45 malam itu. Seorang lagi mangsa ialah Bernard Ghen Ted Fen, 39, dari Sarawak yang bekerja sebagai perunding elektrikal di Kemboja.

Pelbagai andaian telah dikemukakan sehingga ada mengatakan bahawa itu kerja orang dalam bagai,
yang lebih menarik adalah cakap-cakap orang awam 'mungkin tokey sendiri yang rancang sebab nak dapatkan duit tebusan' hmm.. macam-macam andaian uols! 

Pada pendapat aku masalah ini sebenarnya adalah masalah daripada dalaman, sehinggakan ketua menteri sabah keluarkan kenyataan minta ditambah aset ke perairan Sabah. Huh!! Kenyataan yang pada aku memang tak boleh nak fikir secara lojik! Nak tambah aset banyak mana pun atau canggih mana pun aset di hantar kalau masalah pendatang tanpa izin (PTI) di Sabah ini tidak diselesaikan selagi itu dalang orang dalam pasti berleluasa!

Lagi satu, bukankah kawasan Pantai Timur Sabah terutama sekali di Sandakan perintah berkurung masih berkuatkuasa bermula jam 6 petang hingga 6 pagi, terutama sekali kawasan berhampiran dengan persisir pantai, kenapa mesti ingkar arahan penguatkuasa?? so waktu operasi restoran tersebut kenapa mesti malam?? Restoran Ocean King klau melihat faktor geografi memang hampir dengan persisir pantai. Menang terlalu hampir dengan pantai so 100% faktor penculikan menang boleh berlaku.


Mengikut laporan siasatan awal pihak polis kata ada orang dalam yang mendalangi penculikan itu berlaku, berpakaian seperti pekerja restoran kenapa pemilik restoran tidak mengenali pekerja mereka sendiri jika benar penyamaran berlaku?? Persoalan yang timbul membuatkan konspirasi yang pelbagai sebenarnya.

No comments: