Journal 2015 - # 881

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

Dari KL to KK

Assalamualaikum! Hi uols! Hmm.. sejak pindah ke Sabah ni banyak perkara yang aku terlupa nak update dalam weblog aku ni, busy la sgt mengalahkan retis gitu hahaha..... Well citer aku kali ni bukan gosip Mak Jemah bukan juga pasal isu tempatan yang kekadang buat aku meluat nak tengok dan hadapi tapi kali ni aku nak citer pasal kereta aku! Mesti korang gelak sebab aku nak citer pasal kereta buruk aku tu kan, buruk.. buruk.. pun kereta juga kan haha!!

Well tempoh penghantaran kereta aku daripada KL ke KK mengambil masa 8 hari ikut kapal laut yer kalau ikut kapal terbang rasanya 2 jam 45 minit jer huhu tapi itu jer company aku mampu bayar so terima jer, janji kereta aku selamat sampai sebab kereta aku bestfriend aku. Okey lah promot sikit company yang shipping kereta aku ni, setakat ni perkhidmatan mereka memang memuaskan daripada pembungkusan barangan rumah hingga ke kereta aku memang puas hati aku berurusan dengan En. Sulaiman Yaacob daripada Tiara Mass Shipping & Logistic Sdn Bhd (013-3976297), apa yang di janjikan oleh beliau memang menepati masa dan waktu, kereta pun hantar door to door, Alhamdulillah.. kalau sebelum ni ada kawan-kawan aku complaint pasal syarikat shipping & logistic ni buat kerja acuh tak acuh jer, kekadang kereta ada yang calar balar, pecah itu ini dan barang hilang, setakat ni kereta aku alhamdulillah, urusan keluar masuk kastam pun berjalan lancar. 

So tinggalkan dulu tentang promosi, aku nak cerita selama aku di Sabah ni masuk bulan ke-4 ni, aku banyak juga bergerak dalam bandar tak pernah pula aku cuba jalan berbukit bukau hehe. Kat KL setakat ni Genting Highland, Fresher Hill dan Cameron Highland jer aku drive. Jumaat lepas aku drive test kelisa aku ke Ranau.. Siapa yang pernah lalui jalan area Ranau ni tahulah jalannya yang berbukit bukau dan lereng bukit tu huhu..

Pemanduan yang memang mencabar sebenarnya, al-maklumlah kelisa aku ni 1.0cc bukan pun enjin turbo hahaha.. agak-agak kalau turbo macamanalah bunyi kelisa aku tu yerk hahaha... Well perjalanan lepas daripada Pekan Tampaluri bermulalah dengan pendakian bukit, fuhh!! larat juga drive walaupun penat dengan main gear and clutch tapi cabaran harus disahut dengan rela hati hehe..

Alhamdulillah kereta aku sampai juga ke destinasi yang dituju iaitu ke Kompleks Sukan Ranau jer atas urusan kerja sebenarnya hihi, kebetulan hujung minggu aku ambil keputusan untuk berhenti rehat di sekitar Kundasang. Lepas jer dari Kompleks Sukan aku teruskan perjalanan ke Poring Hot Spring sebelum patah balik ke Kundasang untuk bermalam.. fuhh!! Perjalanan pergi dan balik memang mencabar, apapun kalau korang nak drive test jangan lupa service dulu kereta, pastikan break dalam keadaan baik yerk.. Apapun lepas ni trip ke Ranau akan bersambung lagi.. ^_^ 

Tapi dalam masa yang sama, aku membawa mesej yang besar di bumi Sabah ni iaitu Palestine Always in My Heart!! So siapa-siapa yang berada di bumi Sabah ni ternampak Kelisa dengan Banner Palestine tu Sudi-sudilah bunyikan hon kereta/motor anda yer, tak pun angkat tangan anda tanda anda sokong Perjuangan Palestine!!

Follow my IG: @lara_cleopatra

No comments: