Journal 2014 - # 779

Salam perpaduan salam perjuangan!

Wanita Ialah Fitnah?

Assalamualaikum! Hi uols! Saya pernah membaca sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari yang bermaksud: "Aku tidak tinggalkan selepasku suatu fitnah yang lebih besar kepada lelaki melainkan fitnah wanita."

Apakah kehendak hadis ini? Sekiranya wanita itu fitnah, maka sudah tentu banyak perkara yang menghalang wanita dalam berkerjaya seperti keluar bekerja dan sebagainya.

Hadis ini tidak menggambarkan Islam meletakkan wanita dalam keadaan serba salah. Hal ini kerana Islam telah meletakkan amalan wanita setaraf dengan amalan lelaki. Buktinya firman Allah dalam surah al-Tawbah ayat 71 yang bermaksud: "Dan orang-orang yang beriman lelaki dan wanita; setengahnya menjadi penolong bagi setengah yang lain. Mereka menyuruh membuat kebaikan dan melarang daripada melakukan kejahatan."

Berkenaan dengan maksud hadis di atas, tidak dinafikan terdapat banyak hukum-hukum yang berkaitan dengan wanita berbanding dengan lelaki. Namun apabila dikaitkan dengan fitnah, wanita itu tidak secara mutlak menjadi fitnah kecuali jika membuat perkara-perkara yang jelas bertentangan dengan nas-nas syarak.

Contohnya perbuatan "mengada-ngada" atau "bersuara manja" dalam berbicara dengan tujuan untuk menarik perhatian serta menggoda lelaki. Ini dinyatakan dalam surah al-Ahzab ayat ke 32 yang bermaksud: "Oleh sebab itu, janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu) dan berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan)."

Macam-macam Fitnah

Apa yang perlu difahami ialah tentang fitnah itu sendiri bukan pada wanita. Ini kerana fitnah itu boleh berlaku daripada perkara-perkara yang lain juga. ini dinyatakan secara jelas oleh Allah seperti dalam surah al-Thaghabun ayat 14 dan 15, al-Anfal ayat 28, al-Munafiqun ayat 9 dan beberapa ayat lain yang menyuruh agar kita berhati-hati dan berwaspada.

Daripada keempat-empat ayat di atas, Allah menegaskan fitnah boleh datang daripada harta benda, anak keturunan dan juga para isteri. Kesemua sumber fitnah tersebut melanda umat Islam sama ada kita sedar ataupun tidak.

Justeru, meletakkan wanita sebagai fitnah tanpa kefahaman jitu berlandaskan nas al-Quran dan hadis yang jelas merupakan suatu perkara yang tidak menepati kehendak syariat itu sendiri.

Bahkan, sebaik-baik harta menurut Rasulullah s.a.w. ialah wanita yang solehah. Oleh sebab itu, tidak benar wanita itu fitnah semata-mata tanpa ada sebab munasabah. Boleh jadi wanita juga ialah sebaik-baik harta dunia kerana kebaikan dan keimanan mereka.

Journal 2014 - # 778

Salam perpaduan salam perjuangan!

Anak Luar Nikah Tidak Masuk Syurga?

Assalamualaikum! Hi uols! Saya pernah mendengar sebuah hadis yang mafhumnya: "Anak zina tidak masuk syurga." Adakah hadis ini sahih? Andai kata ia sahih, bagaimana hendak memahaminya dengan betul?

Penilaian dari segi sanad

Hadis yang mengandungi lafaz seperti ini diriwayatkan menerusi beberapa sanad. 

Sanad yang paling kuat ialah riwayat Abdullah bin 'Amr bin al-As, Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: 
"Tidak masuk syurga anak yang derhaka kepada ibu bapanya, penagih arak, orang yang suka mengungkit kebaikan dan anak zina.
Hadis ini dikeluarkan oleh Imam al-Nasa'i dalam al-Sunan al-Kubra. Ibn Hibban mensahihkan hadis ini meskipun terdapat percanggahan riwayat antara sufyan al- Thawri dan Syu'bah. Sanad daripada al-Thawri ialah seperti berikut, "Daripada Salim bin Abi al-Ja'ad, daripada Jaban, daripada Abdullaj bin 'Amr." Manakala sanad daripada Syu'bah; "..daripada Salim, daripada Nabit, daripada Abdullah."

Bagaimanapun Imam al-Bukhari melemahkan hadis ini. Setelah menjelaskan percanggahan di atas, beliau berkata: "Tidak diketahui Jaban ada mendengar daripada Abdullah. Dan tidak pula Salim daripada Jaban ataupun daripada Nabit." Komentar ini dimuatkan dalam kitab beliau yang bertajuk al-Tarikh al-Kabir.

Umumnya, ahli hadis sepakat bahawa al-Bukhari lebih menguasai kritikan hadis berbanding Ibn Hibban.

Sanad Lain

Selain riwayat daripada Abdullah bin 'Amr, hadis ini juga diriwayatkan menerusi Mujahid, daripada Abu Hurairah, bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Tidak akan masuk syurga anak zina, jika keturunannya hingga tujuh keturunan." Hadis ini dikeluarkan oleh 'Abd bin Humaid dan al-Nasa'i dalam al-Sunan al-Kubra.

Terdapat percanggahan (idtirab) yang sangat parah dalam sanad hadis ini. Menurut al-Daraqutni, percanggahan riwayat dalam hadis ini mencapai hingga 10 versi. Sebahagian riwayat mengatakan: "Daripada Mujahid, daripada Muhammad bin Abdurahman, daripada Ibn Umar, daripada Abu Huairah." Riwayat lain: "...daripada Mujahid: mauquf."

Selain aspek percanggahan riwayat, setiap sanad daripada hadis ini terdapat perawi-perawi yang dipertikaikan oleh ahli hadis tentang kelemahan hafalan mereka.

Kesimpulannya, boleh dirumuskan bahawa hadis dengan lafaz seperti ini kesemuanya lemah. Bahkan terlalu lemah sehingga beberapa orang pakar hadis menilainya sebagai hadis batil dan palsu. Salah seorangnya ialah al-Hafiz Ibn al-Jauzi dalam Kitab al-Mawdu'at.

Takwil Hadis

Bagi para ulama yang menilai hadis ini lemah, apalagi batil dan palsu, maka kandungan hadis ini tidak dapat diterima. Apalagi , jika dirujuk kepada al-Quran, kita mendapati bahawa Allah tidak akan menghukum seseorang kerana dosa orang lain. Maka, tidak masuk akal jika anak zina terhalang daripada masuk syurga kerana dosa yang dilakukan oleh kedua-dua ibu bapanya.

Berkata Ibn al-Jawzi: "Apa dosa anak zina sehingga ia terhalang daripada masuk syurg? Hadis-hadis ini menyalahi usul (prinsip-prinsip asas agama Islam) antaranya firman Allah yang bermaksud: 'Seseorang tidak akan menanggung dosa orang lain.." (Surah al-Zumar 39: 7)

Prinsip ini disetujui oleh semua ulama, termasuk mereka yang mensahihkan hadis ini. Oleh sebab itu, mereka yang tidak memahami kandungan hadis ini secara zahirnya, malah mereka berusaha mentakwilkannya agar selari dengan prinsip Islam yang telah disebutnya.

Imam Ibn Hibban misalnya, setelah menetapkan kesahihan riwayat Abdullah bin 'Amr di atas, beliau menjelaskan bahawa "anak zina" yang dimaksudkan dalam hadis ini bukannya merujuk kepada semua anak yang lahir hasil perzinaan, tetapi lebih khusus iaitu anak zina yang berani pula melakukan larangan-larangan Allah s.w.t.

Justeru beliau berkata: "Makna penafian Nabi s.a.w. tentang anak zina daripada memasuki syurga, -padahal anak zina tidak menanggung dosa orang tuanya- bermaksud, anak zina yang biasanya lebih berani melakukan perkara-perkara yang dilarang."

Seperti Ibn Hibban, Imam al-Baihaqi juga tidak memahami hadis ini secara zahirnya. Beliau berpendapat bahawa anak zina memang tidak masuk syurga jika dia melakukan perbuatan zina seperti yang dilakukan ibu bapanya. Menurut beliau dalam Shu'ab al-Iman: "Jika sahih hadis ini, maka maknanya ditujukan kepada anak zina yang meniru perbuatan orang tuanya."

Nasihat

Bagi saya, hadis ini tidak perlu disebarluaskan dalam masyarakat. Hujahnya, selain daripada faktor sanadnya yang lemah dan matanya yang perlu ditakwilkan, hadis ini akan memberi kesan melemahkan hati anak-anak zina yang tidak berdosa. Apa pun, mereka ialah sebahagian daripada umat kita. Seperti anak-anak yang lain, mereka berpeluang menjadi anak-anak yang soleh dan berguna untuk agama dan umat.

Kewajiban kita adalah untuk mendidik dan membimbing mereka ke arah kebaikan, bukannya merendahkan maruah mereka, apalagi mendakwa pintu syurga sudah tertutup buat mereka. Wallahu a'lam.


Journal 2014 - # 777

Salam perpaduan salam perjuangan!

Rosaknya Satu Generasi

Assalamualaikum! Hi uols! Seekor syaitan datang ke rumah seorang lelaki pada suatu malam. Dia memantau dari jauh tingkah laku lelaki itu. Kemudian dia ketawa dan pulang. Keesokan harinya, dia memanggil rakan-rakan syaitan yang lain sambil berkata: "Kawan-kawan, mari ikut aku. Malam ini ada orang yang bermurah hati memberi makan dan memberi tempat tidur untuk kita." Maka Syaitan dan rakan-rakannya bergegas ke rumah lelaki itu dengan bersiul-siulan. Manakala ada seekor syaitan lain datang ke rumah lelaki yang lain pula. Dia memantau keadaan lelaki itu dari jauh. Kemudian dia berduka cita lalu bergegas pulang tanpa ada peluang untuk kembali lagi.
Cuba kita renungkan kisah itu. Mengapa syaitan berkesempatan untuk makan dan tidur di rumah lelaki pertama. Sedangkan syaitan kedua tidak berpeluang melakukan hal yang sama? Ini kerana, orang pertama itu tidak pernah membaca doa dalam setiap aktivitinya. Apabila dia makan, minum dan tidur maka dia tidak membaca basmalah (bismillah). Semuanya dilakukan tanpa mengingati Allah s.w.t. Sedangkan lelaki kedua itu melakukan sesuatu dengan berdoa. Setiap perbuatannya dimulakan dengan doa yang khusus. Maka syaitan tidak boleh mendekatinya.

Doa Pagar Perlindungan

Ya. Mungkin sebahagian kita beranggapan, apa sangatlah doa? Sekadar mainan dan bacaan budak-budak tadika. Kitab yang sudah berumur ini, kalau tidak berdoa apa salahnya? Bukan rugi apa-apapun. Itulah gerutu dan mercup hati setiap kali terlupa membaca doa. Bahkan anggapan itu salah! Sebenarnya, kita rugi yang besar jika mengabaikan doa.

Petani, sebelum memulakan proses menanam akan membuat pagar terlebih dahulu. Mana mungkin menanam pokok yang masih muda tanpa dibuat pagarnya. Nanti disondol atau dimakan kambing dan diragut lembu. Maka, pagar itu ialah perlindungan utama untuk kebaikan pokok-pokok yang baru setahun jagung itu.

Maka pagar untuk diri kita daripada hasutan syaitan dan sekutu-sekutu jahatnya ialah doa. Doa itu pendinding yang kuat pelindung yang mujarab. Namun sayang, ia disalah faham dalam konteks amalan. Acap kali ibu bapa mengajar anak-anak supaya berdoa sebelum memulakan sesuatu. Tetapi, dia sendiri sudah lupa lafaz doa-doanya.

Ingat Allah Atau Ingat Orang Tersayang

Fikirkan sejenak, adakah kita sentiasa berdoa apabila menaiki kenderaan? Jarang sekali kita perhatikan ibu bapa yang membaca da sebaik sahaja menghidupkan enjin kenderaan. Tidak hairanlah kemalangan jalan raya di negara kita antara yang tertinggi di dunia. Apabila hati dan perasaan sewaktu memandu sudah dibolak-balikkan oleh syaitan. Maka pemandunya mudah beremosi. Silap hari bulan, ia boleh membawa kematian!

Iklan televisyen ada menyebut: "Ingatlah orang tersayang sewaktu memandu." Sekali difikir, memang wajar. Tetapi, kadang kala dengan mengingati orang tersayang di rumah akan menyebabkan kita lebih gopoh dalam memandu. Terutamanya remaja, sebab tidak sabar untuk jumpa orang tersayang di kampung. Maka, lebih wajar kita katakan begini: "Ingatlah Allah dan bacalah dia sewaktu memandu. Maka, dengan itu hati kita lebih aman dan selamat."

Iringi Generasi Akan Datang Dengan Doa

Wahai orang beriman, terdapat satu doa penting demi kebaikan generasi akan datang! Mencuaikan doa ini akan menjadikan anak-anak liar dan generasi baru menjadi keras hati. Itulah doa yang dibacakan sebelum suami dan isteri mengadakan hubungan kelamin. Berani saya katakan, ramai pengantin baru khususnya pemuda dan pemudi tidak menghafaz doa ini. Barangkali mereka lupa untuk bertanya, atau malu untuk meminta.

Daripada Ibnu Abbas, Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Seandainya salah seorang dari kamu ketika mendatangi (menyetubuhi) isterinya dia mengucapkan" 'Bismillahi, Allahumma jannibnasy syaithana wajannibisy-syaithana mimma razaqtannaa' (bermaksud: Dengan Nama Allah, ya Allah jauhkan syaitan dari kami dan jauhkan syaitan dari (anak) yang Engkau berikan kepada kami), maka sesungguhnya jika ditakdirkan daripada persetubuhan itu akan mendapat anak, nescaya syaitan tidak anak membahayakan anak itu selamanya." 
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Ini bermakna, jika kita melupakan doa itu, maka pasti anak dan zuriat kita akan mudah menerima pujukan dan mengikut telunjuk syaitan. Jadi, adakah wajar kita beranggapan doa itu perkara picisan yang boleh disia-siakan. Kecuaian membaca doa boleh mengakibatkan rosaknya sebuah generasi. Rosaknya anak-anak kita pada masa depan akibat diganggu syaitan. Jikalau doa itu satu mainan, sudah tentu nabi Muhammad s.a.w. tidak akan menturkan doa dalam setiap perilakunya. Ketahuilah bahawa doa itu sangat penting dan mustahak untuk dijaga bagi menghalau tetamu misteri, iaitu syaitan dan sekutunya. Semoga Allah melindungi kita setiap waktu.


Journal 2014 - # 776

Salam perpaduan salam perjuangan!

Api Jangan Biarkan Ia Menjadi Lawan

Assalamualaikum! Hi uols! Apa yang akan kita lakukan jika tangan kita terkena api? Mampukah kita berdiam diri dan membiarkan sahaja api itu menyakiti kita? (Sudah tentu apabila terkena api dunia walaupun sedikit sahaja, akan membuat saraf yang diciptakan oleh Allah menarik tangan serta-merta. Subhanallah, Maha Suci Allah yang menyayangi hamba-Nya dengan membekalkan manusia deria yang dapat melindungi mereka daripada tercedera.

Jika api dunia sudah tidak tertanggung lagi, bagaimana pula hamba-Nya yang kerdil iaitu manusia sanggup menanggung dan menahan seksaan api neraka, yang bahan bakarnya kelak terdiri daripada batu berhala yang menjadi sembahan golongan kufur? Lantaran itu Pencipta Agung sering memberi peringatan kepada kita agar sentiasa berwaspada dengan murka-Nya dan memelihara diri daripada menjadi warga neraka yang dilaknat kerana keingkaran mereka. Allah mengajarkita sebagai tanda kasihna agar kita tidak lupa kemurkaan Allah yang Maha Dahsyat dan kasih sayang Allah Yang Maha Agung.

Pernahkah kita melihat seseorang yang tahu bahaya berada di hadapannya, tetapi terus meredah bahaya tersebut? Tidak. Bukankah gambaran seksaan di neraka yang digambarkan oleh Allah begitu dahsyat juga membuatkan kita akan sentiasa beringat dan terus taat. Allah menggambarkan buruk dan ngerinya suasana neraka dan keadaan penghuninya agar kita mengambil ikhtibar dan menjauhi perkara yang dimurkainya. Kasih-Nya Allah apabila memberikan kita peringatan awal tentang pedihnya azab neraka agar kita dapat mengelak diri daripada terjerumus ke dalam hitam pekat api neraka. Peringatan Allah bukti kasih-Nya yang tiada tara. Cuma insan yang sering tidak dapat menilai betapa agungnya cinta al-Khaliq yang tidak putus-putus.

Tika dan saat ini, selidiklahdiri, adakah kita benar-benar takut dengan murka-Nya? Berapa ramai juga insan yang seakan-akan mencabar Allah. Walaupun percaya wujudnya seksa neraka, namun tetap berkelakuan sebaliknya. Peliharalah diri dan keluargamu daripada api neraka! Itulah peringatan agung daripada Allah sebagai bukti tanda kasih-Nya yang berpanjangan.

Journal 2014 - # 775

Salam perpaduan salam perjuangan!

Facebook's Zuckerberg Says The Age of Privacy is Over??

Assalamualaikum! Hi uols! Semester lepas masa aku ambik subjek web publishing, salah satu assignment yang aku dapat berkaitan dengan dasar keselamatan pengguna dalam laman media sosial pada masa kini. So salah satu artikel yang membantah dan membidas kenyataan Zuckerberg berkenaan hal itu
Facebook founder Mark Zuckerberg told a live audience yesterday that if he were to create Facebook again today, user information would by default be public, not private as it was for years until the company changed dramatically in December. In a six-minute interview on stage with TechCrunch founder Michael Arrington, Zuckerberg spent 60 seconds…

Facebook founder Mark Zuckerberg told a live audience yesterday that if he were to create Facebook again today, user information would by default be public, not private as it was for years until the company changed dramatically in December.

In a six-minute interview on stage with TechCrunch founder Michael Arrington, Zuckerberg spent 60 seconds talking about Facebook's privacy policies. His statements were of major importance for the world's largest social network - and his arguments in favor of an about-face on privacy deserve close scrutiny.

Zuckerberg offered roughly 8 sentences in response to Arrington's question about where privacy was going on Facebook and around the web. The question was referencing the changes Facebook underwent last month. Your name, profile picture, gender, current city, networks, Friends List, and all the pages you subscribe to are now publicly available information on Facebook. This means everyone on the web can see it; it is searchable. I'll post Zuckerberg's sentences on their own first, then follow up with the questions they raise in my mind. You can also watch the video below, the privacy part we transcribe is from 3:00 to 4:00.


Zuckerberg:
"When I got started in my dorm room at Harvard, the question a lot of people asked was 'why would I want to put any information on the Internet at all? Why would I want to have a website?' 
"And then in the last 5 or 6 years, blogging has taken off in a huge way and all these different services that have people sharing all this information. People have really gotten comfortable not only sharing more information and different kinds, but more openly and with more people. That social norm is just something that has evolved over time.
"We view it as our role in the system to constantly be innovating and be updating what our system is to reflect what the current social norms are.
"A lot of companies would be trapped by the conventions and their legacies of what they've built, doing a privacy change - doing a privacy change for 350 million users is not the kind of thing that a lot of companies would do. But we viewed that as a really important thing, to always keep a beginner's mind and what would we do if we were starting the company now and we decided that these would be the social norms now and we just went for it."

That's Not a Believable Explanation

This is a radical change from the way that Zuckerberg pounded on the importance of user privacy for years. That your information would only be visible to the people you accept as friends was fundamental to the DNA of the social network that hundreds of millions of people have joined over these past few years. Privacy control, he told me less than 2 years ago, is "the vector around which Facebook operates."

I don't buy Zuckerberg's argument that Facebook is now only reflecting the changes that society is undergoing. I think Facebook itself is a major agent of social change and by acting otherwise Zuckerberg is being arrogant and condescending.

Perhaps the new privacy controls will prove sufficient. Perhaps Facebook's pushing our culture away from privacy will end up being a good thing. The way the company is going about it makes me very uncomfortable, though, and some of the changes are clearly bad. It is clearly bad to no longer allow people to keep the pages they subscribe to private on Facebook.

This major reversal, backed-up by superficial explanations, makes me wonder if Facebook's changing philosophies about privacy are just convenient stories to tell while the company shifts its strategy to exert control over the future of the web.

Facebook's Different Stories

First the company kept user data siloed inside its site alone, saying that a high degree of user privacy would make users comfortable enough to share more information with a smaller number of trusted people.

Now that it has 350 million people signed up and connected to their friends and family in a way they never have been before - now Facebook decides that the initial, privacy-centric, contract with users is out of date. That users actually want to share openly, with the world at large, and incidentally (as Facebook's Director of Public Policy Barry Schnitt told us in December) that it's time for increased pageviews and advertising revenue, too.

The Flimsy Evidence

What makes Facebook think the world is becoming more public and less private? Zuckerberg cites the rise of blogging "and all these different services that have people sharing all this information." That last part must mean Twitter, right? But blogging is tiny compared to Facebook! It's made a big impact on the world, but only because it perhaps doubled or tripled the small percentage of people online who publish long-form text content. Not very many people write blogs, almost everyone is on Facebook.

Facebook's Barry Schnitt told us last month that he too believes the world is becoming more open and his evidence is Twitter, MySpace, comments posted to newspaper websites and the rise of Reality TV.

But Facebook is bigger and is growing much faster than all of those other things. Do they really expect us to believe that the popularity of reality TV is evidence that users want their Facebook friends lists and fan pages made permanently public? Why cite those kinds phenomena as evidence that the red hot social network needs to change its ways? 

The company's justifications of the claim that they are reflecting broader social trends just aren't credible. A much more believable explanation is that Facebook wants user information to be made public and so they "just went for it," to use Zuckerberg's words from yesterday. 

(Why didn't Arrington press Zuckerberg on stage about this? The rise of blogging is evidence that Facebook needs to change its fundamental stance on privacy?)

This is Very Important

Facebook allows everyday people to share the minutiae of their daily lives with trusted friends and family, to easily distribute photos and videos - if you use it regularly you know how it has made a very real impact on families and social groups that used to communicate very infrequently. Accessible social networking technology changes communication between people in a way similar to if not as intensely as the introduction of the telephone and the printing press. It changes the fabric of peoples' lives together. 350 million people signed up for Facebook under the belief their information could be shared just between trusted friends. Now the company says that's old news, that people are changing. I don't believe it.

I think Facebook is just saying that because that's what it wants to be true.

Whether less privacy is good or bad is another matter, the change of the contract with users based on feigned concern for users' desires is offensive and makes any further moves by Facebook suspect.

Journal 2014 - # 774

Salam perpaduan salam perjuangan!

Mata Jendela Mengenali Kebesaran Allah

Assalamualaikum! Hi uols! Alhamdulillah, setiap hari kita dapat melakukan segala aktiviti harian dengan bantuan dan kasih sayang Allah. Kita mampu melihat segala keindahan yang terbentang dengan deria pengliatan yang Allah pinjamkan ini.

Lakaran alam kelihatan indah penuh warna-warni. Tiada sedikit pun kerahan tenaga yang kita
curahkan untuk melihat alam yang terbentang luas untuk kita kecapi keindahannya, apatah lagi upah dan bayaran atas nikmat penglihatan yang tidak terucap.

Cuba kita bayangkan, Allah mencipta mata yang terdiri daripada kombinasi urat saraf, cecair tertentu dan otot. Maha Suci Allah yang memiliki kehebatan yang agung. Mata yang kita miliki kini begitu sempurna sehingga kita mampu melihat kebesaran Allah di sebalik ciptaan-Nya.

Mata yang melihat memerlukan cahaya. Andai cahaya diganti oleh Allah dengan kegelapan, manusia akan meraba-raba dalam kegelapan. Kegelapan ialah sesuatu yang menakutkan dan meresahkan dapat diduga bahaya yang akan tiba. Perasaan akan diselubungi ketakutan kerana hitam pekat penglihatan yang tidak dapat membantu kita memilih jalan dan meneruskan langkah kaki.

Cuba bayangkan jika kita berada dalam situasi ini; diselubungi hitam pekat kegelapan tanpa cahaya yang menyuluh kehidupan. Tika dan saat itu, diri terasa sungguh malang walaupun memiliki sepasang mata yang cantik dan berfungsi, namun tidak dapat melihat kerana diselubungi kegelapan.

Secara tidak sedar, kita dianugerahkan suatu nikmat agung yang kita sedang miliki dan mendakapnya. Sungguh besar nikmat ini sehingga dapat memisahkan diri kita daripada "kegelapan" kepada "cahaya". Ia nikmat Islam anugerah Ilahi. Hidup bersamanya terasa indah dan berpisah daripadanya resah dan gelisah. Ialah cahaya agar kehidupan yang kita kecai ini penuh makna dan 'ibrah.

Duhai jiwa, Islam umpama penglihatan yang membawa manusia memilih jalan benar kerana ia cahaya. Kebatilan pula kegelapan yang mengheret manusia ke lembah hina.

Subhanallah nikmat yang Engkau anugerahkan tidak terucap anda diri ini mampu merasai dan mensyukuri nikmat-Mu sehingga diri ini seharusnya malu untuk melakukan kemurkaan terhadap-Mu.


Journal 2014 - # 773

Salam perpaduan salam perjuangan!

Benarkah Dunia Nikmat

Assalamualaikum! Hi uols! Tanpa kita sedari, kita diselubungi kasih sayang Allah s.w.t. Allah sentiasa menyeru kita agar sentiasa mengingati dan mengamati kata-kata-Nya dalam al-Quran.

Indah sungguh kata-kata-Mu ya Allah sehingga tiada cacat celanya. Allah sering berpesan suaya kita menjadi insan bertakwa dan memerhati alam ciptaan-Nya agar kita menjadi insan yang mengambil iktibar, lantas memiliki iman yang kental dan yakin.

Dunia yang Allah jadikan sebagai hamparan yang luas ini mengandungi nikmat yang terlalu banyak sehingga tidak mampu dihitung leh insan. Segala ciptaan ini hakikatnya adalah untk kita meneliti dan mencari kekasih Allah di sebalik nikmat yang terbentang.

Bumi itu hamparan dan langit pula binaan. Binaan yang tiada tiang atau cerucuk dalam yang menegakkannya. Subhanallah. Duhai insan, bagaimana kita dapat membina binaan yang sangat luas di atas, tanpa tiang kukuh yang menyokong? Sudah tentu beribu-ribu tiang diperlukan untuk menyokong binaan kita yang besar. Duhai akal, carilah kasih Allah daripada ciptaan-Nya.

Langit yang luas ini turut dijadikan Allah sebagai sumber rezeki kepada hamba-hamba-Nya yang dihidupkan. Titisan hujan turun dari langit memberikan kehidupan kepada bumi yang tandus dan gersang serta menyuburkan tanah yang terbsentang. Lantas bumi menjadi hamparan yang subur. Malah daripadanya dihidupkan tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan yang lazat dan berkhasiat.

Masya Allah, segala-galaya ini diciptakan untuk kita nikmati. Bagaimana dengan bayarannya? Tiada bayaran untuk semua ini. Namun kita sebagai manusia sering lupa dan alpa. Aneh, lebih ramai yang hidup dengan nikmat Allah, namun ingkar akan arahan-Nya. Tahu kewujudan perintah Allah, namun tetap melanggar dan melawan. Walaupun begitu, Allah tetap menurunkan segala nikmat untuk kita terus hidup di dunia ini dengan selesa. Merasai, mengecap dan mengaut segala nikmat dunia yang ada.

Sedarlah aduhai hamba Allah, segala yang diberikan oleh Allah di dunia ini adalah untuk mencari takwa agar kita tidak menyekutukan Allah dengan kuasa lain yang sudah pasti lemah dan tidak berkuasa. Andai kita tidak melihat dunia dengan pandangan yang benar, pasti kita hanya mampu melihat keindahannya yang fana, tanpa dapat mendakap kasih sayang-Nya.

Journal 2014 - # 772

Salam perpaduan salam perjuangan!

Anak Amanah Allah


Assalamualaikum! Hi uols! Firman Allah s.w.t. maksudnya:
"Wahai orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu daripada api neraka yang bahan bakarnya ialah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras dan tidak menderhakai Allah terhadap apa-apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan."
(Surah al-Tahrim 66: 6)

Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya:
"Perintahkanlah anak-anak kamu untuk mengerjakan solat ketika mereka berusia tujuh tahun, dan pukullah mereka (sekiranya enggan solat) ketika mereka berusia 10 tahun. Pisahkanlah tempat tidur mereka (antara lelaki dan perempuan)."
(Riwayat Abu Daud)

Journal 2014 - # 771

Salam perpaduan salam perjuangan!

Jangan Jadi Seperti Yahudi dan Nasrani

Assalamualaikum! Hi uols! Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-Fatihah ayat 6 dan 7 yang bermaksud:
"Tunjukkan jalan yang lurus, (iaitu jalan yang Engkau berikan nikmat atas mereka itu, bukan jalan orang Engkau murkai dan bukan pula jalan yang sesat"
Maksud jalan orang yang mendapat nikmat adalah para Nabi, para siddiq, para syuhada dan orang-orang soleh.

Ulama mentafsir "jalan orang-orang yang Engkau murkai" kerana disebabkan kekafiran mereka dan perbuatan mereka melakukan kerosakkan di muka bumi seperti umat Yahudi.

Manakala "jalan orang-orang yang sesat" pula kerana disebabkan mereka salah memilih jalan kebenaran sehingga mereka menyembah Allah Ta'ala dengan cara yang tidak disyariatkan seperti umat Nasrani.

Justeru, untuk tidak menjadi seperti umat Yahudi dan Nasrani hendaklah kita teguh berpegang dengan al-Quran dan as-Sunnah. Dalam suatu hadis riwayat al-Bukhari, Rasulullah s.a.w. bersabda (yang bermaksud): "Sesungguhnya kamu akan ikut cara golongan sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, hatta jika mereka masuk lubang biawak pun nescaya kamu akan mengikutinya." Sahabat bertanya: "Adakah golongan Yahudi dan Nasrani (yang tuan maksudkan)?" Baginda s.a.w. menjawab, "(Kalau tidak mereka) siapa lagi?"

Journal 2014 - # 770

Salam perpaduan salam perjuangan!

Di Mana Allah?

Assalamualaikum! Hi uols! Jika seorang anak kecil bertanya kepada kita: "Di manakah Allah?", maka apakah jawapan yang perlu diberikan?

Kita perlu memahami bahawa tidak ada suatu makhluk pun yang menyerupai Allah s.w.t. sama ada pada zat, sifat dan sebagainya. Perkara ini berdasarkan firman Allah s.w.t. dalam surah al-Syura, ayat 11 yang bermaksud: 
"...tidak ada sesuatu pun yang menyerupai-Nya (dari segi zat, sifat-sifat dan pentadbiran-Nya), Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
Kita tidak perlu memikirkan tentang zat Allah s.w.t., bahkan lihat dan perhatikan kekuasaan dan penciptaan-Nya pada alam ini.

Berbalik soalan yang diajukan, masalah ini termasuk dalam perkara aqidah yang wajib diimani oleh setiap orang Muslim. Jika aqidahnya rosak, maka amalan ibadah yang dilakukannya tidak akan diterima. Oleh itu, orang Islam perlu mengimani kewujudan dan keesaan Allah s.w.t. Allah tidak bersifat dengan sifat makhluk seperti tuduhan yang dilemparkan oleh golongan Yahudi apabila mereka mengatakan bahawa para malaikat ialah anak perempuan Allah s.w.t. Maha Suci Allah s.w.t. daripada perkataan mereka yang keji itu.

Sesungguhnya, Allah s.w.t. telah menjelaskan sifat-sifat-Nya dalam surah al-Ikhlas yang bermaksud:
"Katakanlah (wahai Muhammad s.a.w.): 'Dialah Allah Yang Maha Esa. Allah menjadi tumpuan dan harapan segala makhluk. Dia tidak melahirkan dan tidak dilahirkan. Tidak ada sesuatu pun yang menyerupai-Nya."
Oleh itu, jika persoalan yang ditujukan bertujuan hendak mengetahui tentang keadaan dan kedudukan fizikal Allah s.w.t., maka ia tidak dibenarkan. Ini kerana, kedudukan suatu makhluk disisi manusia adalah bergantung kepada arah yang terdapat di sekelilingnya. Jika seseorang mengatakan: "Kereta ayah saya di hadapan rumah." Maka, orang yang mendengarnya akan memahami bahawa maksud perkataan ini adalah merujuk kepada kedudukan yang dimaklumi iaitu arah hadapan. Begitu juga dengan arah yang lain seperti bawah, atas sebelah dan sebagainya. Maka, Allah s.w.t. tidak layak untuk berada di mana-mana arah dunia kerana Allah tidak termasuk dalam kategori makhluk.
Ini akan menyebabkan seolah-olah Allah s.w.t. memerlukan makhluk, sedangkan ini adalah suatu perkara yang mustahil bagi-Nya. Jika Allah s.w.t. memerlukan kepada makhluk, maka Allah s.w.t. bersifat dengan sifat lemah. Sudah tentu sifat ini tidak layak dinisbahkan kepada Allah s.w.t.

Allah s.w.t. juga tidak boleh dibayangkan saiz dan keadaan-Nya seperti membayangkan Allah s.w.t. sangat besar dengan suatu ukuran tertentu atau mengikut bentuk sesuatu. Seorang Muslim yang baik aqidahnya perlu beriman bahawa Allah s.w.t. merupakan Tuhan yang menciptakannya serta layak untuk disembah. Dia tidak akan meletakkan pemikirannya luar daripada itu seperti memikirkan zat dan keadaan-Nya. Jika ingin menambahkan keyakinan, dia akan segera melihat kepada kekuasaan dan bukit ciptaan Allah s.w.t. di sekelilingnya. Maka, persoalan tentang kedudukan Allah s.w.t. tidak wajar ditanya dan persoalkan. Inilah yang perlu ditanam dalam pemikiran kanak-kanak Islam supaya mereka dapat mengimani aqidah yang sebenarnya.

Bagaimana pula dengan jawapan yang biasa dilemparkan kepada kenyataan ini: "Allah s.w.t. itu berada di mana-mana." Adakah ia termasuk dalam larangan mempersoalkan kedudukan Allah s.w.t.? Ya, ia dikira sebagai suatu kesalahan dalam aqidah jika ia bertujuan untuk menzahirkan kedudukan dan zat Allah s.w.t. Tetapi, ia dibolehkan jika dapat dijelaskan bahawa maksud jawapan ini adalah ilmu dan kekuasaan Allah s.w.t. berada di mana-mana. Ubahlah kenyataan tersebut kepada: "Allah s.w.t. wujud tidak bertempat, tetapi kuasa Allah s.w.t. ada di mana-mana dan sentiasa melihat kita."

Bukankah terdapat hadis yang menyatakan bahawa seorang hamba perempuan menjawab pertanyaan Nabi s.a.w. bahawa Allah berada di langit. Lalu Baginda mengiktirafnya sebagai seorang Mukminah. Bagi menghuraikannya, terdapat beberapa pendapat para ulama:
Imam Badruddin al-'Aini:
"Baginda ingin memastikan bahawa dia ialah seorang yang mengesakan Allah s.w.t. bertanyakan suatu soalan yang mudah difahami kepadanya kerana antara tanda-tanda keimanan seseorang adalah memohon hajat kepada Allah s.w.t. dengan berdoa sambil menadah tangan ke langit. Sedangkan masyarakat Arab pada waktu itu meminta sebarang hajat daripada berhala dan orang bukan Arab memintanya daripada Api. Maka, mempercayai Allah s.w.t. dengan mengisyaratkan ke atas langit menunjukkan bahawa seseorang itu mengakui keagungan dan kebesaran Allah s.w.t." (Sharh Sunan Abi Daud)
Imam al-Baji:
"Perempuan tersebut ingin menyatakan ketinggian martabat Allah s.w.t. melalui sifat yang biasa diketahui iaitu langit, bukannya memaksudkan kedudukan Allah s.w.t." (sharh al-Zurqani dan Hashiya al-Sindi 'ala al-Nasa'i)
Imam al-Suyuti:
"Maksud hadis diserahkan kepada Allah s.w.t. tanpa diperincikannya di samping menyucikan dan membersihkan Allah s.w.t. daripada segala perkara yang tidak layak bagi-Nya. Namun, ia juga boleh ditakwilkan dengan maksud Rasulullah s.a.w. bertujuan untuk mengujinya; adakah dia seorang yang mengesakan Allah s.w.t. dan mengakui bahawa Dialah satu-satunya Tuhan Pencipta alam yang apabila berdoa, makak dia akan menadahkan tangannya ke langit atau tidak beriman. Allah s.w.t. bukanlah berada di langit, sama seperti Allah s.w.t. tidak berada di dalam Kaabah. Tetapi, langit merupakan kiblat doa bagi orang yang beriman kepada Allah s.w.t. sedangkan mereka yang menyembah berhala tidak memohon pertolongan daripada-Nya. Maka, Baginda ingin mengetahui sama ada dia beriman atau menyembah berhala." (Sharh al-Suyuti 'ala Muslim)
Kesimpulannya, ibu bapa, guru, dan semua pihak perlu berusaha menanamkan aqidah yang betul kepada anak-anak terutamanya, dan kepada masyarakat Islam yang lain secara khusus. Jika ia dapat dilakukan dengan sempurna, Pasti persoalan ini tidak akan timbul dan dapat dielakkan. Kesannya pada jangka masa yang panjang, si anak akan sentiasa menjaga dirinya dengan melakukan ibadah kepada Allah s.w.t dan meninggalkan maksiat. Ini kerana, dia telah menyakini bahawa ilmu dan pengawasan Allah s.w.t. sentiasa berada di mana-mana. Akhirnya, sebuah generasi yang mempunyai aqidah yang mantap dapat dilahirkan.

Semoga Allah s.w.t. memberikan petunjuk kepada kita ke arah menghayati dan enyaksikan keagungan-Nya sehingga mampu melahirkan sifat ketakwaan dalam diri kita.

Journal 2014 - # 769

Salam perpaduan salam perjuangan!

Dakwah Bukan Mudah


Assalamualaikum! Hi uols! Persepsi masyarakat terhadap pendakwah yang kononnya membuat 'kerja mudah' dengan berceramah. Saya sendiri sering dipandang sinis oleh masyarakat sekliling kononnya memilih 'jalan orang penakut' kerana tidak berjuang secara langsung di arus politik perdana. Mereka berhujah bahawa dengan kalau degan dakwah semata-mata tidak mungkin membawa kesan yang besar kepada masyarakat.

Tidak benar sama sekali kononnya dakwah adalah jalan mudah pilihan golongan pengecut yang takut menghadapi risiko perjuangan. Peranan pendakwah dalam konteks negara ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang kecil, malah tidak keterlaluan untuk saya katakan bahawa mereka yang sebenarnya telah jauh lebih awal menulangbelakangi perjuangan uma menebus maruah khayra ummah (umat terunggul).

Telah dibuktikan bahawa pendakwah silam dahulu dengan izin Allah telah mampu menciptakan keajiban-keajabian sejarah yang berjaya merubah rupa dan jiwa bangsa Melayu dan rantau ini ke ambang zaman barunya.

Tidak berlebihan juga untuk saya katakan bahawa sesungguhnya menerusi dakwah lah yang telah berupaya mengangkat darjat umat Melayu dari lembah kehinaan sistem kasta dan feudal Hindu lalu didudukkannya pada martabat terhormat manusia mulia.

Dari manusia animisme yang sentiasa dihantui oleh rasa takut kepada alam yang dianggapnya serba "sakral" dan penuh tabu, berkat dakwah yang penuh hikmah maka manusia Melayu Muslim telah mengalami pembebasan dari lingkara rasa takut dan rasa tidak selamat, mereka telah dapat mengecap "nikmat" kedamaian di bawah perlindungan Tuhan Yang Maha Penyayang, yang membekali mereka dengan segala keperluan dan melindungi mereka dari segala ketakutan.

Kesan Dakwah

Melalu dakwah lah, bangsa kita tidak lagi takut melulu kepada unsur-unsur alam, sebaliknya telah menyedari fungsi manusia sebagai pengurus dan pembangun alam yang ditundukkan kepada mereka selaku khalifah Allah di bumi. Dari manusia berjiwa hamba bermentaliti abdi yang tahunya hanya menyerah dan mengalah, siap untuk dikerah dan diperintah; menjunjung titah walau tanpa upah; dasar mentimun digolek luka menggolek luka, dengan hikmah sentuhan dakwah umat Melayu Muslim segera menyedari hak dan tanggungjawabnya. 

Dakwah yang berintikan kalimat tauhid ini telah menciptakan umat baru berjiwa merdeka, bebas dari sumpah pantang derhaka. Kini setia Melayu adalah setia berprinsip dan bersyarat yang adil disembah, yang zalim disanggah.

Dakwah jugalah yang telah mnyembuhkan jiwa defeatist Melayu, lalu menampilkan bangsa ini ke pentas sejarah sebagai pelopor perjuangan berdarah menentang pencerobohan penjajah Kristian Barat.

Saya menoleh zaman silam bukan untuk tujuan nostalgik, tetapi untuk memantapkan keyakinan terhadap potensi dakwah dalam nenentukan arah penjurusan seluruh dimensi pembangunan umat dan negara. Sesungguhnya seluruh revolusi besar tersebut telah terjadi dan terhasil dari dakwah. Ya! Dakwah penuh hikmah yang tidak pernah menumpahkan walau setitik darah. Dakwah bil hikmah yang daya serunya mampu menjemput jiwa.

Dakwah Jihad yang besar

Bagaimana mungkin dakwah dikatakan sebagai jalan mudah walhal al-Quran sendiri menyatakan bahawa penyaksian kebenaran syahdatu'l-haq iaitu yang menjadi inti kepada dakwah adalah jihad itu sendiri. 

Bagaimana mungkin dakwah dianggap jalan mudah sedangkan Allah s.w.t. sendiri menyebut jihad dengan al-Quran (dakwah) itu sebagai suatu jihad yang besar sebagaimana di dalam firmannya yang bermaksud:
"Maka janganlah kamu mengikuti orang-orang kafir; dan berjihadlah terhadap mereka dengan al-Quran dengan jihad yang besar" (Surah al-Furqan : 52).
Bagaimana mungkin dakwah dianggap sebagai jalan mudah sedangkan Allah s.w.t. sendiri telah memaklumkan kepada Rasul-Nya tentang tugas dakwah yang akan dipikulnya nanti dengan ungkapan qawlan thaqila (perintah yang berat). Allah berfirman yang bermaksud:
"Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu perkataan yang berat." (Surah al-Muzzammil ; 5)
Sebagai suatu jihad besar, pendakwah bakal berhadapan dengan pelbagai ragam gelagat dan telatah manusia termasuklah golongan yang bertuhankan nafsu yang sentiasa siap dengan segala kekuatan yang mereka miliki kuasa, harta, pengaruh dan apa sahaja daya dan upaya untuk mengganyang para pendakwah pengguat dan pengganggu keserakan nafsu.

Tugas Pendakwah

Pada waktu yang sama juga, pendakwah harus pula berhadapan dengan tugas berat sebagai penyelamat golongan yang telah jatuh dari martabat kemanusiaan atau telah hilang harapan untuk bangun semula.

Kesemua golongan ini kita hadapi dengan penyampaian Islam seadanya. Islam dalam hakikat dan sifatnya yang sebenarnya dan semurninya. Adakah mudah tugas ini?

Semoga keyakinan kita terhadap kejituan strategi yang telah kita sepakati bersama ini akan terus bertambah kukuh dan tidak akan goncang sedkit pun dalam menghadapi segala ragam reaksi lawmata la'im, umpat keji orang-orang yang tidak mengerti betapa tinggi dan murninya martabat dakwah dalam neraca penilaian Ilahi. 

Ayuh perhebatkan dakwah.

Journal 2014 - # 768

Salam perpaduan salam perjuangan!

Usah Bersedih

Assalamualaikum! Hi uols! Allah s.w.t. berfirman dalam surah Ali Imran ayat 139 yang bermaksud:
"Dan jangalah kamu berasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpah kamu), padahal kamulah orang-orang yang teringgi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman."

Percikan air membasahi ke pipi. Dia membiarkan pipinya sejuk dijamah dingin air terjun. Subhanallah damai sungguh berada di puncak. Ditemani suara alam dan unggas tingkah meningkah. Pandangan matanya segar melihat kehijauan ciptaan Allah. Ciptaan Allah yang tiada tandingnya. Kejadian alam yang penuh dengan kesempurnaan dan keindahan buat titipan bagi insan yang ingin merenung dan berfikir.

Matanya merenung tajam tujahan air terjun yang deras menjunam. Airnya yang deras menghasilkan percikan yang kuat. Dia yang duduk di tepian turut terasa tempiasnya. Dia melihat batu-batan yang ada di situ. Ada yang besar dan kecil. Pelbagai warna dan corak yang menarik.

Fikirannya tiba-tiba terfikir tentang hati. Melihat tanah dan batuan di situ, menggamit ingatannya tentang soal itu. Hati, seketul daging yang dibekalkan Allah kepada manusia sebagai raja bagi segala anggota. Tempat letaknya iman dan juga takwa. Tempat bersarang cinta Ilahi. Hati yang tertarik kepada Allah akan selalu ingat kepada-Nya. Hati yang dipenuhi noda akan tertarik pada bisikan syaitan. Hati yang mati, tertutup untuk ingat kepada-Nya.

Hati yang menerima cahaya dan petunjuk Ilahi umpama tanah yang lembut dan mampu menyerap air. Tanah yang boleh menakung air, dapat memberi manfaat kepada orang lain di sekitarnya. Namun tanah yang keras, tidak mampu menyerap cahaya hidayah. Ia umpama hati yang sengaja ditutup daripada kebenaran iaitu hati orang kafir yang keras seperti batu atau lebih keras daripada itu.

Dia tidak ingin hatinya mati, kerana dia tahu insan begitu umpama memiliki jasad yang tiada roh. Jasad yang tiada roh sudah tiada ertinya lagi. Hatinya perlu dipugar, digilap dan dibajai dengan cahaya iman. Cahaya iman penyuluh hati yang mati.

Journal 2014 - # 767

Salam perpaduan salam perjuangan!

Berkasih Sayanglah...

Assalamualaikum! Hi uols! Firman Allah s.w.t., maksudnya:
"Muhammad adalah utusan Allah dan orang yang bersama-sama dengannya bersikap keras terhadap orang kafir (yang memusuhi Islam) tetapi berkasih sayang sesama mereka (umat Islam)." (Surah al-Fath 48: 29)
Abu Hurairah r.a. bercerita, Nabi s.a.w. pernah mencium cucunya al-Hasan bin Ali r.anhuma dan ketika itu al-Aqra' bin Habis berada di hadapan Baginda. Kemudian al-Aqra' berkata:
"Saya mempunyai 10 orang anak tetapi tidak ada seorang pun yang pernah saya cium."
Rasulullah s.a.w. menoleh ke arah al-Aqra' seraya bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa yang tidak mengasihani, tidak akan dikasihani." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Journal 2014 - # 766

Salam perpaduan salam perjuangan!

Keajaiban al-Quran tentang Sains

Assalamualaikum! Hi uols! al-Quran bukanlah satu kitab yang hanya menceritakan tentang hukum-hakam agama, tetapi ia juga menceritakan tentang alam semesta dan kehidupan manusia.

Al-Quran diturunkan kepada kita untuk dijadikan petunjuk supaya kita mendapat penjelasan tentang setiap suatu kesulitan sepertimana firman Allah s.w.t. dalam surah al-Nahl, ayat 89 yang bermaksud: "Dan Kami turunkan kepadamu al-Quran bagi menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, serta membawa rahmat dan brita yang mengembirakan, bagi orang Islam."

Al-Quran bukan hanya kitab yang menceritakan tentang hukum-hakam agama, tetapi ia juga menceritakan tentang sains. Sains adalah penemuan berdasarkan kajian-kajian yang dilakukan oleh manusia. Secara amnya, penemuan-penemuan yang salah tentang kejadian alam semesta ini tidak akan sekali-kali bercanggah dengan apa yang terkandung dalam al-Quran. Hal ini disebabkan kedua-duanya diciptakan oleh Allah s.w.t. Oleh itu, kedua-duanya saling berhubung kait.
"Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?"
Dr. Maurice Bucaille telah mengarang sebuah buku yang bertajuk Le Bible, le Coran et la Science, Dalam buku itu, beliau membandingkan ayat-ayat tenang sains dalam al-Quran tidak bercanggah langsung dengan kajian serta penemuan sains. Ramai saintis yang mengakui kebenaran al-Quran, antaranya Profesor E.Marshall Johnson. Beliau berkata: "Al-Quran menerangkan bukan sahaja tentang pembangunan bentuk luaran, tetapi juga menekankan peringkat dalaman, tahap perkembangan embrio, penciptaan dan pembangunanan, menekankan peristiwa-peristiwa besar yang diiktiraf oleh sains kontemporari." Di sini, jelaslah bahawa al-Quran dan sains saling berhubung. Penemuan-penemuan sains yang sahih akan menampkkan lagi kebenaran al-Quran.

Allah s.w.t. telah berfirman dalam surah al-A'raf, ayat ke 57 yang bermaksud: 
"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakannya ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang yang tela mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya)."
Allah s.w.t. juga berfirman dalam surah al-Hijr, ayat 22 yang bermaksud:
"Dan kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih, maka dengan itu, kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian Kami berikan Kamu meminumnya. Bukan kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya."
Di sini, Allah s.w.t. menjelaskan tentang ayat: 
"Kami hantar angin sebagai pembawa air..". 
Sains telah mengesahkan bahawa terdapat perkara sainstifik yang disebut dalam ayat di atas seperti angin membawa zarah air ke dalam atmosfera. Ini terbukti bahawa angin bukan sahaja membawa air yang tersejat dari bumi, tetapi juga membawa habuk yang terkumpul di dalamnya kerana sudah menjadi lumrah alam, habuk akan setiasa terkumpul di mana ada tiupan angin. Awan pula terbentuk daripada wap air yang terkondesnsasi di sekeliling habuk di udara. Titisan-titisan air dalam awan yang sangat kecil berdiameter antara 0.01-0.02mm menyebabkan awan tergantung di udara, dan tersebar ke seluruh langit. Oleh sebab itu, langit dipenuhi dengan awan. Zarah air yang mengelilingi habuk di udara menebal dan membentuk titisan hujan. Titisan yang menjadi lebih berat daripada awan akan jatuh ke bumi sebagai hujan.

Ahli meteorologi hanya menemui tentang pembentukan awan, bentuk awan dan fungsinya dengan menggunakan alatan moden seperti kapal terbang, satelit, komputer; belon kaji cuaca, dan lain-lain peralatan lagi. Padahal, Allah s.w.t. telah menyatakannya dalam al-Quran sejak dahulu lagi. Ini menunjukkan bahawa al-Quran adalah sebuah kitab yang mengandungi semua jenis ilmu. Gambar rajah di bawah menunjukkan tentang kejadian awan dan hujan.
Ahli meteorologi mendapati bahawa awan kumulonimbus yang membawa hujan batu mencapai ketinggian 25,000 hingga 30,000 kaki iaitu 4.7 hingga 5.7 batu seperti gunung-ganang.

Allah berfirman yang bermaksud: 
“…Dan Allah pula menurunkan hujan batu dari langit, dari gunung-ganang (awan) yang ada padanya...” (Surah al-Nur 24: 43)
“Gunung-ganang” yang dinyatakan oleh Allah s.w.t. dalam ayat di atas adalah satu bentuk awan yang besar yang digelarkan oleh ahli sains sebagai awan kumulonimbus.

Kumulonimbus adalah sejenis kumpulan awan yang berlapis-lapis dan tinggi serta tebal sepertimana firman Allah S.W.T yang bermaksud: 
“... kemudian Dia menjadikannya tebal berlapis-lapis..” (Surah al-Nur 24: 43)
Pembentukan awan ini adalah hasil daripada ketidakstabilan atmosfera. Awan ini boleh membentuk dengan sendiri, dalam kelompok atau di sepanjang front sejuk di garisan squall (badai). Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: “Tidakkah engkau melihat bahawasanya Allah mengarahkan awan bergerak perlahan-lahan, kemudian Dia mengumpulkan kelompok-kelompoknya...” (Surah al-Nur 24: 43) Ayat Allah s.w.t. di atas ini menerangkan tentang peringkat pembentukan awan kumulonimbus.

Peringkat pertama pembentukan awan kumulonimbus adalah apabila angin menolak awan-awan kecil ke kawasan awan-awan ini bertumpu. Kemudian pada peringkat kedua, awan-awan kecil ini akan bergabung dan membentuk awan yang lebih besar. Peringkat ketiga ialah penimbunan awan-awan kecil.

Penggabungan awan-awan kecil menyebabkan updrafts dalam awan yang besar itu bertambah. Updrafts yang berada di tengah-tengah awan lebih kuat daripada updrafts yang berada di tepi awan. Updrafts ini menyebabkan awan membesar secara menegak. Pembesaran menegak ini menyebabkan fizikal awan menganjal ke bahagian lebih sejuk dalam atmosfera, dan titisan air dan air batu terbentuk dan mulai membesar. Apabila titisan-titisan air dan air batu ini menjadi sangat berat untuk updrafts membawanya, ia mulai jatuh dari awan ini sebagai hujan dan hujan batu.


Peringkat kejadian awan ini telah Allah s.w.t. nyatakan dalam surah al-Nur, ayat 43 secara lengkapnya: 
“Tidakkah engkau melihat bahawa Allah mengarahkan awan bergerak perlahan-lahan, kemudian Dia mengumpulkan kelompok-kelompoknya, kemudian Dia menjadikannya tebal berlapis-lapis? Selepas itu engkau melihat hujan turun dari celah-celahnya. Dan Allah pula menurunkan hujan batu dari langit, dari gunung-ganang (awan) yang ada padanya; lalu Ia menimpakan hujan batu itu kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan menjauhkannya daripada sesiapa yang dikehendakiNya. Sinaran kilat yang terpancar dari awan yang demikian keadaannya, hampir-hampir menyambar dan menghilangkan pandangan.”

Journal 2014 - # 765

Salam perpaduan salam perjuangan!

Mati Suatu Kepastian

Assalamualaikum! Hi uols! Perkara yang pasti, tetapi manusia sering lupa adalah kematian. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:
"Katakanlah, sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, pasti akan menemui kamu. Kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia akan memberitakan kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan." (Surah al-Jum'uah 62: 8)
Sebuah hadis riwayat al-Bukhari daripada Ibn Umar r.huma., ia telah berkata: 
"Jadilah kamu di dunia seperti seorang yang asing, atau (bahkan) seperti orang pengembara.'

Ibn Umar r.huma. berkata: 'Apabila kamu berada pada petang, janganlah kamu menunggu sampai tiba waktu pagi hari, dan apabila kamu berada pada pagi hari, janganlah kamu menunggu sampai tiba waktu petang."
Baginda s.a.w telah menjelaskan melalui hadis ini bahawa:
"Jadilah kamu seperti orang asing pada ketika kamu tinggal di dunia, atau bermakna janganlah kamu bergantung keadanya, jangan berasa tenang di dalamnya, jangan bergantung dengannya, kerana sesungguhnya kamu sebenarnya sedang dalam perjalanan menuju ke tempat tinggalmu yang sebenarnya iaitu akhirat. Seperti orang asing yang biaasanya tidak akan menetap di tempat yang asing dan tidak akan tinggal di sana. Ia sentiasa merindukan negerinya dan berkeinginan utuk pulang ke negerinya. Atau bahkan jadilah seperti seorang pengembara iaitu orang sedang melalui sebuah jalan.

sesungguhnya seseorang yang asing kadang-kadang boleh jadi dia akan tinggal di tempat yang asing dan menetap di sana. Berbeza halnya dengan seseorang pengembara iaitu orang yang sedang melalui sebuah jalan, maka sesungguhnya ia tidak akan menentap dan tinggal."

Jadilah seperti orang yang asing

"Jadilah kamu di dunia seperti seorang yang asing bahkan seperti seorang pengembara.
Selain itu, keadaan itu adalah satu gesaan untuk menghinakan dunia, dan berlapang-lapang dengannya, dan zuhud dalamnya, dan meringkaskan untuk mengambil dunia sekadar keperluan sahaja yang bermanfaat untuk akhirat. Bagi orang yang berakal sepatutnya dia bersikap qana'ah dengan berasa cukup sekadar hajat. Kerana sesungguhnya dunia ialah tempat laluan dan jambatan untuk menyeberangi.

Nabi Isa a.s. telah berkata:
'Dunia adalah jambatan, maka jadikan ia sebagai alat untuk menyeberang dan janganlah kamu memakmurkannya.'"

Salman al-Farisi r.a. berkata:
"Kekasihku; Baginda s.a.w. telah menyuruhku agar aku tidak mengambil sesuatu dari dunia kecuali seperti bekalan seorang yang sedang menaiki kenderaan."
Sebuah  Syair berbunyi:
"Sesungguhnya Allah mempunyai hamba yang cerdas, mereka telah mencerakan dunia kerana takut akan pelbagai fitnah yang telah mereka lihat di dalamnya. Maka ketika mereka tahu sesungguhnya dunia itu bukan tempat untuk hidup sebenarnya, Mereka telah menganggapnya seperti lautan dan mengambil amal sooleh sebagai perahu."

Jangan bertangguh dalam beramal

Ibn Umar r.huma. berkata dalam sebahagian nasihanya:
"Apabila kamu telah memasuki waktu petang, maka janganlah kamu menangguhkan dalam berbuat amal-amal kebajikan, bahkan hendaklah kamu bersegera dalam berbuat amal kebajikan dan kamu mesti yakin bahawa kamu akan mati sebelum datangnya waktu pagi. Dan apabila kamu telah memasuki waktu pagi, maka janganlah kamu melengah-lengahkan dan bermalas-malas untuk membuat amal-amal kebajikan, bahkan bersegeralah beramal semampu kamu daripada pelbagai bentuk ketaatan, dan janganlah menunggu waktu petang, kerana sesungguhnya mungkin dengan mengakhirkannya menjadi sebab kehilangan peluang untuk beramal dan tidak mendapatkannya."
Kesimpulannya hendaklah seseorang memendekkan angan-angannya, dan sentiasa menjadikan kematian adai dihadapannya kerana kematian itu sentiasa menunggunya setiap waktu. Dan hendaklah dia meninggalkan kecenderungan pada tipu daya dunia, dan menyiapkan amal ketaatan kerana khawatir akan datang penghancur segala kelazatan dengan tiba-tiba. Demikianlah  
(Rujuk: Al-Jawahir al-Lu'lu'iyah Fi Sharh al-Arba'in al-Nawawiyh)

Journal 2014 - # 764

Salam perpaduan salam perjuangan!

Adakah Allah Reda Kepadaku?

Assalamualaikum! Hi uols! Hidup pada akhir zaman ini penuh dengan ujian dan cabaran. Kadangkala iman naik mendadak dan selalunya iman mudah menurun disebabkan terlalu banyak faktor sekeliling yang menjurus kepada menurunnya iman. Hati saya risau jika sesorang itu boleh mengetahui bahawa Allah meredai akan dirinya atau tidak? Adakah ada tanda-tanda yang menunjukkan Allah Taala reda kepada sesorang?

Pertamanya, sama-samalah kita berdoa agar Allah memperteguh iman kita dan meredai hidup kita khususnya pada zaman yang penuh dengan ujian ini.

Sesungguhnya Allah dengan sifat kasih dan sayang-Nya kepada hamba-hamba-Nya ada menunjukkan tanda kasih dan reda-Nya kepada hamba yang dikasihi dan diredai-Nya. Dalam al-Quran dan hadis-hadis yang sahih, terdapat beberapa pernyataan yang mengungkapkan tentang perkara ini.

Antara tanda-tanda Allah Taala meredai akan hamba-Nya ialah: Sesorang itu sentiasa dipermudahkan untuk melakukkan perkara-perkara kebaikan dan ketaatan serta dijauhi daripada terlibat dengan perkara-perkara mungkar dan kemaksiatan.

Allah Taala berfirman yang bermaksud:
"Dan orang-orang yang mahu menerima petunjuk, Allah akan menambahkan petunjuk kepada mereka dan memberikan balasan ata ketakwaan mereka." (Surah Muhammad 47: 17)
Dalam ayat Allah Taala yang lain, bermaksud:
"Dan orang yang berjihad untuk mencari keredaan Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya, Allah benar-benar bersama orang yang berbuat baik." (Surah al-Ankabut 29: 69)

Manakala apabila seseorang itu cuai dan lalai daripada melakukan ketaatan dan sering melakukan kemungkaran, sesungguhnya perkara tersebut merupakan tanda ketiadaan reda Allah terhadap dirinya.

Allah Taala juga telah menjelaskan dalam kitab-Nya bahawa antara tanda keredaan-Nya dan hidayah-Nya kepada seseorang ialah, dilapangkan dada seseorang hamba-Nya kepada petunjuk dan keimanan yang benar kepada Allah. Dalam masa yang sama juga, Allah Taala menyatakan antara tanda jauh dan sesat seseorang itu ialah sesak dan sempitnya dada seeorang terhadap agamanya.

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:
"Sesiapa yang Allah ingin memberikan kepadanya petunjuk, nescaya Dia melapangkan dadanya untuk yakin dan mengimani aqidah Islam. Dan sesiapa yang dikehendaki Allah akan kesesatannya, nescaya Allah menjadi dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah ia sedang mendaki langit. Begitulah Allah menimpakan seksa kepada orang yang tidak beriman." (Surah al-An'am 6: 125)
Ibn 'Abbas r.a. mentafsirkan ayat ini dengan maksud, sesungguhnya Allah akan meluaskan dan melapangkan dada sesorang yang diredai-Nya kepada mentauhidkan Allah dan beriman kepada-Nya. (Tafsir Ibnu Kathir, jil. 2, hlm 175)

Antara tanda kasih dan reda Allah terhadap hamba-Nya juga adalah Allah akan menggerakkan hati insan-insan yang lain untuk mengasihi sesorang yang dikasihi dan diredai-Nya.

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:
"Apabila Allah mengasihi sesorang hamba-Nya Allah akan menyeru Malaikat Jibril a.s. dan menyatakan bahawa Dia mengasihi akan hamba-Nya itu, maka kasihilah dia. Lalu Jibril pun mengasihinya dan menyeru penduduk langit dan menyatakan bahawa Allah mengasihi hamba tersebut maka kasihilah dia. Lalu penduduk langit pun mengasihinya. Kemudian hamba tersebut akan dikasihi dan diterima pula di sisi penduduk bumi." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Kata al-Imam al-Nawawi rhm. daripada kata-kata Nabi s.a.w. yang bermaksud "Kemudian hamba tersebut akan dikasihi dan diterima pula di sisi penduduk bumi" ialah seseorang itu akan dikasihi dan diredai oleh orang ramai yang berada di bumi. Hati-hati manusia akan mudah cenderung untuk menyukai, mengasihi dan menredainya.

Journal 2014 - # 763

Salam perpaduan salam perjuangan!

Islam Agama Harmoni

Assalamualaikum! Hi uols! Terdapa nas-nas dalam al-Quran yang menuruh orang beriman agar memerangi orang bukan Muslim. Adakah ini bermakna bahawa Islam tidak suka dan tidak cenderung pada keharmonian hidup?

Tidak dinafikan bahawa  terdapat nas-nas al-Quran yang memerintah agar golongan bukan Muslim diperangi. Contohnya boleh dirujuk dalam nas-nas berikut. Dalam surah al-Baqarah ayat 190 yang bermaksud: "Dan perangilah di jalan Allah akan golongan yang memerangi kami, (tetapi) janganlah kamu melampaui batas, kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang melampaui batas."

Dalam nas yang lain, al-Quran menjelaskan agar golongan Musyrikin iaitu golongan yang tidak beriman diperangi secara menyeluruh. Al-Quran menjelaskan dalam surah al-Tawbah ayat 36 yang bermaksud: "..dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahawa Allah berserta orang yang bertakwa."

Berdasarkan dua ayat ini, seolah-oleh menunjukkan bahawa Islam ialah agama yang tidak cenderung pada keharmonian hidup antara masyarakat. Muslim dan bukan Muslim. Hal ini menyebabkan ada masanya masyarakat bukan Muslim khuatir dan bimbang dengan masyarakat Muslim.

Islamophobia merupakan istilah yang digunakan bagi menggambarkan Islam sebagai agama yang ganas, ekstrem, tidak mahu perdamaian dan juga keharmonian.

Namun hakikatnya bukan begitu. Nama Islam sendiri sudah menunjukkan akar tradisi bahawa Islam agama yang harmoni. Hanya zahir nas al-Quran sahaja menunjukkan bahawa Islam memerintahkan agar umat bukan Islam diperangi, namun jika diteliti keseluruhan nas maka akan didapati sebab kenapa Islam menganjurkan perkara tersebut.

Dalam Nas Pertama
Perintah al-Quran agar golongan bukan Muslim diperangi adalah sebagai tindakan balas terhadap perbuatan mereka menyerang umat Islam. Dalam hal ini, bukan umat Islam bertindak. Namun, Islam meletakkan batasan agar umat Islam tidak melampaui batas dan had. Ini kerana Allah tidak kasih kepada golongan yang melampaui batas. Namun tindakan sekadar mempertahankan diri, keluarga, agama dan sebagainya adalah tindakan yang mulia.

Dalam Nas Kedua
Dasarnya adalah sama. Umat bukan Muslim terlebih dahulu memerangi masyarakat Muslim. Sebagai tindakan mempertahankan diri dan agama, serangan balas dibenarkan dalam al-Quran.

Dalam lipatan sirah, didapati tidak banyak peperangan yang disertai oleh Nabi s.a.w. Nabi juga banyak menghantar para pendakwah, bukan bala tentera. Namun jika pendakwah dihalang atau dibunuh, maka tindakan melampau tersebut akan diambil tindakan sewajarnya.

Oleh itu, jelas Islam ialah agama yang suka keharmonian. Dalam mana-mana negara yang mana kuat pegangan agamanya, masyarakat bukan Muslim bebas mengamalkan ajaran masing-masing dengan rasa aman.

Journal 2014 - # 762

Salam perpaduan salam perjuangan!

Cinta

Assalamualaikum! Hi uols! Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya pada hari kiamat kelak, Allah akan berfirman yang bermaksud: 'Di manakah orang yang saling mencinta kepada-Ku? Pada hari ini Aku akan menaungi mereka di bawah naungan-Ku; pada hari ini tidak ada naungan selain naungan-Ku.'"
(Riyawat Muslim)

Dari puncak gunung pemandangan matanya melebar ke segenap dataran yang luas terbentang. Dataran yang kaya dengan flora dan fauna anugerah Tuhan. Rongga dadanya segar menghirup udara dari puncak.

Di sudut itu dia memikirkan tentang agama yang disayanginya. Agama yang dianutinya. Memiliki penganut tetapi ramai yang tidak setia. Ramai telah lupa. Ramai mengaku masih beriman tetapi terpesong daripada amalan. Jika kita punya teman, kemudian berlalu pergi dan tidak setia lagi, bagaimanakah perasaan ini? Pasti hati akan bersalut perasaan marah dan sedih. Sedih memikirkan teman tidak setia lagi.

Namun andai kita lupa pada Islam, Allah sesekali tidak akan berasa rugi dan bersedih kerana janji
Allah itu pasti. Islam tetap akan tertegak suatu hari nanti biarpun kini, mata ini tidak akan sempat melihat kemilau cahayanya menerangi seluruh alam. Biarpun kini cita-cita itu terasa sukar untuk digapai, pasti Allah menggantikan golongan yang lalai ini dengan golongan yang memiliki hati yang jitu untuk bangkit membawa obor islam. Golongan ini mencinta Allah dan Allah juga mencintai mereka.

Islam yang indah akan dapat diamalkan sepenuhnya. Dunia ini akan dibanjiri kasih sayang kepada Pencipta dan sesama makhluk. Tiada yang menindas dan tiada yang tertindas. Dunia akan dilimpahi rahmat berpanjangan. Tertegaknya hukum Allah menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat kerana Dia tahu segalanya. Kerana Dia yang mencipta kita dan mengatur sistem hidup kita.

Saat itu akan terpadamlah api marak kejahilan yang meratah minda umat Islam. Akan musnahlah kata-kata sinis yang memperlekehkan Islam. Tiada lagi kata-kata nista menghina agama Allah ini. Seluruh alam akan bersatu untuk berlindung di bawah redup kasih-Nya.

Journal 2014 - # 761

Salam perpaduan salam perjuangan!

5 Unsur yang Menyebabkan Satu-satu Bisnes Menjadi Haram

Assalamualaikum! Hi uols! Jom baca informasi muamalat untuk menambah pengetahuan kita. Ketahuilah bahawa 5 unsur yang boleh menyebabkan sesuatu bisnes itu menjadi haram.

  1. Riba
  2. "Satu dirham hasil riba yang dimakan oleh sesorang dalam keadaan mengetahui bahawa itu ialah riba, dosanya lebih besar daripada berzina sebanyak 36 kali." (Riyawat Ahmad)

  3. Zalim
  4. Sekalipun satu-satu bisnes itu cukup syarat dari segi hukum, ia tetap haram sekiranya jelas ada kesan menganiaya orang lain.

  5. Judi
  6. "Wahai orang beriman, sesungguhnya khamar, berjudi, sembelihan untuk berhala, mengundi nasib dengan panah ialah perbuatan keji, termasuk amalan syaitan. Maka, jauhilah. Agar kamu mencapai kejayaan" (Surah al-maidah 5: 90),

  7. Gharar
  8. Gharar bermaksud samar-samar atau tidak jelas. Unsur ini akan wujud dalam bisnes yang berorentasikan penipuan. "Sesiapa yang memperdaya kami, dia bukanlah daripada kalangan kami (orang beriman)!" (Riyawat Muslim)

  9. Haram
  10. Syariat telah mengharamkan beberapa barangan daripada jual beli seperti arak, bangkai dan sebagainya. Islam juga telah mengharamkan beberapa cara jual beli dalam satu, jual beli daripada orang yang tidak waras dan sebagainya.

Journal 2014 - # 760

Salam perpaduan salam perjuangan!

4 Sifat Pendorong Dosa

Assalamualaikum! Hi uols! BERTAUBAT ialah meninggalkan dosa, dan sesorang itu tidak anak meninggalkan dosa sekiranya dia tidak  tahu apakah sesuatu perbuatan itu berdosa. Maka wajib kita mengetahui apakah yang dikatakan dosa.

Dosa adalah segala perkara yang menyalahi pertintah Allah s.w.t. Terdapat empat sifat yang mendorong manusia melakukan dosa. Sifat-sifat ini juga perlu diketahui agar kita dapat menjauhinya dan tidak terjebak dengan dosa.
  • Sifat rububiah
  • Sifat rububiah atau sifat ketuhanan hanya harus dimiliki oleh Allah s.w.t sahaja. Contohnya takbur; megah, cinta kekekalan dan minta diletakkan lebih tinggi daripada yang lain. Sifat ini hanyalah untuk Allah s.w.t, jika manusia menanam dalam dirinya sifat ini, ia boleh bercambah menjadi dosa-dosa besar lain.

    Contohnya firaun yang sangat takbur dan bermegah sehingga menganggap dirinya Tuhan. Sifat itu telah melalikan dan membinasakannya.

  • Sifat syaitaniah
  • Sifat kesyaitanan boleh menimbulkan sifat-sifat hasad, aniaya, tipu helah, menipu, mendorong membuat kerosakan dan kemungkaran. Juga termasuk dalam kategori ini ialah sifat-sifat nifak dan mengajak orang melakukan perkara bidaah dan sesat.

  • Sifat bahimiah
  • Sifat kebinatangan yang menimbulkan sifat-sifat tamak haloba serta mengikut nafsu perut dan syahwat. Daripadanya timbul keinginan suka berzina, mengamalkan sek luar tabii, mencuri, makan harta anak yatim dan menghabiskan wang untuk memuaskan hawa nafsu.

  • Sifat subu'iah
  • Sifat kebuasan ini membangkitkan sifat suka marah, panas baran, iri hati, suka bergaduh, memaki, membunuh atau memusnahkan harta benda dan sebaganya. Daripada sifat ini juga datang dosa-dosa lain.

    Inilah induk segala dosa dan sumber pelbagai maksiat. Daripadanya data dosa-dosa dan maksiat yang khusus mempengaruhi hati seperti kufur, bidaah, nifak dan berniat jahat terhadap orang lain. Ada juga mempengaruhi mata, telinga, lidah, perut, kemaluan, tangan, kaki dan akhirnya seluruh anggota badan.

Journal 2014 - # 759

Salam perpaduan salam perjuangan!

Jauhi 17 Dosa Besar

Assalamualaikum! Hi uols! Para ulama berselisih pandangan mengenai apakah yang dikatakan dosa besar. Malah ada yang berpendapat semua dosa tingkatannya sama saja, jadi tidak ada dosa besar atau kecil. Semua penentangan terhadap perintah Allah dan larangan-Nya dikira sebagai dosa besar, kata mereka.
Bagaimanapun pendapat tersebut itu adalah lemah kerana Allah s.w.t ada berfirman: "Jika kamu menjauhi dosa-dosa esar yang dilarang kamu mengerjakannya, Kami (Allah) hapuskan segala kesalahan-kesalahan kamu (dosa-dosa kecil) dan akan Kami masukkan kamu ke tempat yang mulia." (An-Nisaa':31)

Dalam ayat 32 surah an-Najm pula Allah berfirman: "Orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan keji, kecuali kesalahan yang kecil-kecil. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Luas ampunannya..."

Abu Talib al-Makki menyenaraikan 17 dosa-dosa besar berdasarkan penyelidikannya daripada pelbagai hadis dan atsar. Hendaklah kita menjauhi dosa-dosa ini.

4 dosa besar berkaitan hati:
  • Syirik kepada Allah s.w.t.
  • Berterusan dalam melakukan maksiat.
  • Putus asa daripada rahmat Allah Taala.
  • Rasa aman atau tidak takut daripada balasan-Nya.
4 dosa besar berkaitan lidah:
  • Menjadi saksi bohong.
  • Menuduh orang berzina.
  • Mengamalkan sihir.
  • Bersumpah palsu; sumpah membenarkan yang batil dan menyalahkan yang benar. Ada juga menyatakan sumpah palsu ialah sumpah yang digunakan untuk merampas hak seorang Muslim secara batil.
3 dosa besar berkaitan perut:
  • Minum arak atau segala yang memabukkan/ menghilangkan akal.
  • Makan harta anak yatim dengan menganiayainya.
  • Makan riba.
2 dosa besar berkaitan kemaluan:
  • Zina.
  • Liwat.
2 dosa besar berkaitan tangan:
  • Membunuh
  • Mencuri
1 dosa besar berkaitan kaki:
  • Lari dari peperangan
1 dosa besar berkaitan seluruh anggota tubuh.
  • Menderhaka kepada kedua-dua ibu bapa.

Journal 2014 - # 758

Salam perpaduan salam perjuangan!

INGAT 9 PERKARA SEBELUM MELABUHKAN TUBUH...

Assalamualaikum! Hi uols! Sebelum melabuhkan tubuh untuk tidur, eloklah dijaga beberapa tertiba ini:
  1. Bersihkan badan, berus gigi dan berwuduk.
  2. Niatlah untuk bangun melakukan ibadat apabila terjaga daripada tidur.
  3. Jika ingin mewasiatkan sesuatu, tulislah wasiat. Tidak mustahil Allah mengambil nyawa kita semasa tidur.
  4. Bertaubatlah daripada segala dosa. Bersihkan hati, hilangkan dendam dan marah terhadap sesiapa sahaja dan berazamlah untuk tidak melakukan maksiat apabila bangun daripada tidur.
  5. Janganlah terlalu memilih tempat tidur, contohnya hanya mahu tidur di katil yang empuk dan halus sahaja.
  6. Selagi mata belum mengantuk, janganlah memaksa diri untuk tidur, kecuali jika berniat agar senang bangun untuk melakukan ibadat di tengah malam.
  7. Tidurlah dengan menghadap kiblat.
  8. Bacalah doa-doa yang warid: Surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas, sesudah itu hembuskan ke telapak tangan dan sapu ke wajah dan seluruh badan. Boleh juga membaca ayat Kursi, subhanallah, alhamdulillah dan Allahuakbar masing-masing 33 kali.
  9. Ingatlah bahawa tidur itu semacam mati. Setelah bangun daripada tidur, bacalah doa: "Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami sesudah mematikan kami dan kepada-Nya kami akan dikembalikan.