Journal 2014 - # 776

Salam perpaduan salam perjuangan!

Api Jangan Biarkan Ia Menjadi Lawan

Assalamualaikum! Hi uols! Apa yang akan kita lakukan jika tangan kita terkena api? Mampukah kita berdiam diri dan membiarkan sahaja api itu menyakiti kita? (Sudah tentu apabila terkena api dunia walaupun sedikit sahaja, akan membuat saraf yang diciptakan oleh Allah menarik tangan serta-merta. Subhanallah, Maha Suci Allah yang menyayangi hamba-Nya dengan membekalkan manusia deria yang dapat melindungi mereka daripada tercedera.

Jika api dunia sudah tidak tertanggung lagi, bagaimana pula hamba-Nya yang kerdil iaitu manusia sanggup menanggung dan menahan seksaan api neraka, yang bahan bakarnya kelak terdiri daripada batu berhala yang menjadi sembahan golongan kufur? Lantaran itu Pencipta Agung sering memberi peringatan kepada kita agar sentiasa berwaspada dengan murka-Nya dan memelihara diri daripada menjadi warga neraka yang dilaknat kerana keingkaran mereka. Allah mengajarkita sebagai tanda kasihna agar kita tidak lupa kemurkaan Allah yang Maha Dahsyat dan kasih sayang Allah Yang Maha Agung.

Pernahkah kita melihat seseorang yang tahu bahaya berada di hadapannya, tetapi terus meredah bahaya tersebut? Tidak. Bukankah gambaran seksaan di neraka yang digambarkan oleh Allah begitu dahsyat juga membuatkan kita akan sentiasa beringat dan terus taat. Allah menggambarkan buruk dan ngerinya suasana neraka dan keadaan penghuninya agar kita mengambil ikhtibar dan menjauhi perkara yang dimurkainya. Kasih-Nya Allah apabila memberikan kita peringatan awal tentang pedihnya azab neraka agar kita dapat mengelak diri daripada terjerumus ke dalam hitam pekat api neraka. Peringatan Allah bukti kasih-Nya yang tiada tara. Cuma insan yang sering tidak dapat menilai betapa agungnya cinta al-Khaliq yang tidak putus-putus.

Tika dan saat ini, selidiklahdiri, adakah kita benar-benar takut dengan murka-Nya? Berapa ramai juga insan yang seakan-akan mencabar Allah. Walaupun percaya wujudnya seksa neraka, namun tetap berkelakuan sebaliknya. Peliharalah diri dan keluargamu daripada api neraka! Itulah peringatan agung daripada Allah sebagai bukti tanda kasih-Nya yang berpanjangan.

No comments: