Journal 2014 - # 762

Salam perpaduan salam perjuangan!

Cinta

Assalamualaikum! Hi uols! Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya pada hari kiamat kelak, Allah akan berfirman yang bermaksud: 'Di manakah orang yang saling mencinta kepada-Ku? Pada hari ini Aku akan menaungi mereka di bawah naungan-Ku; pada hari ini tidak ada naungan selain naungan-Ku.'"
(Riyawat Muslim)

Dari puncak gunung pemandangan matanya melebar ke segenap dataran yang luas terbentang. Dataran yang kaya dengan flora dan fauna anugerah Tuhan. Rongga dadanya segar menghirup udara dari puncak.

Di sudut itu dia memikirkan tentang agama yang disayanginya. Agama yang dianutinya. Memiliki penganut tetapi ramai yang tidak setia. Ramai telah lupa. Ramai mengaku masih beriman tetapi terpesong daripada amalan. Jika kita punya teman, kemudian berlalu pergi dan tidak setia lagi, bagaimanakah perasaan ini? Pasti hati akan bersalut perasaan marah dan sedih. Sedih memikirkan teman tidak setia lagi.

Namun andai kita lupa pada Islam, Allah sesekali tidak akan berasa rugi dan bersedih kerana janji
Allah itu pasti. Islam tetap akan tertegak suatu hari nanti biarpun kini, mata ini tidak akan sempat melihat kemilau cahayanya menerangi seluruh alam. Biarpun kini cita-cita itu terasa sukar untuk digapai, pasti Allah menggantikan golongan yang lalai ini dengan golongan yang memiliki hati yang jitu untuk bangkit membawa obor islam. Golongan ini mencinta Allah dan Allah juga mencintai mereka.

Islam yang indah akan dapat diamalkan sepenuhnya. Dunia ini akan dibanjiri kasih sayang kepada Pencipta dan sesama makhluk. Tiada yang menindas dan tiada yang tertindas. Dunia akan dilimpahi rahmat berpanjangan. Tertegaknya hukum Allah menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat kerana Dia tahu segalanya. Kerana Dia yang mencipta kita dan mengatur sistem hidup kita.

Saat itu akan terpadamlah api marak kejahilan yang meratah minda umat Islam. Akan musnahlah kata-kata sinis yang memperlekehkan Islam. Tiada lagi kata-kata nista menghina agama Allah ini. Seluruh alam akan bersatu untuk berlindung di bawah redup kasih-Nya.

No comments: