Journal 2014 - # 760

Salam perpaduan salam perjuangan!

4 Sifat Pendorong Dosa

Assalamualaikum! Hi uols! BERTAUBAT ialah meninggalkan dosa, dan sesorang itu tidak anak meninggalkan dosa sekiranya dia tidak  tahu apakah sesuatu perbuatan itu berdosa. Maka wajib kita mengetahui apakah yang dikatakan dosa.

Dosa adalah segala perkara yang menyalahi pertintah Allah s.w.t. Terdapat empat sifat yang mendorong manusia melakukan dosa. Sifat-sifat ini juga perlu diketahui agar kita dapat menjauhinya dan tidak terjebak dengan dosa.
  • Sifat rububiah
  • Sifat rububiah atau sifat ketuhanan hanya harus dimiliki oleh Allah s.w.t sahaja. Contohnya takbur; megah, cinta kekekalan dan minta diletakkan lebih tinggi daripada yang lain. Sifat ini hanyalah untuk Allah s.w.t, jika manusia menanam dalam dirinya sifat ini, ia boleh bercambah menjadi dosa-dosa besar lain.

    Contohnya firaun yang sangat takbur dan bermegah sehingga menganggap dirinya Tuhan. Sifat itu telah melalikan dan membinasakannya.

  • Sifat syaitaniah
  • Sifat kesyaitanan boleh menimbulkan sifat-sifat hasad, aniaya, tipu helah, menipu, mendorong membuat kerosakan dan kemungkaran. Juga termasuk dalam kategori ini ialah sifat-sifat nifak dan mengajak orang melakukan perkara bidaah dan sesat.

  • Sifat bahimiah
  • Sifat kebinatangan yang menimbulkan sifat-sifat tamak haloba serta mengikut nafsu perut dan syahwat. Daripadanya timbul keinginan suka berzina, mengamalkan sek luar tabii, mencuri, makan harta anak yatim dan menghabiskan wang untuk memuaskan hawa nafsu.

  • Sifat subu'iah
  • Sifat kebuasan ini membangkitkan sifat suka marah, panas baran, iri hati, suka bergaduh, memaki, membunuh atau memusnahkan harta benda dan sebaganya. Daripada sifat ini juga datang dosa-dosa lain.

    Inilah induk segala dosa dan sumber pelbagai maksiat. Daripadanya data dosa-dosa dan maksiat yang khusus mempengaruhi hati seperti kufur, bidaah, nifak dan berniat jahat terhadap orang lain. Ada juga mempengaruhi mata, telinga, lidah, perut, kemaluan, tangan, kaki dan akhirnya seluruh anggota badan.

No comments: