Journal 2014 - # 758

Salam perpaduan salam perjuangan!

INGAT 9 PERKARA SEBELUM MELABUHKAN TUBUH...

Assalamualaikum! Hi uols! Sebelum melabuhkan tubuh untuk tidur, eloklah dijaga beberapa tertiba ini:
  1. Bersihkan badan, berus gigi dan berwuduk.
  2. Niatlah untuk bangun melakukan ibadat apabila terjaga daripada tidur.
  3. Jika ingin mewasiatkan sesuatu, tulislah wasiat. Tidak mustahil Allah mengambil nyawa kita semasa tidur.
  4. Bertaubatlah daripada segala dosa. Bersihkan hati, hilangkan dendam dan marah terhadap sesiapa sahaja dan berazamlah untuk tidak melakukan maksiat apabila bangun daripada tidur.
  5. Janganlah terlalu memilih tempat tidur, contohnya hanya mahu tidur di katil yang empuk dan halus sahaja.
  6. Selagi mata belum mengantuk, janganlah memaksa diri untuk tidur, kecuali jika berniat agar senang bangun untuk melakukan ibadat di tengah malam.
  7. Tidurlah dengan menghadap kiblat.
  8. Bacalah doa-doa yang warid: Surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas, sesudah itu hembuskan ke telapak tangan dan sapu ke wajah dan seluruh badan. Boleh juga membaca ayat Kursi, subhanallah, alhamdulillah dan Allahuakbar masing-masing 33 kali.
  9. Ingatlah bahawa tidur itu semacam mati. Setelah bangun daripada tidur, bacalah doa: "Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami sesudah mematikan kami dan kepada-Nya kami akan dikembalikan.

No comments: