Journal 2014 - # 752

Salam perpaduan salam perjuangan!

4 Waktu Disunatkan Beristighfar

Assalamualaikum! Hi uols! Kita disyariatkan beristighfar setiap waktu. Tetapi terdapat beberapa waktu dan keadaan yang lebih diutamakan untuk beristighfar. Antaranya:-
  1. Setelah Menunaikan Ibadat
  2. Disyariatkan beristighfar setelah selesai solat lima waktu. Amalan ini sering dilakukan oleh Nabi s.a.w setelah selesai mengucap salam dalam solat wajib. Baginda mengucap istighfar tiga kali.

    Ini kerana seorang hamba selalu mengalami kekurangan dalam solat kerana lalai dan sifat lupa, maka lazimkanlah beristighfar.

  3. Waktu Sahur
  4. Waktu sahur atau waktu pagi sebelum fajar adalah masa yang baik untuk beristighfar kerana Allah s.w.t akan memakbulkan doa, memberi kepada orang yang meminta dan mengampuni orang yang memohon keampunan.

    Di dalam Al-Quran dijelaskan mengenai mereka yang kekal di dalam syurga: "...(ia itu) orang-orang yang sabar, yang menafkahkanhartanya (di jalan Allah), dan yang memohon ampun di waktu sahur." (Ali Imran: 17)

    Manakala Rasulullah s.a.w bersabda: "Allah turun setiap malam ke langit dunia, pada saat tersisa sepertiga malam terakhir, lalu berfirman, 'Siapa yang berdoa kepada-Ku, Aku akan mengabulkannya, dan siapa yang meminta kepadaku, Aku akan memberinya, serta siapa yang meminta ampunan kepada-Ku, aku akan mengampuninya."

  5. Di Akhir Majlis
  6. Ini adalah amalan Rasulullah s.a.w. Aisyah r.a meriwayatkan: "Tidaklah Rasulullah berdiri dari suatu majlis melainkan beliau mengucapkan; 'Maha Suci Engkau Ya Allah, Ra Rabku. Dan dengan sentiasa memuji-Mu tiada Ilah (yang berhak diibadahi) selain Engkau. Aku memohon ampunan kepada-Mu, Ya Rabku, dan bertaubat kepada-Mu.' "Maka aku pun bertanya, 'Wahai Rasulullah, engkau sering mengucapkan kalimah-kalimah tersebut tatkala engkau berdiri (dari majlis).'

    "Baginda bersabda, 'Tidaklah salah seorang mengucapkannya semasa berdiri dari majlisnya, melainkan diampuni dosa yang dilakukan di dalam majlis tersebut'."

    Sebab itulah, setelah selesai sesuatu majlis, terutama yang banyak ucapan dan pembicaraan, digalakkan beristighfar.

  7. Istighfar Untuk Orang Meninggal Dunia
  8. Rasulullah s.a.w juga menganjurkan istighfar untuk orang yang telah meinggal dunia. Setelah menguburkan jenazah, Baginda berdiri di sisinya dan bersabda: "Mintalah keampunan untuk saudaramu, dan pohonkanlah baginya keteguhan, sebab saat ini dia sedang disoal."

    Banginda juga memohon istighfar apabila menziarahi orang meninggal dan berdiri di tepi kubur.

No comments: