Journal 2014 - # 771

Salam perpaduan salam perjuangan!

Jangan Jadi Seperti Yahudi dan Nasrani

Assalamualaikum! Hi uols! Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-Fatihah ayat 6 dan 7 yang bermaksud:
"Tunjukkan jalan yang lurus, (iaitu jalan yang Engkau berikan nikmat atas mereka itu, bukan jalan orang Engkau murkai dan bukan pula jalan yang sesat"
Maksud jalan orang yang mendapat nikmat adalah para Nabi, para siddiq, para syuhada dan orang-orang soleh.

Ulama mentafsir "jalan orang-orang yang Engkau murkai" kerana disebabkan kekafiran mereka dan perbuatan mereka melakukan kerosakkan di muka bumi seperti umat Yahudi.

Manakala "jalan orang-orang yang sesat" pula kerana disebabkan mereka salah memilih jalan kebenaran sehingga mereka menyembah Allah Ta'ala dengan cara yang tidak disyariatkan seperti umat Nasrani.

Justeru, untuk tidak menjadi seperti umat Yahudi dan Nasrani hendaklah kita teguh berpegang dengan al-Quran dan as-Sunnah. Dalam suatu hadis riwayat al-Bukhari, Rasulullah s.a.w. bersabda (yang bermaksud): "Sesungguhnya kamu akan ikut cara golongan sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, hatta jika mereka masuk lubang biawak pun nescaya kamu akan mengikutinya." Sahabat bertanya: "Adakah golongan Yahudi dan Nasrani (yang tuan maksudkan)?" Baginda s.a.w. menjawab, "(Kalau tidak mereka) siapa lagi?"

No comments: