Journal 2014 - # 759

Salam perpaduan salam perjuangan!

Jauhi 17 Dosa Besar

Assalamualaikum! Hi uols! Para ulama berselisih pandangan mengenai apakah yang dikatakan dosa besar. Malah ada yang berpendapat semua dosa tingkatannya sama saja, jadi tidak ada dosa besar atau kecil. Semua penentangan terhadap perintah Allah dan larangan-Nya dikira sebagai dosa besar, kata mereka.
Bagaimanapun pendapat tersebut itu adalah lemah kerana Allah s.w.t ada berfirman: "Jika kamu menjauhi dosa-dosa esar yang dilarang kamu mengerjakannya, Kami (Allah) hapuskan segala kesalahan-kesalahan kamu (dosa-dosa kecil) dan akan Kami masukkan kamu ke tempat yang mulia." (An-Nisaa':31)

Dalam ayat 32 surah an-Najm pula Allah berfirman: "Orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan keji, kecuali kesalahan yang kecil-kecil. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Luas ampunannya..."

Abu Talib al-Makki menyenaraikan 17 dosa-dosa besar berdasarkan penyelidikannya daripada pelbagai hadis dan atsar. Hendaklah kita menjauhi dosa-dosa ini.

4 dosa besar berkaitan hati:
  • Syirik kepada Allah s.w.t.
  • Berterusan dalam melakukan maksiat.
  • Putus asa daripada rahmat Allah Taala.
  • Rasa aman atau tidak takut daripada balasan-Nya.
4 dosa besar berkaitan lidah:
  • Menjadi saksi bohong.
  • Menuduh orang berzina.
  • Mengamalkan sihir.
  • Bersumpah palsu; sumpah membenarkan yang batil dan menyalahkan yang benar. Ada juga menyatakan sumpah palsu ialah sumpah yang digunakan untuk merampas hak seorang Muslim secara batil.
3 dosa besar berkaitan perut:
  • Minum arak atau segala yang memabukkan/ menghilangkan akal.
  • Makan harta anak yatim dengan menganiayainya.
  • Makan riba.
2 dosa besar berkaitan kemaluan:
  • Zina.
  • Liwat.
2 dosa besar berkaitan tangan:
  • Membunuh
  • Mencuri
1 dosa besar berkaitan kaki:
  • Lari dari peperangan
1 dosa besar berkaitan seluruh anggota tubuh.
  • Menderhaka kepada kedua-dua ibu bapa.

No comments: