Journal 2014 - # 754

Salam perpaduan salam perjuangan!

Rezeki, Pastikan HALAL!

Assalamualaikum! Hi uols! Umat Islam dituntut agar mencari rezeki yang halal. Halal yang dimaksudkan ialah dari sudut hukum makanan tersebut, sumber kewangan dan cara mendapatkannya. Makanan yang jelas diharamkan oleh Islam adalah dilarang sama sekali memakannya sekalipun dibeli dengan duit yang halal. Begitu juga dengan makanan yang halal dan yang haram seperti rasuah atau wang curi, tetap hukumnya haram.

Demikian juga dengan cara mendapatkan sesuatu rezeki. Jika diperolehi dengan merompak, menipu, rasuah dan sebagainya, maka ia tetap haram dan dilarang oleh Islam. Pendek kata, sesuatu rezeki yang halal ialah rezeki yang asal hukum memakannya halal, bersumberkan duit yang halal dan mendapatkannya halal, bersumberkan duit yang halal dan mendapatkannya dengan cara yang halal.

Rasulullah s.a.w bersabda: "Mencari rezeki yang halal adalah wajib bagi setiap orang Islam. "Sesungguhnya makanan dan minuman yang halal memberi kesan kepada keperibadian seseorang. Mereka yang hidup dengan memakan yang haram, bersumberkan wang haram dan menerusi cara haram akan menjadi orang yang resah gelisah, sentiasa dihimpit rasa berdosa, serta menghadapi pelbagai masalah kehidupan.

Makan yang haram mengotorkan hati dan jiwa, menghilangkan cahaya keimanan diraut wajah dan menjadi penyebab kepada permusuhan, perbalahan dan perpecahan dalam masyarakat. Dalam konteks sebuah keluarga, ibu bapa yang membesarkan anak-anak dengan wang atau rezeki haram akan mengakibatkan anak-anak tersebut jauh daripada rahmat dan redha Allah, serta dinaungi kemurkaan-Nya. Anak-anak sebegini akan menjadi keras hati, sukar dididik, derhaka kepada ibu bapa dan akhirnya akan menyusahkan mereka, masyarakat dan negara.

Oleh itu, adalah menjadi kewajipan memastikan anak-anak dan ahli keluarga mendapat rezeki yang halal dan diberkati Allah. Makan makanan dan minuman yang haram boleh menyebabkan doa kita ditolak oleh Allah s.w.t. Dalam hadis, Rasulullah s.a.w menceritakan tentang sesorang lelaki yang menadah tangannya ke langit sambil berdoa, "Wahai Tuhanku..." sedangkan makanan, minuman dan pakaiannya adalah yang haram. Maka bagamanakah dikabulkan permintaannya?

Kita harus sentiasa berhati-hati apabila memberi makanan kepada ahli keluarga. Segala masalah yang berlaku seperti perceraian, gagal dalam perniagaan, pelajaran, terlibat dalam maksiat dan sebagainya,  mungkin berpunca daripada memakan rezeki yang haram. Maka, jauhilah rezeki yang tidak diredhai Allah itu agar kehidupan keluarga harmoni dan bahagia.

No comments: