Journal 2014 - # 753

Salam perpaduan salam perjuangan!

5 Ganjaran Besar Solat Berjemaah

Assalamualaikum! Hi uols! Salah satu pertanda keistimewaan umat Muhammad ialah ganjaran besar yang dikurniakan Allah s.w.t apabila mereka melaksanakan solat berjemaah:
  1. Mendapat 27 darjat
  2. Daripada Ibnu Umar r.a. berkata, Nabi s.a.w bersabda: "Pahala solat berjemaah mengatasi solat bersendirian dengan 27 darjat."

  3. Diampunkan dosa
  4. Daripada Uthman bin Affan r.a. berkata, aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesiapa yang berwuduk dengan sempurna, kemudian mendirikan solat berjemaah, lalu Allah akan mengampunkan dosa-dosanya."

  5. Bebas dan selamat dari seksa api neraka dan terhindar daripada sifat munafik
  6. Daripada Anas bin Malik r.a berkata, bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Sesiapa yang solat secara berjemaah serta sempat bersama imam pada takbir yang pertama selama 40 hari, nescaya Allah akan menetapkan untuknya dua keselamatan; pertama, selamat daripada api neraka. Kedua, selamat daripada menjadi seorang munafik."

  7. mendapat berkat mengamin, bertasmi' dan bertahmid
  8. Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w bersabda: "Apabila imam berkata, 'sami Allahu liman hamidah', maka hendaklah kamu menjawab 'rabbana wa lakalhamdu'. Sesungguhnya jika jawapan orang itu berbetulan dengan jawapan malaikat (di langit), maka Allah akan mengampunkan dosanya yang telah lalu.

  9. Dikasih Allah
  10. Dari Qubasy bin 'Asim r.a., Nabi s.a.w bersabda: "Berjemaah dua orang, dan sesorang daripadanya menjadi imam itu adalah lebih baik di sisi Allah daripada solat empat orang bersendirian. Berjemaah empat orang lebih baik daripada solat lapan orang bersendirian dan solat lapan orang dengan salah seorang daripadanya menjadi imam adalah lebih baik daipada solat seratus orang bersendirian."

No comments: