Journal 2014 - # 763

Salam perpaduan salam perjuangan!

Islam Agama Harmoni

Assalamualaikum! Hi uols! Terdapa nas-nas dalam al-Quran yang menuruh orang beriman agar memerangi orang bukan Muslim. Adakah ini bermakna bahawa Islam tidak suka dan tidak cenderung pada keharmonian hidup?

Tidak dinafikan bahawa  terdapat nas-nas al-Quran yang memerintah agar golongan bukan Muslim diperangi. Contohnya boleh dirujuk dalam nas-nas berikut. Dalam surah al-Baqarah ayat 190 yang bermaksud: "Dan perangilah di jalan Allah akan golongan yang memerangi kami, (tetapi) janganlah kamu melampaui batas, kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang melampaui batas."

Dalam nas yang lain, al-Quran menjelaskan agar golongan Musyrikin iaitu golongan yang tidak beriman diperangi secara menyeluruh. Al-Quran menjelaskan dalam surah al-Tawbah ayat 36 yang bermaksud: "..dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahawa Allah berserta orang yang bertakwa."

Berdasarkan dua ayat ini, seolah-oleh menunjukkan bahawa Islam ialah agama yang tidak cenderung pada keharmonian hidup antara masyarakat. Muslim dan bukan Muslim. Hal ini menyebabkan ada masanya masyarakat bukan Muslim khuatir dan bimbang dengan masyarakat Muslim.

Islamophobia merupakan istilah yang digunakan bagi menggambarkan Islam sebagai agama yang ganas, ekstrem, tidak mahu perdamaian dan juga keharmonian.

Namun hakikatnya bukan begitu. Nama Islam sendiri sudah menunjukkan akar tradisi bahawa Islam agama yang harmoni. Hanya zahir nas al-Quran sahaja menunjukkan bahawa Islam memerintahkan agar umat bukan Islam diperangi, namun jika diteliti keseluruhan nas maka akan didapati sebab kenapa Islam menganjurkan perkara tersebut.

Dalam Nas Pertama
Perintah al-Quran agar golongan bukan Muslim diperangi adalah sebagai tindakan balas terhadap perbuatan mereka menyerang umat Islam. Dalam hal ini, bukan umat Islam bertindak. Namun, Islam meletakkan batasan agar umat Islam tidak melampaui batas dan had. Ini kerana Allah tidak kasih kepada golongan yang melampaui batas. Namun tindakan sekadar mempertahankan diri, keluarga, agama dan sebagainya adalah tindakan yang mulia.

Dalam Nas Kedua
Dasarnya adalah sama. Umat bukan Muslim terlebih dahulu memerangi masyarakat Muslim. Sebagai tindakan mempertahankan diri dan agama, serangan balas dibenarkan dalam al-Quran.

Dalam lipatan sirah, didapati tidak banyak peperangan yang disertai oleh Nabi s.a.w. Nabi juga banyak menghantar para pendakwah, bukan bala tentera. Namun jika pendakwah dihalang atau dibunuh, maka tindakan melampau tersebut akan diambil tindakan sewajarnya.

Oleh itu, jelas Islam ialah agama yang suka keharmonian. Dalam mana-mana negara yang mana kuat pegangan agamanya, masyarakat bukan Muslim bebas mengamalkan ajaran masing-masing dengan rasa aman.

No comments: