Journal 2014 - # 756

Salam perpaduan salam perjuangan!

7 Kelebihan Melangkah Ke Masjid

Assalamualaikum! Hi uols! IBNU 'Ataillah al-Sakandari menyatakan, "Jika kamu ingin mengetahui keadaan kamu berjalan di atas titian sirat nanti, hendaklah kamu lihat keadaanmu bersegera ke masjid, kerana balasan yang datang ke masjid sebelum azan adalah seolah-olah dia berjalan di atas titian sirat seperti kilat yang berlari pantas."

Kelebihan melangkah dan bersolat di masjid dinyatakan dalam beberapa potong hadis:
  • Sentiasa didoakan malaikat
  • Dalam sepotong hadis daripada Abu Hurairah r.a, Baginda s.a.w bersabda: "Sesorang yang bersolat secara berjemaah mendapat pahala 25 kali ganda daripada solat di rumah atau di pasar. Sekiranya dia berwuduk dengan sempurna, kemudian ke masjid dengan niat semata-mata menunaikan solat, maka setiap langkahnya ke masjid itu akan dikurniakan satu darjat serta dihapuskan satu dosa. Apabila ia solat, malaikat sentiasa mendoakannya selama mana dia berada di tempat solatnya dengan doa: 'Ya Allah, berselawatlah untuknya dan rahmatilah dia selagi dia masih dalam solat dan menunggu untuk solat seterusnya'." (HR Bukhari dan Muslim)

  • Setiap langkah dihimpun pahala
  • Daripada Ubai bin Ka'ab r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: "Aku mengenali seorang lelaki yang tinggal jauh daripada orang lain dari masjid, dan dia tidak pernah meninggalkan walaupun satu solat. Dikatakan kepadanya atau aku berkata kepadanya: 'Adalah lebih baik jika kamu membeli ketika waktu gelap dan panas'. Lalu dia menjawab, antara rumahku ke masjid, aku mahu sekiranya rumah dan keluarnya dituliskan pahalanya'. Rasulullah s.a.w berkata, 'Sesungguhnya Allah telah menghimpunkan semuanya untukmu'."

  • Satu darjat bagi setiap langkah
  • Di dalam hadis yang lain, dinyatakan ada para sahabat yang mahu menjual rumah-rumah mereka yang jauh dari masjid dan berpindah agar lebih dekat dengan masjid, bagaimanapun Baginda menegah mereka, sabda Baginda, "Sesungguhnya bagi setiap langkahmu dikurniakan satu darjat."

  • Langkah pertama terhapus dosa
  • Daripada Abu Hurairah r.a Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesiap yang bersuci (berwuduk) di rumahnya kemudian dia pergi ke masjid untuk menunaikan solat fardu yang ditetapkan Allah, maka langkahnya yang pertama menghapuskan dosa dan langkah yang kedua menaikkan darjat."

  • Rumah di syurga
  • Dalam satu lagi hadis daripada Abu Hurairah, Baginda s.a.w bersabda: "Sesiapa yang berulang-alik ke masjid pada waktu pagi dan petang, Allah menjadikan untuknya sebuah rumah di syurga pada setiap waktu tersebut."

  • Pahala seperti tunaikan haji
  • Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Abu Umamah r.a menyebut, Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesiapa yang keluar dari rumahnya dia dalam keadaan suci berwuduk untuk menunaikan solat fardu, balasannya seperti pahala orang yang menunaikan haji dan sesiapa yang keluar untuk solat duha, balasannya seperti balasan orang yang mengerjakan umrah."

  • Mendapat cahaya pada hari kiamat
  • Daripada Buraidah bin al-Hasib al-Aslami, Nabi s.a.w bersabda: "Berilah khabar gembira kepada orang yang berjalan ke masjid di dalam kegelapan bahawa mereka akan mendapat cahaya pada hari kiamat." (HR Abu Daud dan al-Tirmizi)

No comments: