Journal 2014 - # 552

Hi uols!! Salam perpaduan salam perjuangan!!

Sejak kebelakangan ni terlalu banyak benda nak kena fikirkan termasuklah soal kerjaya dan juga assignment di pejabat dan campus. Fuhh!! Terlalu tight jadual seharian aku ketika ini sampai x cukup nota nak tulis. Tapi demi sebuah perjuangan hidup kena teruskan. Okeylah!! Memandangkan aku sekarang ni tengah rajin mencari sesuatu yang unik di negeri kelahiran aku kali ini aku nak share pada korang semua yang memang sukakan cabaran apa kata korang baca entri aku kali mesti korang teruja terutama sekali sesiapa yang suka sukan air.
Pernah dengar tak tentang Sungai Padas yang terletak di kawasan Tenom, di selatan Kota Kinabalu, negeri Sabah, Malaysia Timur. Ada sebuah landasan kereta api menuju ke ulu Sungai Padas. Mesti korang kata apa yang ada dengan sungai tersebut. Istimewanya sungai ini ialah kereta api dibina di sepanjang Sungai Padas dan menjadi tempat aktiviti berkayak atau naik bot belon (White Water Rafting) menyusuri Sungai Padas ini amat menarik sekali. Para pengunjung akan dapat mengalami sendiri pengalaman berkayak di sungai berskala III - IV dan aktiviti ini sesuai bagi mereka berumur 12 hingga 55 tahun. 

Dari Kota Kinabalu, para pengunjung boleh menaiki teksi untuk ke Beaufort. Perjalanan ini akan memakan masa selama 2 jam. Setiba di Beaufort, dikehendaki untuk menaiki kereta api selama 3 jam perjalanan untuk sampai ke Sungai Padas.


Melihat kederasan air yang mengalir terutama di cerun sungai dan menjunam membuatkan sesiapa saja kecut perut. Namun, sedikit demi sedikit, jeritan ketakutan bertukar menjadi gelak tawa serta keseronokan. Itulah penangan aktiviti yang cukup diminati ramai ‘White Water Rafting’. Sukan rekreasi yang membabitkan altiviti melawan arus deras air sungai itu mula mendapat tempat di hati pencinta sukan lasak bermula pertengahan tahun 1970-an.

Aktiviti berakit itu diperkenalkan sebagai sukan utama dalam Munich Olympic Games pada tahun yang sama. Masa paling baik untuk melakukan aktiviti ini ialah selepas hujan lebat apabila paras air naik. Bagaimanapun, bagi pendatang baru yang ingin mencuba tanpa perlu berjuang melawan arus deras, musim kemarau adalah masa paling sesuai.


No comments: