Journal 2014 - # 551

Hi uols! Salam perpaduan salam perjuangan!!

Sejak dua menjak ni ramai pulak yang sibuk tanya kat aku engkau ni dah jadi Duta untuk negeri engkau ker? Sibuk promosi Negeri engkau?? Hahaha.. aku tergelak bila soalan-soalan ni diajukan kepada aku. Well aku bukan sesiapa pun just a human being yang hanya bertanggungjawab menjadi duta kecil tanpa mengharapkan balasan apa-apa pun, yang aku mahukan adalah orang luar terutama sekali kepada mereka-mereka yang memiliki 'MULUT LONGKANG' yang hanya tahu bercakap melalui keyboard yang aku panggil 'KEYBOARD WARRIOR'. Apa pun alasan aku beri yang pasti aku nak bagitahu seluruh dunia terutama sekali rakyat Malaysia yang berada di Semenanjung Tanah Air ini yang belum pernah datang atau bertandang ke Sabah SILA BACA ARTIKEL AKU ini walaupun kau orang hanya mampu membaca sahaja.

Pulau Tiga the Survivor Island
Entri aku kali ini adalah tentang sebuah pulau yang cukup terkenal pada mata dunia selain daripada pulau-pulau yang ada di Sabah ni. Pulau ini cukup dikenali oleh masyarakat dunia dan pulau ini juga pernah menjadi lokasi pengambaran program realiti TV yang terkenal di Barat. Siapa tak kenal atau tak tahu tentang 'Survivor', Mesti korang pernah tengok rancangan tu kan suatu ketika dulu.

Survival Island atau Pulau Tiga adalah sebuah pulau yang tidak dihuni oleh manusia yang terletak di Laut China Selatan, dekat pesisir pantai barat Sabah, Malaysia. Pulau ini terbentuk pada 21 September 1897 ketika gempa bumi yang melanda Mindanao menyebabkan letusan gunung berapi dekat Borneo.

Pulau Tiga terkenal sebagai lokasi pengambaran rancangan TV realiti Survivor yang pertama. Pulau ini tidaklah begitu terkenal berbanding dengan pulau Sipadan dan pulau Layang-Layang yang juga terletak di Sabah. Habitat pulau ini amat sesuai untuk ular laut. Di daratan pulau ini terdapat lopak-lopak lumpur gunung berapi. Lopak lumpur gunung berapi ini amat baik untuk merawat penyakit kulit.

Volcano Mud
Pulau Tiga merupakan salah satu dari daya tarikan utama pelancong di Sabah. Ia diwartakan pada tahun 1978. Terletak di daerah Kuala Penyu. Bertentangan dengan semenanjung Klias. Perjalanan dari Kota Kinabalu mengambil masa kira-kira 1 jam 30 minit.

Ia dinamakan Pulau Tiga kerana terdapat 3 Pulau utama yang terletak berhampiran. Terdiri dari Pulau 3, Pulau Besar, Pulau Ular. Ia menjadi lebih terkenal apabila Pulau Ini dipilih untuk tempat penggambaran bagi rancangan 'survivor' Perjalanan menaiki bot laju mengambil masa 20 minit.

Pulau Ini menawarkan pelbagai kemudahan seperti tempat penginapan, chalet. Bagi yang nak jimat lagi boleh la berkemah. Aktiviti yang menarik di Pulau tiga adalah seperti diving snorkeling, volcano mud bath nature trail. Bagi yang minat memancing bolehlah membawa joran. Banyak spesis ikan yang terdapat disini. 




No comments: