Journal 2014 - # 550

Hi uols!! Salam perpaduan salam perjuangan!!

Mengimbas kembali rata-rata masih ada lagi tidak tahu bahawa negeri Sabah masih menyimpan khazana yang cukup bermakna dan berhagra dari segi pelancongan. Siapa kata negeri Sabah tidak menyumbang apa-apa hasil?? Ternyata mulut-mulut longkang ini cukup cetek ilmu dan tidak tahu akan perkembangan negeri Sabah yang saban tahun atau setiap bulan dikunjungi oleh pelancong asing daripada luar negara. Khazana yang berharga yang dimaksudkann adalah sebuah pusat pelancongan yang terpencil di Sabah yang terletak di daerah Lahad Datu iaitu Lembah Danum. 
Lembah Danum
Kawasan Pemuliharaan Lembah Danum yang terletak 83 km ke barat daya Lahad Datu kaya dengan kepelbagaian flora dan fauna. Hutan cantik ini menjadi habitat bagi Badak Sumatera, orang utan, ungka, pelanduk dan harimau akar. Lebih kurang 270 spesis burung telah direkodkan di kawasan ini. Pusat Kajian Lapangan Danum terletak di dalam kawasan hutan simpan seluas 440 kaki persegi.

Panorama Lembah Danum
Ia turut menjadi salah sebuah eko-resort pertama di Sabah yang dikenali sebagai Borneo Rainforest Lodge. Resort ini memiliki restoran, bar dan chalet yang selesa mengadap Sungai Danum. Antara aktivit yang ditawarkan adalah berjalan dalam hutan, berenang di sungai, memerhati burung, lawatan hutan waktu malam dan melawat hutan balak dan kilang balak berhampiran.

Tidak hairanlah kalau ramai pelancong daripada luar negara memilih untuk datang ke Lembah
Canopy Walk
Danum selain ke Kinabalu Park.  Tarikan utama Lembah Danum selain terkenal dengan aktiviti lasak, Jambatan Canopy Walk adalah salah satu tarikan utama. 300 meter panjang (985 kaki) dan setinggi 27 meter (90 kaki). Titian gantung yang menakjubkan ini adalah salah satu yang terbaik di dunia di mana anda boleh meneroka hutan simpan di Danum, Sabah.

Sepanjang tahun 2000, Canopy Walkway iaitu jambatan atas pokok terpanjang yang terdapat di Sabah telah juga menarik perhatian pelawat dari dalam dan luar negara. Statistik menunjukan sejumlah 86,723 pelawat melalui jambatan ini dengan pecahan 14895 orang pelancong tempatan dan 71,828 pelancong luar negara.

Lembah Danum adalah khazanah semula jadi yang sangat bernilai yang perlu dilindungi. Tidak hairanlah kalau pasangan diraja Duke dan Duchess of Cambridge ini memilih Lembah Danum sebagai salah satu destinasi pelancongan mereka. Pasangan diraja Britain Putera William dan Kate Middleton mengakhiri lawatan mereka ke negara ini dengan menikmati keindahan kawasan hutan hujan tropika yang terpelihara baik di Malaysia pada tahun 2012.
Duke & Duchess Of Cambride

Duke dan Duchess of Cambridge meluangkan masa kira-kira tiga jam melawat Kawasan. Pasangan itu diterbangkan ke kawasan berkenaan oleh helikopter lapan tempat duduk syarikat penerbangan Sabah Air pada 10.15 pagi. Mereka kemudian mendengar taklimat Ketua Bahagian Konservasi dan Pengurusan Alam Sekitar Yayasan Sabah Dr Waidi Sinun, Pengarah Program Penyelidikan Hutan Hujan Asia Tenggara (SEARRP) Royal Society Dr Glen Reynolds, Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah Datuk Tengku D Z Adlin serta Pengarah Jabatan Perhutan Sabah Datuk Sam Mannan berkaitan kerja pemuliharaan bersama Yayasan Sabah dan SEARRP.

Pemuliharaan Lembah Danum, bercakap dengan 25 penyelidik dan penuntut Universiti Oxford serta duduk di atas dahan pokok setinggi kira-kira 50 meter, selain diberi taklimat berkaitan semut dan hidupan lain di atas pokok dalam kawasan pemuliharaan seluas 43,800 hektar itu. William menjadi Felo Diraja sempena sambutan ulang tahun ke-350 Royal Society pada 2010. Pasangan itu menunjukkan minat mendalam dalam kemajuan kerja pemuliharaan dan haiwan liar di kawasan tersebut seperti Orang Utan serta monyet Proboscis. Selepas mendengar taklimat selama setengah jam,  Putera William dan Kate meredah hutan hujan tropika itu bagi merasai sendiri biodiversiti luar biasa yang terdapat di kawasan tersebut.

No comments: