Journal 2014 - # 549

Hi uols!! Salam perpaduan salam perjuangan!!

Kalau sebelum ini entri aku kebelakangan ini bercerita tentang Sabah, sesetengah pihak menyatakan bahawa negeri aku adalah negeri yang miskin!? Ada yang sanggup kata orang-orang Sabah ni tinggal atas pokok!? Hey!! Uols silap okey!! Biar pun rumah buruk tapi atas tanah sendiri, tak adalah sampai tinggal atas pokok macam mulut-mulut longkang bercerita tu.. Miskin-miskin orang Sabah pun still tinggal dalam pondok buruk tak adalah jadi gelandanggan. Teringat pula aku dengan bait-bait lirik seorang artis Sabah dalam lagu 'Gagasanku' memang ada kebenaran lagu tersebut.


Buruk-buruk rumah pun piring astro ada yang sampai dua tiga juga, ada kereta kat luar sampai tiga empat biji juga, so.. nak lah tahu tang mana yang miskinnya tu. Mungkin korang suka menilai daripada luaran saja tidak pada dalaman ekonomi sesebuah keluarga. Jom ikuti selanjutnya tentang Ekonomi Negeri Sabah dalam entri kali ini. Korang boleh nilai dimana yang korang pikir negeri Sabah ni miskin.

Ekonomi
Ekonomi negeri Sabah bergantung pada tiga sektor utama iaitu pembuatan, pertanian, pembalakan dan pelancongan. Petroleum dan minyak sawit kekal sebagai dua komoditi yang paling banyak dieksport. Import Sabah paling utama ialah dalam industri automotif, produk petroleum, baja, makanan serta barangan perkilangan.

Pembuatan
Terdapat beratus-ratus perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan industri kecil (IKS) di Sabah. Beberapa syarikat juga telah mendapat nama seperti Gardenia. Kerajaan Sabah juga serius dalam mengejar perindustrian selaras dengan Pelan Koridor Pembangunan Sabah khususnya di kawasan Sepanggar dimana Taman Perindustrian Kota Kinabalu dan Terminal Pelabuhan Kontena Sepanggar terletak.

Pembalakan & Pertanian
Sabah juga terkenal dengan hasil kayu balak, tetapi dengan kekurangan yang semakin meningkat pada kadar yang membimbangkan, usaha ekologi untuk menyelamatkan baki hutan yang masih ada telah dibuat pada awal tahun 1982 melalui kaedah pemuliharaan hutan dengan mengumpul spesies benih kayu yang berbeza dan menjalankan penanaman semula. Bagaimanapun, minyak sawit telah muncul sebagai pilihan petani untuk ditanam sebagai tanaman pertanian. Lain-lain produk pertanian penting dalam ekonomi Sabah termasuk juga getah dan koko.

Pelancongan
Pelancongan, terutamanya eko-pelancongan, merupakan
Pilihan Wills & Kate Honeymoon

penyumbang utama kepada ekonomi Sabah. Pada tahun 2012, kira-kira 2,327,476 pelancong telah melawat Sabah dan dijangkakan bahawa jumlah itu akan terus meningkat berikutan pelbagai aktiviti dan promosi yang diadakan oleh kerajaan negeri dan lembaga pelancongan negara. Selain itu, faktor kestabilan dan keselamatan negeri ini juga telah menjadikannya sebagai salah satu destinasi yang dipilih oleh para pelancong. Antara destinasi yang menjadi tarikan utama pelancong adalah seperti Kolam air panas Poring, Tanjung Simpang Mengayau, Taman Pertanian Sabah, Taman Hutan Hujan Sandakan, Gunung Kinabalu, Lembah Danum, Sungai Padas, Pulau Sipadan, Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok, Long Pasia, Taman Pulau Penyu dan Monyet Proboscis Teluk Labuk. 

No comments: