Journal 2009 ~ #6

Melihat tawamu
Mendengar senandungmu
Terlihat jelas di mataku
Warna-warna indahmu

Menatap langkahmu
Meratapi kisah hidupmu
Terlihat jelas bahwa hatimu
Anugerah terindah yang pernah kumiliki

Sifatmu nan s'lalu
Redahkan ambisiku
Tepikan khilafku
Dari bunga yang layu

Saat kau disisiku
Kembali dunia ceria
Tegaskan bahwa kamu
Anugerah terindah yang pernah kumiliki

Belai lembut jarimu
Sejuk tatap wajahmu
Hangat peluk janjimu
Anugerah terindah yang pernah kumilik


Syukur aku masih lagi bernafas pagi ini, ku panjatkan syukur kepada-NYA kerana masih memberi aku peluang untuk hidup di muka bumi ini. Seharusnya aku rasa bertuah kerana aku masih disayanginya untuk meneruskan perjuangan hidup ini walaupun dalam keadaan kesihatan aku tidak menentu ketika ini.

Pagi ini buka saja laptop kesayangan ku ini aku terus terpandang pada folder MP3 aku, dah lama benar kau tak buka MP3 dalam laptop aku ni. Tetiba sahaja tangan aku pantas klik pada lagu 'Sheila On 7 iaitu Anugerah Terindah Yang Pernah Kumiliki' ku cuba hayati setiap lirik pada lagu itu, cukup indah dengan setiap atur kata. Memang tidak dinafikan kehidupan kita kadangkala ada masanya terlalu indah dan adakalanya dalam kesedihan. Namun harus kita bersyukur atas apa yang telah berlaku, jangan sesekali pernah menyesal atau sesal dengan apa yang telah kita lalui.

Betul kata pujangga.. hidup ini tak akan lekang dengan cerita suka duka.. kalau selalu manis pun belum tentu sebuah kehidupan itu indah dan begitu juga dengan duka tak semestinya kita akan berduka sepanjang masa. Suka dan duka adalah pasangan kehidupan yang perlu kita lalui. Apa yang penting ialah cara dan olahan kita untuk melaluinya. Aku cukup bertuah kerana aku melalui segala pengalaman pahit getir dalam hidup ini walaupun tak lah seindah yang ku impikan. Cukuplah ia dijadikan pengalaman dan sebuah cerita dalam hidup ini.

Kekadang aku terfikir juga sampai bila semua ini akan berakhir? adakah ia akan terus berterusan sehingga ke nafas terakhir atau berakhir dengan sebuah kehidupan baru? kedua-duanya bukan jawapan sebenar tapi mungkin ia dan mungkin juga tidak. Hanya DIA sahaja yang mengetahui segalanya.

Apa sebenarnya erti kehidupan bagi diriku? itulah yang sedang aku lalui ketika ini. Hidup punya matlamat atau hidup hanya untuk meneruskan sisa-sisa kehidupan di muka bumi ini? Hmm.. walau apa pun jawapannya aku seharusnya menghargai setiap detik yang dilalui dalam hidup ini walaupun ada pahitnya yang perlu dilalu. Syukur alhamdulilah kerana cinta-NYA aku masih lagi berada di bumi ini Nya ini.

Pada Mu ya Allah, sesungguhnya aku bersyukur keatas apa yang telah berlaku dalam hidup ini, kepada Mu aku panjatkan doa dan mengadu berikanlah aku kekuatan dan iman yang teguh agar aku tidak alpa kepada Mu, dan kepada Mu jua aku memohon dari Mu agar Engkau berikanlah aku kedamaian dihati ini dan ubatilah luka dihati ini agar aku bisa meneruskan perjuangan hidup ini, Amin..

No comments: