Journal 2009 ~ #9

Pagi ni lepas sahaja aku sujud pada-NYA tetiba aku teringat kawan baik aku kat Ipoh.. "Selamat Hari Lahir Adly" semoga apa yang diimpikan akan menjadi kenyataan. Ya Allah besar kuasa-Mu hingga aku terlupa siapa aku disisi-Mu. Aku hanya hamba yang hanya tahu bersujud pada-Mu dan mengadu pada-Mu.

Saat itu baru aku terasa sunyi bila mengenangkan setiap seluruh hidupku betapa aku kerdil disisi-Mu. Ketika inilah aku merenung kembali betapa aku memerlukan sesorang untuk memberi aku sokongan untuk terus hidup. Tapi aku tak mampu untuk melawan takdir ini kerana aku memilih jalan ini. Seharusnya aku bersyukur kerana aku masih hidup lagi hari ini, walaupun terasa perit beban aku tanggung ketika ini. Entahlah pagi-pagi ni dada aku terasa sesak sangat dan tiba-tiba sahaja batuk, mungkin cuaca membuat aku terasa sejuk pagi ni, terpaksa ambil ubat untuk melegakan sakit ini. Entahlah sampai bila aku terpaksa bergantung dengan ubat ini lagi. Bila melihat darah yang keluar dari mulut ini aku mula terfikir mungkin tiba saatnya aku perlu meneruskan juga rawatan ini demi kesihatan aku.

Buat masa ini biarlah orang tua aku tidak tahu apa yang aku hadapi ketika ini. Tak sanggup aku melihat emak aku sedih, apatah lagi aku duduk jauh di rantauan pasti dia akan gusar dan gelisah memikirkan anak tunggalnya ini. Biarlah ia menjadi rahsia buat masa ini, jika aku tak mampu bertahan lagi barulah aku beritahu emak. Buat teman-teman harap kau orang faham mengapa aku tak lagi seperti dulu kerana aku terpaksa membataskan aktiviti aku buat sementara waktu ini.

Biarlah hari-hari aku lalui memberi aku satu kenangan dalam setiap apa yang aku lalui. Biarpun ada masanya aku terasa rindu akan sesuatu dalam hidup ini. Hanya Engkau sahaja yang mampu mengubati hati ini, kepada-Mu aku berserah dan kepada-Mu aku memohon rahmat dari-Mu.

No comments: