Journal 2009 ~ #19

Hari ni hari kedua aku berada di Sri Cempaka Service Suite Hotel, Menarag PGRM Cheras untuk menghadiri Bengkel yang dianjurkan oleh syarikat aku berkaitan dengan MS ISO 9001:2000. Entahlah terdetik dihati ini untuk membuka laptopku ini untuk meneruskan journal aku untuk bacaan bersama dengan teman-teman. Adakalanya aku merasakan aku perlukan suasana sebegini, nasib baik ada teman-teman dari SABAH duduk sebilik dengan aku meriah gilerr banyak benda kitaorang kongsi bersama. Terlepas juga rindu pada teman-teman lama.

Pagi ini aku sengaja bangun awal daripada hari-hari biasa al-maklum lah first day bengkel so aku kena lebih bersemangat untuk menimbah ilmu yang dianjurkan oleh syarikat aku. Hmm.. ketika ini aku tengah dengan live radio stetion kegemaran aku iaitu HotFM, tetiba jer berkumandang lagu Alyah Tak Mungkin Kerna Sayang. Aku cuba fahami setiap seni kata dan lirik lagu tersebut. setiap apa yang berlaku dalam hidup ini kekadang kita berada di persimpangan dan terpaksa memilih untuk meneruskan atau tidak. Sesetengah perkara dalam hidup ini aku banyak bergantung kepada kehidupan realiti dan menghadapi kenyataan hidup ini walaupun adakalanya kita terpaksa berhadapan dengan kesakitan hidup. Mungkin itulah sebenarnya kehidupan yang nyata dan realiti untuk kita terus menghadapinya, aku tak nafikan kehidupan ni lebih menarik apabila kita berhadapan dengan pelbagai masalah dan cabaran serta dugaan hidup. Malam tadi aku cuba duduk bersendirian dalam bilih hotel ini bila teman-teman semua dah tidur aku pulak masih berjaga, ketika itu aku mula merenung kembali dalam hidup aku, melihat keadaan aku ketika ini aku masih dibayangi kisah duka aku yang terlalu sedih buatku. Setiap kali aku mengenangkannya air mataku pasti mengalir laju sahaja. Ya Allah kerdilnya aku disisi-MU banyak sungguh ujian aku terima semenjak aku cuba untuk berdikari sendiri.

Selama mana pun aku cuba untuk bertahan aku tidak pasti namun aku harap dan berdoa sentiasa agar aku lebih tabah mengharungi hari-hari mendatang, pada-MU ya Allah sesungguhnya aku hanya memohon kepada-MU agar aku lebih tabah dan sabar dalam segala rintangan kehidupan ini, Amin..

No comments: