Journal 2009 ~ #20

Pagi ini mata aku masih segar walaupun petang semalam aku di serang lelah, aku cuba meluahkan apa yang terpendam dalam hati ini dan cuba merungkaikan setiap apa yang tersirat dalam hati ini, syukur kerana DIA masih beri aku peluang untuk terus bernafas di bumi ini dan aku berterima kasih kepada 'si dia' yang sudi membawa aku ke klinik untuk mendapatkan rawatan selanjutnya. Terima kasih kerana sudi membawa aku ke klinik walaupun dalam keadaan penat selepas balik bekerja. Terima kasih sekali kerana mengambil berat terhadap aku.

Sukar aku percaya sebenarnya kehadiranmu suatu anugerah yang buatku kerana engkau sudi mengisi ruang kekosongan dan mengubati luka dihati ini, walau aku tahu mungkin aku bukan mudah untuk aku melupakan sesuatu dalam diari kehidupan aku. Namun aku bersyukur mengenali mu walaupun dalam jangka waktu terhad aku mula merasakan satu keikhlasan hadir di antara kita berdua.

Sehingga hari ini hidupku kembali bersinar untuk meneruskan kehidupan ini. kehadiranmu cukup bermakna dalam hidup ini, engkau bagaikan pelindung buat aku dan penguat semangat buatku. Dalam hidup ini aku terlalu banyak melalui kedukaan sehingga engkau hadir berikan aku satu nafas baru untuk hidup semula dan cuba bangkit dari kekalahan hidup ini. sesungguhnya aku berterima kasih padamu kerana sudi menjadi teman kala aku dalam kesedihan dan memerlukan sokongan.

Buatmu wahai insan yang mula aku sayangi, sesungguhnya aku menghargai kehadiranmu dalam diri hidupku ini, seandainya ini takdir buatku tertulis sebegini aku pasrah dan terima seadanya..

No comments: