Journal 2009 ~ #11

Hari ini aku masih bernafas lagi hari ini, keadaan kesihatan aku hari ni kurang memuaskan tapi aku gagahi juga demi meneruskan kehidupan ini. Mungkin hari ini adalah hari baru buatku untuk terus melangkah lebih gagah lagi. Pagi ini suasana agak dingin sedikit aku merasa kedinginan itu terlalu dingin, segar udara pagi ku hirup telah lama aku tidak menikmati kesegeran udara sebegini.

Terasa ada suatu semangat menyuntik ke dalam diri ini untuk aku bangun dan bangkit dari mimpi-mimpi ku selama ini, mungkin aku perlu merubah nasib diri ini dan bangkit dari kelemahan dan kekalahan aku selama ini. Biar pengalaman lalu mengajar aku erti kehidupan sebenar jangan sesekali mudah mengalah pada keadaan. Cukup yang lalu memberi pengajaran berguna buat aku.

Pagi ini aku melangkah penuh yakin dengan keazaman aku, berkat nasihat dari teman-teman buat aku bertambah yakin bahawa inilah pilihan aku. Seharusnya aku perlu berani dan lebih cekal untuk mengharungi kehidupan ini. Buat 'si dia' terima kasih kerana sudi berkongsi suka duka bersama aku selama kita berkenalan. Kata-kata mu itu akan aku jadikan pemangkin semangat untuk terus melawan setiap apa yang ada dihadapan ku kecuali takdir dari yang maha Esa.

Pada DIA sesungguhnya aku bersyukur kehadrat-Mu kerana memberi aku sesuatu kekuatan baru untuk aku bangkit dari kelemahanku ini. Sesungguhnya tiada tempat aku mengadu melainkan diri-Mu..

No comments: