Journal 2009 ~ #7

Berkali aku repeat lagu Jenifer Lopez tajuk Brave yang bermaksud 'berani' seharusnya aku aku perlu tahu maksud setiap likir lagu itu, aku perlu berani dan terus tabah untuk mengharungi kehidupan ini walaupun aku terluka setelah apa yang berlaku dalam hidup aku ini. Kehilangan bukan bererti aku lumpuh dan lemah untuk mengharungi kehidupan ini. Aku yakin bahawa sinar pasti bersinar kelak dihadapanku.

Aku cuba kikis semua kenangan lama itu tapi kenangan itu sukar aku buang dalam memori ini, betul kata pujangga bukan senang untuk melupakan sesuatu yang telah lama bertapak dalam hidup kita. Tapi aku akur dengan semua takdir yang menentukannya, mungkin ini yang terbaik daripada terus terluka dan terus memendam rasa. Kita masih lemah untuk memahami sesuatu yang tersirat dalam hati, terlalu banyak persoalan dalam kehidupan ini.

Namun sedikit harapan dan nafas baru untuk aku mulakan dalam hidup ini, biar semua perkara yang berlaku berlalu pergi jauh dari hidup ini. Aku perlu berani menghadapi segala cabaran dan masalah yang datang. Aku ingin bangkit dari kelemahan ku sendiri. Biar kali ini aku nekad dengan segala apa yang aku lakukan. Walaupun aku terpaksa bermula dari awal tapi aku kena berani menghadapi ini satu persatu, mungkin aku tak perlu seseorang yang selama ini memerlukan sokongan disisi aku. Biarlah aku berdikari untuk terus melawan kesepian ini. Insya Allah hanya DIA bisa membawa aku pergi untuk mencapai impian yang ku cari salama ini.

Aku sedar sedikit sebanyak aku mampu menempuhinya. Aku lebih rela hidup begini daripada dikhianati dalam hidup, diperguna dalam hidup dan merelakan hati untuk memenuhi kehendak orang lain. Seharusnya aku bersyukur kerana pengalaman ini mengajar aku lebih berani untuk terus menentang walaupun masih lagi bersisa luka dan duka dalam hidup ini. Mungkin lepas ini aku perlu merubah diri aku dari seorang yang kurang berkeyakinan kepada yang lebih berkeyakinan dan berterampil untuk kepentingan diri aku ini. Biar apa yang telah terjadi aku jadikan panduan hidup aku sebagai kamus rujukan. Apa yang aku ketahui ketika ini jangan sesekali menaruh kepercayaan kepada orang lain kelak kepercayaan itu akan diikari kelak.

Sesungguhnya dengan nafas baru ini aku mampu berdiri ditapak kaki ku sendiri. Pada Yang Esa hanya Engkau yang tahu segala apa yang telah berlaku dan pada-Mu juga aku mohon agar aku lebih berani menentang segalanya dihadapan ku kelak. Ya Allah jika ini pilihan hidupku ini, Engkau teguhkanlah keimanan dan ketabahan dihatiku ini, kerana aku tahu Engkau sentiasa berada disisiku ini, AMIN..

No comments: