Journal 2009 ~ #13

Sedarkah aku selama ini? setelah apa yang telah berlaku dan terjadi dalam hidup ini walaupun dalam kesusahan aku bukan bersendirian tapi aku bersama mereka-mereka yang selalu berada disisi aku. Aku sebenarnya bukan bersendirian tapi aku ada teman yang sudi menghiburkan hati ini. Walaupun jauh aku tetap menghargainya, thanks dear friend i know you always give me a smile. Walaupun sebenarnya engkau tak tahu ketika ini hatiku tengah berduka. Tapi cukuplah dengan senda gurau mu membuat hatiku terubat dan melupakan masalah yang aku hadapi.

Mungkin pada mu aku seorang yang ceria dan tenang tapi hakikatnya aku sebenarnya seorang yang terlalu sensetif untuk membicarakan soal hati dan perasaan ketika ini, cukuplah engkau mengenali aku pada luaran sahaja tidak pada dalaman hati ini. Kerana terlalu banyak cerita duka aku dan hati ini terlalu banyak terguris serta luka yang masih baru lagi. Aku tak mungkin mahu mengadu pada sesiapa cukuplah pada DIA yang satu yang bisa mengubati luka-luka ini.

Namun.. aku masih terkenangkan sisa-sisa hidup ini, mungkinkah aku melaluinya pada hari mendatang atau tidak? cuma DIA sahaja yang tahu aku hanya insan kerdil yang hanya mampu berdoa demi kesejahteraan diri ini. Rinduku pada NYA kian memberontak dalam hati ini kerana DIA sahaja yang bisa memahami segala apa yang berlaku. Buat 'si dia' yang sudi hadir ketika aku sedang berduka ini terima kasih kerana buat aku tersenyum kembali.

No comments: