Journal 2009 ~ #4

Alhamdulillah, aku bersyukur kini kerna jiwa ku kini makin pulih. Makin tenang walaupun masih digamit rasa takut utk menghadapi dugaan-dugaan ini.

Aku bagaikan telah benar-benar kehilangan cinta hatiku. Kini aku lebih menyintai diri ku sendiri. Aku lebih memikirkan diriku.

Semalam aku download lagu kau yang punya.. Dengan kata-kata jangan kau bimbang sayang. Aku tersenyum kerna ada juga terselit rasa kasih pada diriku ini. Namun tiada ape yg mampu ku ucapkan kini.

Aku takut dibayangi lagi derita yg lepas, pasti sukar utk lupakan sume ini. Aku rasa berat utk ucapkan lagi kata rindu dan sayang pada dirinya. Kerna aku rasakan kata-kata itu tidak layak diberikan padanya, yang tidak tau bagaimana besarnye kasihku padanya.

Aku nekad kini, jalan yg Allah telah tunjukkan utk diriku akan aku lalui walau berliku. Aku lebih ingin menghormati diriku sendiri kini. Kerna itulah anugerah Allah kepadaku.

kini aku lebih rasa bebas dan tidak lagi terkongkong didalam dunia ku dulu. Dunia yg menghambakan aku untuk menjadi pencinta sejati, dunia yg buat aku tunduk hingga berpaling dari diriku sendiri.

Aku tidak lagi memikirkan setiap masa, apa yg sedang dilakukan olehnya, dah makan ke, dah minum ke, sihat ke dia, rindu ke dia pada diriku. Kini aku bukan lagi seperti itu, yang terlalu kisah akan dirinya. Dulu aku berbuat begitu tanda kasih ku padanya. Ingin aku nyatakan sebegitu supaya dia tau aku terlalu care enough for himself.

Tidak putus-putus cara untuk ku nyatakan betapa pentingnya dirinya di dalam hidupku. Aku kini lebih mengerti, lebih sempoi... ku harap dia bahagia sentiasa. Sentiasa berharap agar dia bahagia menjalani hidupnya...

kadang kala kite leka dan hanyut kerana cinta. Kita anggap dunia ni ada kita dan dia sahaja. Kita harap semua keperitan tiada dalam riwayat hidup ini.

Even tiada ikatan yg sah dimeterai, tapi jalinan dari hati telah cukup untuk aku berharap dan berimpian dia akan menemani aku hingga keakhirnya, di suatu ketika dulu.

Aku dapat rasakan aku sebahagian dari dia, aku layak untuk memberi pandangan serta menyatakan kemahuanku. Aku dapat rasakan yang aku tidqk perlu malu untuk meminta apa-apa pun dari dia. Tapi kini telah jauhnya jarak antara aku dan dia. Tiada lagi penyatuan dan jalinan hati seperti mana dulu.

Aku tidak lagi layak utk meminta apapun juga menyatakan apa pun. Kerna aku dapat rasakan aku bukan yang teristimewa dihatinya lagi.

Aku tidak mahu lagi menggantungkan seluruh hidupku pada dirinya. Biarlah aku dengan diriku, begitu jua dia, dia bebas kini untuk berbuat apa pun di dalam hidupnya. Tiada lagi kekangan mahupun halangan dari diriku.

Aku harap aku tidak lagi menjadi salah satu parasit yang hinggap didalam hidupnya. Aku bahagia kini adanya diriku seadanya. Aku hargai kerna ibu ku lebih bangga keatas diriku. Ramai lagi yang begitu bangga akan diriku.

Aku lebih memahami bagaimana menerima ketentuan Allah, mempercayai qada dan qadar yg telah tertulis buat diriku. Aerana ALLAH MAHA BERKUASA.

No comments: