Journal 2009 ~ #1

Pertama kali aku cuba merungkai setiap apa yang tersirat dalam hati naluri aku ini, memang sukar untuk melafazkan secara lisan dan meluahkannya secara bertulis. Mungkin aku perlu mencuba sesuatu yang baru dalam hidup aku, mengapa tidak sekurang-kurangnya aku mencuba walaupun kita tidak tahu akan hasilnya kelak. Hmm hari ni aku nak cerita apa yerk?? oh ya pagi tadi lepas jer solat subuh aku terus bersiap pergi joging dah lama aku tak joging kat Taman Tasek Perdana. Ramai orang pulak tu tapi best, at least aku boleh keluarkan peluh dari badan.

Rabu lalu 25 Februari 2009 genap aku 25 tahun. "Sweet 25, sweet February" itu yang cuba aku laungkan pada diri aku. Pada usia sebegitu aku perlu meruba sesuatu yang baru dalam hidupku. Tutup cerita lama buka lembaran baru. Tinggalkan segala suka duka yang lalu bersama mereka-mereka yang pernah hadir dalam hidup ini.

Kehidupan hari ini aku perlu teruskan walaupun banyak rintangan yang bakal aku tempuhi aku akui semua itu kerana aku tahu hidup ini tanpa ada dugaan kata orang tak best. Kali ini aku lebih yakin untuk melangkah kehadapan walaupun baru merawati hati yang terluka. Kata orang usia sebegini saham tengah naik ermm.. pada aku semua itu terserah kepada yang Esa kerana DIA lebih mengetahui dari kewujudan sesorang manusia itu hinggalah kematian berlaku.

Sukar melalui hidup-hidup ini tanpa orang yang benar-benar menyokong kerjaya dan juga cita-cita. Cuma sekarang ni aku lebih suka sandarkan harapan dan doa pada DIA yang satu, sebab aku tahu janji-NYA lebih bermakna dari janji seorang insan yang bergelar manusia.

Hmm.. buat teman-teman yang selalu mencari aku di mana berada, janganlah kuatir aku selamat, walaupun sedikit terjejas kesihatan ini, aku cuba gagahi dan lawan ia. Sejak kebelakangan ini aku selesa sendirian, puas, senang dan gembira. Walaupun adakalanya aku pernah terfikir sebelum ini orang lain membina kebahagian diatas penderitaan aku lalui. Ermm.. semua itu telah berlalu. Cerita lama buat apa nak buka kembali.

Oh ya terlupa pula aku.. sekarang ni aku mula kembali dengan sukan bowling aku, so pada kekawan aku yang nak sangat-sangat jumpa aku ni carilah aku di pusat bowling yang selalu menjadi idaman aku kunjungi. Mungkin itu salah satu aktiviti aku perlu ada selain weekend aku selalu lepak kat office. Mesti ada tertanyakan kenapa Office jadi tempat lepak aku? jawapannya mudah saja kerja tak akan pernah habis so biarpun seminggu 7 hari bekerja aku rela walaupun penat tapi berbaloi.

Ok guys ada masa nanti aku post lagi cerita terbaru aku yerk.. buat masa ni biarlah journal yang pertama ni menjadi tatapan umum. Rasanya adil bukan yang rahsia tetap rahsia yang umum tetap umum. So we enjoy! (",)

No comments: