Journal 2009 ~ #15

Kadang kala kita tak sedar apa yang kita miliki ketika ini bukan hak milik kita dan kadang kala kita tidak pernah bersyukur setiap apa yang kita lalui itu adalah lebih bermakna daripada apa yang kita sangkakan. Pernah kah kita terfikir tentang hati dan perasaan orang lain disekeliling kita yang selalu mengambil berat dan menjaga kita selama mana mereka di sisi kita? Kadang kala kita terlupa akan itu semua ataupun kita sengaja melupakan apa yang kita miliki ini adalah bersifat sementara. Dunia ini terlalu kecil buat kita dan terlalu indah buat mereka yang tak pernah bersyukur pada-NYA. Sesekali aku melihat ke dalam diri ini, merenung kembali siapa aku pada-NYA dan siapa aku pada insan-insan yang berada disisi aku ketika ini? Mungkinkah aku hanya menyoal akan kehidupan ini atau hakikatnya aku terlalu daif terhadap kehidupan ini.

Siapa aku pada-NYA?? Selama ini aku selalu berdoa dan memohon pada-NYA moga aku sentiasa kuat, tabah, berani, cekal untuk menghadapi segala apa yang berlaku pada diriku. Doaku selalu memohon agar aku sentiasa diberikan kegembiraan dan ketenangan dalam hidup ini. Biarpun adakalanya aku tidak berdaya untuk sujud pada-NYA lagi tapi demi kasih dan sayang pada-NYA aku gagahi nya juga. Bagi aku DIA adalah satu-satu tempat yang aku mengadu dan meminta. Terlalu kerdil aku pada-NYA selama ini aku menganggap semua apa yang aku pinta itu akan menjadi milik ku, tapi aku silap bukan semua benda atau perkara menjadi milik ku dan ia kekal abadi. Seharusnya aku lebih bersyukur kerana DIA membuka mataku dan memberikan aku limpah hidayah-NYA untuk aku memperbaiki diri ini. Mungkin aku lebih selesa begini dengan keadaan aku ketika ini. Aku sedar mungkin ketika ini ujian yang diberi memberi aku lebih kuat mengingati dan mendekati diri-NYA. Kalau sebelum ini aku alpa terhadap-NYA tapi kini aku mula sedar segala apa yang telah berlaku adalah hukuman di dunia, syukur kerana dia masih menyayangi aku. Keadaan aku ketika ini agak lemah walaupun pada mata kasar aku kelihatan segar dan ceria pada teman-teman tapi sebenarnya aku tak sekuat dan sehebat dulu lagi yang mampu melakukan banyak perkara dalam kehidupan seharian aku, ini adalah ujian daripada DIA syukur aku pada-NYA walaupun perit dan terpaksa menanggungnya tanpa ada sesiapa tahu termasuklah ahli keluargaku aku lebih rela mengadu pada-NYA kerana aku tahu DIA adalah pendengar setia dan sentiasa mengetahui apa sahaja yang berlaku dan bakal berlaku dalam hidup ini. Sesungguhnya aku lebih tenang dan damai ketika ini walaupun dalam keadaan sebegini. Cintaku, kasihku dan sayangku pada-NYA kini makin menebal dan biarlah ia sentiasa mekar dalam hati ini. Malam sebegini aku lebih suka sujud pada-NYA memohon segala apa yang terlintas dalam hati ini. Moga apa yang ku impikan menjadi kenyataan.

Siapa aku pada insan-insan disisiku ketika ini?? Benar kata pujangga teman ketika ketawa ramai teman ketika susah 1000 dalam 1 dan mungkin tak wujud. Aku ibarat sebiji bola dalam roda kehidupan di bumi ini, sekejap di atas sekejap di bawah dan aku juga ibarat sehelai kain, nampak baru cantik dipandang elok bila dipakai, tapi bila dah lama jadi lusuh dan kusam kain itu bakal dijadikan sehalai kain buruk ataupun bakal dicampakkan ke dalam tong sampah. Kalau sebelum ini aku cuba menjadi yang terbaik untuk semua orang, cuba membahagiakan teman-teman disisi namun bukan semua orang mampu melakukan semua itu. Adakalanya kita tewas dengan kehidupan kita sendiri dan terbuai dalam mimpi sendiri tanpa kita sedari kita hampir terlupa. Mengapa semua ini terjadi? Adakah kehidupan ini tidak pernah adil dalam kehidupan ini dan seperti hari-hari mendatang aku sentiasa menunggu sesuatu yang belum pasti dihadapanku ini. Adakah kehidupan ini terlalu banyak persoalan yang perlu kita rungkai satu per satu? Terlalu berat untuk aku pikul setiap beban dalam hidup ini. Deritakah aku ketika ini bila memikirkan soal kehidupan ini? Seboleh-bolehnya aku ingin bebas berlari lagi, bebas terbang ke sana ke mari seperti merpati putih..

Ya Allah sesungguhnya aku mengerti akan setiap apa yang terjadi pada diri ini adalah ketentuan dari qada dan qadar kehidupan ini. Sesungguhnya realiti ini membuat aku lebih matang menghadapi segalanya. Ya Allah.. berikan aku kekuatan menentang segala dugaan ini tanpa aku sedari akan kehidupan akhir aku ini. Amin..

No comments: